Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

31 May, 2010

Menconteng Buku Tetamu Kak Wani


Salam dan hai

Post pagi tadi, saya cerita tentang
Majlis nikah dan sanding Along Firdaus. Tapi kalau ikutkan aturan sebenaya, sebelum ke majlis Along, saya dan D pergi ke majlis Majlis Kak Wani pula di KL. Sepatutnya, kami ada 3 majlis serentak pada 29hb. Tapi kami hanya sempat pergi dua majlis sahaja :(

Walau majlis Kak Wani di KL, tapi tak susah nak mencari tempat majlis pasal saya sudah semakin pandai baca peta. Kawan saya sudah ajar, kalau nak baca peta, anggap dan pegang peta tu macam stereng kereta. Sampai terpusing-pusing peta tu saya buat. Memang berhasil, pasal kami tak sesat pun! Lagipun, memang banyak tanda arah diletak, amat memudahkan tetamu nak mencari dewan.



Kami parkir jauh sikit daripada dewan, supaya tak payah nak keluar kereta. Tapi macam keliru sikit majlis kat mana. Tak ingat majlis dibuat di dewan sekolah ke atau perumahan (terlupa nak baca kad betul-betul). Saya ingat-ingat lupa, majlis rasanya dibuat di dewan tapi bila D tanya, saya terus jadi tak yakin :P Tapi nasib la ada kain rentang ni.


Majlis K.Wani majlis pertama saya berpeluang untuk menconteng Buku Tetamu.



Idea yang sangat bagus, letak guestbook bersebelahan/ pada meja yang sama dengan meja hadiah. Saya tau, cupcakes tu boleh diambil tapi segan la :P

Tapi serius masa saya datang, memang tak perasan pasal otak dah fikir nak jumpa K.Wani sahaja. Sudah hampir 3 tahun tak jumpa dia. Nasib D yang tegur pasal tempat buku tetamu ni. Bila saya pergi ke meja Buku Tetamu, ada penjaga yang bertugas, minta saya menulis. Nasib baik.

Jadi rasanya, kepada B2B yang ada buku tetamu, ada baiknya kalau tugaskan seorang menjaga dan ingatkan tetamu tanda tangan buku tu.


Nampak tak, Kak Wani sediakan pen pelbagai warna! Saya sangat suka! Best buat conteng-conteng. Harus la kan saya pilih warna pen ikut warna baju :P


Ucapan daripada saya (dan mewakili D juga. Ucapan ni saya memang selalu gunakan untuk tulis kad ucapan. Haha. Tak tau kenapa. Lebih mudah nak ingat kot. (Tau, tulisan saya memang sangat buruk)


Betul-betul bersebelahan dengan meja buku tetamu, ada frame gambar di Ikea! K.Wani letak gambar famili dia, termasuk adik beradik semua. Best juga tengok! Memudahkan tetamu nak kenal kaum keluarga K.Wani. Dinding pun ada rerama, macam
post yang ini.


Majlis Kak Wani gunakan meja empat segi, cantik semua kerusi dibalut dengan alas dan riben. Sungguh menjimatkan ruang, berbanding pakai meja bulat. Jadi bagi saya, memang langkah yang bijak.

Ada 6 buah khemah, tapi pengantin dan rombongan lelaki makan di dalam dewan dalam bangunan sekolah yang dekat sangat-sangat dengan khemah. Kiranya memang semua tetamu boleh jenguk pengantin. Emcee yang bertugas pun, selalu buat pengumuman, menjemput tetamu datang bergambar dengan pengantin. Jadi bagi saya, flow majlis sangat lancar.


Masa kami dah amik makanan (makanan sedap ok. D makan tanpa banyak cakap, mungkin pasal dia sudah sangat lapar!), pengantin sudah siap makan beradap pun. Rajin betul pengantin buat "royal walk". D suruh saya tegur tapi saya tengah makan dan bagitau dia, bila tetamu dah kurang kerumuni pengantin, baru saya sapa Kak Wani.

Saya sapa Kak Wani masa dia dah masuk ke dalam dewan semula. Dia masih macam dulu. Selamba dan periang! Cantik! Walau saya tengok dia macam penat, tapi senyuman tak pernah lekang. Kadang-kadang, kita sebagai tetamu, bila tengok pengantin sentiasa tersenyum, kita rasa lapang sangat dada. Rasa macam dialu-alukan sangat-sangat.

Ni pengantinnya! Semestinya ada gambar berempat, itu wajib! Tapi tak perlu masuk. Yang penting, pengantinnya. Saya suka ukiran kat pelamin tu. Style!


Buah tangan comel ni! Macam tuala tapi kek gulung. Kek gulung yang kelihatan sedap dan rasa pun sedap! Diberi oleh petugas lepas tetamu amik lauk yang terakhir kat meja buffet. Jadi pekerja pun tak penat berjalan dan yang penting, semua tetamu pasti akan dapat.


Disebabkan masa nak pergi majlis K.Wani dah nampak jam memang teruk kat MRR2, jadi kami pun minta diri dulu untuk ke majlis Along pula. Takut terlalu lambat, nanti jadi macam masa Along tunang, kami sampai majlis tunang masa kerusi meja dah berkemas :P

Hari yang penuh terkejar-kejar daripada pagi kan? Tapi sangat penuh dengan aktiviti!


Kak Wani, Selamat pengantin baru!!! tiba hari saya, nanti saya jemput akak ye!!




31 Mei 2010

Bukan Sekadar Cinta Monyet



Salam dan hai.


Selamat sudah majlis pernikahan Along pada 28hb Mei, dan majlis persandingan esok harinya, 29 Mei.


Siapa kata cinta monyet tidak akan sampai ke jinjang pelamin?

Mereka dah bersama sejak daripada sekolah menengah lagi. Rezeki, sama-sama satu Uni, kemudian kekal sampai menjadi suami isteri yang sah.

Masa saya sampai pada malam pernikahan, tetamu sudah ramai. Kawan-kawan Along pun dah ramai tunggu kat tingkat atas.

Majlis pernikahan ni tak dapat banyak saya cerita pasal semuanya saya rakam dalam video. Saya cuma sempat ambil gambar barang-barang hantaran dan sedikit gambar bilik pengantin.















Dan seterusnya, saya rakam video sepanjang majlis berlangsung. Niat di hati, nak burn dalam CD dan bagi kat Along. Nak upload kat blog, lama sangat nak tunggu pasal dalam HD.

Ni gambar pelamin Along. Sederhana yang menyerlah! Saya suka pasal tak tenggelamkan pengantin yang pakai silver malam tu.


Majlis bermula lepas Isya’. Sepanjang majlis, memang banyak perkara lucu berlaku. Tapi tak larat nak tulis satu-satu pasal memang banyak. Daripada sebelum lafaz, dengan tok kadi terpaksa jawab phone call buat semua orang tergelak, sampai la lafaz nikah yang comel, kemudian nak cium dahi, ada pulak suara mengusik. Semua saya amik dalam video.

Lepas sah akad nikah dengan sekali lafaz, pengantin pun keluar untuk tengok pertunjukan bunga api dengan diiringi paluan kompang. Masa ni, saya rasa cam lebih teruja daripada pengantin. Hihi.

Oh, sempat jumpa bakal ibu, Fieza yang semakin sihat berisi!


Memandangkan saya datang ke majlis akad ni sorang-sorang tanpa D, jadi kena la balik awal. Banyak perkara menarik berlaku masa majlis pernikahan Along tapi yang paling saya suka, tentang adik beradik Along. Saya rasa adik-adik lelaki dia kot pasal muka hampir sama. Saya suka team work mereka. Memang jenis tahu buat kerja tanpa disuruh. Masa saya ambil makanan, tetamu dah sedikit menunggu untuk ambil air. Adik Along terus amik inisiatif, isi air kat cawan-cawan tu tanpa disuruh, semata-mata nak pakai barisan jangan terlalu ramai menunggu. yang tu, saya memang tabik! Pantas bekerja!


Sehari lepas nikah, masa majlis bersanding Along, saya dan D tak dapat datang sebelum ketibaan pengantin pasal kami pergi ke majlis Kak Wani dulu di KL (Saya akan cerita majlisnya di post yang lain)

Dari sebelum masuk selekoh rumah Along, dah nampak buntingnya dari jauh. Bersanding saing dengan adik lelakinya.


Masa kami sampai ke majlis Along, tetamu pun sudah beransur. Mahunya tak, kami sampai dalam 3.45 petang! Hihi. Sorry Along, masa ko tunang aku ada kursus kahwin. pun datang lepas meja dikemas :P Meja buffet pun satu telah ditutup. Kedua-dua pasangan pengantin tengah bergambar dengan OP masing-masing kat atas pelamin.


(A.Rashdi baru bagi saya CD pre wedding saya! Huu pening. Banyak gila gambar nak tengok. Saya nak buat video save the date cepat-cepat, so boleh terus simpan dan uruskan hal lain! Jiayou!!)

Kami tak sempat jumpa kawan-kawan sekolah yang lain kecuali Fatah yang merangkap pengapit Alif dan Azfar. Yang lain mungkin sudah balik.

D nampak cendol! Terus dia amik untuk saya. Nyums!!! Bias, pasal suka cendol jadi bagi saya majlis Along sangat best :)

Walau di majlis kedua kami, tapi tetap kena makan. Ada pilihan salad. Harus la kan saya amik salad! Nyuumms!! Bukan selalu dapat jumpa majlis kahwin ada salad! Yang kari tu, kentang. saya kutip kentang :D


Walau tetamu sudah beransur, tapi Along dan suami tetap tak lekang daripada senyuman. Sentiasa tersenyum! Mereka mesti penat, majlis daripada semalam kan? tapi senyum sentiasa. Pengantin macam ni la yang buat hati tetamu rasa rileks sahaja. Harap saya pun boleh sentiasa tersenyum macam diorang nanti.

Pasal kami sudah mulai penat, jadi tenaga sudah lemau. Hanya duduk sahaja. Banyak yang saya tak sempat nak amik gambar, dari meja pengantin, potong kek, dekorasi meja buffet, hadiah door gift.. Semua terlupa nak snap!

Sampai ke tahap boleh terlupa nak amik gambar berempat bersama pengantin dalam camera sendiri! Nasib A.Rashdi ada amik gambar kami berempat pakai kamera dia, dah upload pun ke FB dia. yeya!

Ni aje gambar pengantin yang saya ada.


Yayang, masukkan gambar D ye, Sorry takde gambar Alif sorang :P


Bila hujan rahmat turun, kami pun cepat-cepat lari!

Along, kalau kau baca post ni, Selamat pengantin baru!! Alhamdulillah, tamat sudah perjalanan cinta dan permulaan baru untuk kehidupan suami isteri! Kalau ada yang terkurang daripada aku, aku minta maaf ya?

Majlis Kak Wani dalam post akan datang ya? Bila saya tengah transfer gambar-gambar kedua-dua majlis, baru perasan yang kedua-duanya menggunakan warna tema yang sama-- Ungu!




31 Mei 2010

30 May, 2010

Percubaan: DIY Centerpiece


Salam dan hai

Hujung minggu yang padat!

1. DIY meja beradap
2. Majlis nikah dan Majlis persandingan Along
3. Majlis sanding Kak Wani


Jadi saya akan tulis post satu demi satu, ikut urutan. Tak mahu bercampur.
Nanti saya sendiri pun pening.

Saya rasa sudah banyak post yang saya tulis berkenaan idea DIY yang praktikal untuk B2B cuba. Tapi tak adil la kalau saya sendiri pun tak cuba buat mana-mana idea DIY yang ada.

Jadi, meletakkan cabaran tu pada diri sendiri, saya pun ambil keputusan untuk mencuba DIY pertama saya untuk majlis sanding saya. Mesti kawan-kawan dah baca yang saya kena buat hiasa Meja beradab sendiri
dalam post ini. Cabaran harus disambut!

Pagi Sabtu 29hb, hari yang sama saya ada majlis sanding Along dan Kak Wani, saya nak buat kerja gila, buat percubaan menggubah bunga sebelum pergi majlis kawin tengah hari.

Memang kerja gila, tapi pasal tak sabar punya pasal, saya tetap nak cari bunga juga pagi tu. Mula-mula, saya dan D pergi ke Bandar Seri Kembangan. Dengarnya ada kedai bunga kat situ. Tapi bila pergi, saya tengok pilihan untuk bunga ros tak banyak. Bila saya minta bunga ros merah, memang ada. Tapi semuanya sudah lebam dan layu. Harga? RM2.00. Saya rasa cam OK juga pasal kata nak buat percubaan kan. Tapi rupanya RM2.00 tu bukan sejambak, tapi sekuntum! Sekuntum bunga ros merah yang sudah lebam dan layu, RM2.00

Apa? Jangan harap.

Jadi, meracau dalam kereta. Terus buat idea gila, ajak D gi Floristika di Bangsar. Mula-mula, nak pergi Petaling Street, dengarnya kat sana pun ada. Tapi pasal tak tau arah, jadi baik pergi arah yang saya tau.



Sampai di Floristika, terus melilau mencari bunga. Banyak stok baru sampai untuk gantikan stok lama.

Amat tak tau nak buat apa pergi ke Floristika. Bagai datang dengan otak yang kosong, sedangkan sudah banyak saya save gambar centerpiece yang saya jumpa dari Internet. Semua gambaran, terus hilang daripada kepala.

Hampir sejam juga kat sana.

Memandangkan saya dan D, dua-dua pun memang tak tau nak beli bunga ros warna apa, jadi kami tanya pendapat pembantu kat sana. Dia cadangkan kuning, dipadankan dengan warna champagne. Warna sama untuk pelamin kami. Jadi itu la yang kami ikut. Dia kata rugi beli putih pasal dalam gambar nanti tak nampak.







Dia tak galakkan warna terlalu kontra. Biar nampak hormani. Pink cair pun sesuai kalau nak digandingkan, tapi kena yang betul-betul cair.

Selain bunga ros untuk centerpiece, saya beli juga bunga ros untuk latihan untuk hantaran.



Saya panggil bunga ros ni, warna sirap bandung yang tak cukup susun F&N. Memang ada warna merah hati, tapi saya tak beli pasal nampak mcam lebam. Tapi tadi ibu kata, memang ros merah hati, nampak warna macam lebam. Nyesal lak tak beli tapi takpe la, ros sirap bandung tak cukup F&N ni, saya gunakan sebagai “ros makmal” saya!

Bungkus-bungkus, Saya tengok pada bil, untuk bunga ros 15 kuntum, harga ada RM20, ada yang RM18. Mungkin berlainan ikut pada gred dan jenis bunga kot?

Bunga Harum Sundal Malam, ada yang RM16 dan RM14 tapi yang saya beli RM10 sahaja pasal ibu saja nak letak kat bilik dia.Bunga baby breath ni, rasanya dalam RM12 kot dalam sebanyak tu.


Saya berkenan sangat dengan bunga Sweet William tapi warnanya tak kena dengan tema saya. Esutoma pun tiada warna yang saya nak. Tapi saya suka dua-dua bunga ni. Mungkin nak pakai untuk dekorasi bilik pengantin nanti. Bosan la sana sini hanya bunga ros.

Ok, cukup bebel tentang bunga.

Terus balik, kejar masa pasal tengah hari kena kejar ke majlis Kak Wani dan Along.

Jadi, saya pun main bantai aje la buat.

Saya buang daun, potong durinya, potong panjang ros ikut kesesuaian bekas.

Ke laut terus semua benda-benda yang saya pernah baca kat Internet tentang cara nak buat gubahan bunga hidup. Satu apa pun tak ingat.

Dengan kejar masanya, takde pengalamannya, semua pun saya bantai sahaja.

Akhirnya ini la hasilnya.

Untuk centerpiece, saya sengaja pakai dua jenis cawan kristal berbeza, untuk dapatkan mana satu pilihan yang lebih sesuai.







Walau nampak macam membulat tapi sebenarnya, saya sudah ikat dengan getah tangkai ros tu pasal ada yang terpotong pendek. Hihi.

Saya sempat buat 4 bekas dalam masa 2 jam. Yang dua bekas di tengah tu, untuk letak di hadapan saya dan Dzulq, sebab tu size dan bilangan bunga sedikit berbeza.



Amik gambar dari pelbagai sudut supaya nanti nak gubah lagi pada hari majlis, boleh ingat.





Lulus tak untuk first timer?

Masih banyak saya perlu baiki. Rasanya, kalau saya pandai susun nampakkan puncah gubahan, baru cantik. Tapi untuk sedapkan hati, boleh la kot hasil ni diterima untuk orang yang memang takde asas apa-apa pun.

Banyak yang saya nak cuba ekperimentasi nanti. Ingat nak letak daun dalam bekas tu untuk tutup tangkai bunga yang berterabur tu. Mungkin boleh buat daun hijau melingkari bunga. Tapi buat masa sekarang, cukup la dulu.

Saya nak bercerita tentang pasu-pasu yang saya gunakan ni.

Untuk centerpiece kecil di hadapan tetamu di meja beradap, yang kelihatan macam pasu, ni sebenarnya cawan kristal ibu saya. Siap ada piringnya. Jadi kat piring ingat nak letak bunga rampai mengelilinginya.



Yang centerpiece bakal diletak dihadapan saya dan D ni pula, asalnya daripada balang biskut.



Mendapat inspirasi daripada gambar-gambar dibawah ni







Memang hasil tangan sendiri tak sehebat dan tak serumpun macam vendor boleh buat. Tapi apabila kos menjadi isu bagi saya, jadi gunakan sahaja apa yang ada dirumah dan DIY kan sahaja.

Lepas selesai bunga untuk centerpiece, saya cuba pula gubah untuk hantaran saya. Ikutkan hati saya pun tak mahu bersusah-susah untuk hantaran. Upahkan sahaja orang. Tapi disebabkan perlu seimbangkan kos upah dan impian ibu nak hantaran pakai bunga hidup, jadinya saya amik keputusan untuk gubah sendiri. Boleh ikut citarasa sendiri kan pada kos yang kita mampu kan?

Terima kasih Nity pasal banyak tolong aku cari idea untuk hantaran!!

Pilihan hantaran saya tiada yang mewah, tetapi mudah. Lebih mudah daripada gubahan kat meja centerpiece rasanya. Anggaran waktu deko, 1 dulang, dalam 10 minit sudah siap! Bayangkan betapa sederhana saja hantaran saya kan? Tapi gambar hantaran saya tangguhkan dulu ye untuk upload.

Memang banyak kerja nak buat hantaran dan lebih mudah kalau serahkan pada vendor. Tapi apa yang saya impikan untuk hantaran saya, mesti sekurangnya caj dikenakan RM100 ke atas untuk sedulang. Jadi baik saya buat sendiri sahaja dengan kos sedulang lebih kurang RM20 sahaja.

Penat kerja, tapi insyaAllah saya harap banyak duit dapat dijimatkan. Kalau tak banyak, sikit pun jadi.

Bab mengemas ni la yang saya tak suka..



Pengajaran yang saya dapat hari ni:

1. Ada banyak jenis bunga ros. Ros kuning saya ni, amat kembang! Yang warna peach dan ros bandung susu F&N tak cukup tu, memang jenis ros yang kuncup. Jadi nanti pergi ke Floristika, kena minta bunga kembang macam yang kuning ni. Bila kembang, tak banyak kuntuman bunga yang diperlukan pasal kembang mekar ni mengisi ruang lebih baik daripada yang kuncup. Jimat wang.


2. Bunga hanya tahan kembang dalam suhu bilik Malaysia dalam 24jam sehaja. Lepas tu sudah nampak la simptom lebam kat kelopak. Kalau letak kat aircond, lagi tahan lama rasanya.

3. Rajin-rajin baca tips cara nak bekerja dengan bunga hidup dan CETAK/ PRINT! jangan ingat, kita boleh ingat semua tips yang kita dah dapat :p

Walaupun ayah agak bising pasal dia kata saya membazir duit buat trial, tapi saya rasa menyeronokkan juga. Pasal kali pertama bekerja dengan bunga hidup, saya dapat menikmati saat tu tanpa terkocoh-kocoh.

Saya pun dapat belajar banyak kesilapan. Jenis bunga ros pun salah beli. Jadi nasib saya buat 'trial n error'. Bagus juga trial ni untuk orang macam saya yang kena gubah sendiri hantaran. Jadi saya sudah dapat anggaran kasar untuk

a. Hari saya perlu kutip bunga daripada kedai
b. Bila nak mula menggubah
c. Tempoh masa diambil untuk deko
d. Bila nak tanggalkan serkup (tak tau apa namanya bekas warna putih yg jaga kuntum bunga tu)..
e. Kos harga bunga dan jumlah yang diperlukan (paling penting!)

Dah bagitau ibu, bilik belakang memang akan dijadikan bilik aktiviti gubahan nanti. Bilik pengantin jangan kacau! :p

OK, sekian sahaja post berkenaan percubaan pertama saya.

Kepada B2B, terutama silent reader yang pernah emel saya berkenaan DIY bunga hidup, jangan putus asa ok? Rajin-rajin cari kat Google images dan tengok YouTube. Saya pun baru pertama kali menggubah dan sedar hasilnya memang tidak setanding seperti vendor, tapi sekurangnya, cuba la dulu ye?


30 Mei 2010



Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates