Salam dan hai
Huh! Rajin betul saya update blog kan? Hampir hari-hari saya upload post baru. hihi. Tak pe la, sementara masih ada masa panjang lagi ni. Nanti dah makin dekat, mungkin masa tu sedikit berhabuk la blog ni.
Ok, saya tau ada follower baru di blog ni. Tapi saya tak dapat nak jejak empunya diri. Rasanya ada follower ke 85 dan 86, tapi yang saya dapat jejaki cuma Pinkchoc02 sahaja. Apa sekali pun, selamat membaca ye kawan-kawan baru.
Kali ni saya nk tulis tentang TIARA.
Ye satu-satunya masa kita dibenarkan memakai tiara tanpa diumpat adalah
1. Masa kita ditabalkan sebagai ratu cantik
2. Masa kita menjadi raja sehari.
Nombor 1 tu amat mustahil la kan atau mungkin satu dalam sejuta aje la. Tapi satu-satu nye peluang yang biasanya normal muncul untuk membenarkan kita memakai tiara, adalah pada hari kita menjadi raja sehari.
Tapi saya memang bukan 'gadis tiara'. Substitue pada tiara, cekak butterfly tu juga, pun saya tak mahu.
Saya tak percaya yang seri pengantin akan hilang tanpa memakai tiara, walau apa sekali orang kata (makcik-makcik saya pasti akan bising tengok saya tanpa tiara nanti :P). Perasaan ini makin kuat lepas saya tengok gambar dari Daniel Zain.
Lihat, dia tak pakai tiara langsung pun untuk kedua-dua majlis dia.Tapi mungkin juga pemangkin pada serinya terarah pada baju dan empunya diri (tambah dekorasi majlis yang indah) yang memang sudah cukup cantik dan tak perlukan tiara untuk jadi 'penanda arah' di mana pengantin.
Ni masa upacara nikah
Ini pulak upacara resepsi.
Lihat, dia tak perlukan tiara pun!
Leher pengantin jinjang dan amat la cantik bila dia pakai tudung cam tu.. !! Erm.. takkan nak pakai besi cam kat bawah ni kasi leher jinjang?? Huu takpe la, bersyukur dengan apa yang ada.
Sumber: Google
Si pengantin cantik tu cuma memakai veil yang cukup heavy dan itu sudah pun mencukupi pada mata saya.
Sama juga pada tudung. Saya tidak mahu tudung yang penuh dengan butiran manik, tak perlu juga kerlipan bagai. Memang cantik, memang meriah. Cuma mungkin saya bukan orangnya. Saya hanya mahukan tudung polos, seperti si cantik di atas.
Aha, berkenan sangat dengan baju nikah dan baju resepsi dia!!! Cantik dan penuh di bahagian atas, tapi bahagian pinggang ke bawah tak penuh sangat (boleh pergi ke link ini untuk gambar penuh) Mungkin sesuai untuk saya yang tidak mahu tumpuan terarah ke bahagian bawah yang--erm lebih besar dari biasa :P Bisa ye Sitti?
Malam ni, saya agak ter'hook' dengan blog Daniel ni. Kali pertama saya tau pasal dia masa kawan opis saya forward url blog dia. Tapi bukan pasal hasil kerja dia. Tapi pasal rupa Daniel ni yang saya kira.. erm.. Harus pandang kiri kanan sebelum keluar statement ni :P OK, saya tak kata, tapi kawan-kawan saya, kalau amik dia sebagai photographer, susah nak bagi tumpuan pasal photographer kacak.
p.s Untuk D, Laling kata muka D cam Daniel. Nama pangkal depan pun dah sama, jadi D tak marah ye? :P
Ye ye.. Kacak.
Ok tapi hasil kerja dia lebih utama ya?
Tumpuan. Fokus. Ok, hasil kerja dia saya suka. Mungkin mata kita sebagai seorang bakal pengantin, cepat aje dapat perasan sesuatu yang cantik dan berbeza.
Bila dah tengok gambar pengantin cam ni, maka makin la dapat idea.
Tengok, si jejaka selitkan sapu tangan sedondon dengan warna sampin. Alternatif untuk yang mahu alternatif lain selain warna stoking yang sepadan macam dalam post saya tempoh hari.
Terasa hendak pakai gelang ini pula pasal saya tak mahu pakai rantai leher mahupun tiara. Tapi mungkin boleh sebagai ganti, nak pakai gelang kaki ni. Rasanya mak kawan saya ada gelang ni. Harap jangan la berat macam cerita Pontianak Harum Sundal Malam tu!
Siapa kata meja bulat sahaja sesuai untuk majlis kenduri? Lihat, meja empat segi pun kalau dihias kena pada cara, tetap cantik!
Banyak lagi gambar-gambar menarik di blog Daniel, yang kamu hanya perlu klik di bahagian OP Hebat di belah kanan blog ini.
Berbalik pada topik saya, memang saya tak mahukan tiara, baik untuk majlis nikah atau resepsi.
Bila saya bagitau kawan-kawan saya yang saya tak mahu pakai tiara, macam yang penah saya post di sini, macam-macam reaksi yang saya terima. Saya tau apa juga pilihan saya, mereka akan sokong dan saya faham mereka nak saya kelihatan cantik pada hari majlis nanti. Tapi entah la. Saya memang takde nafsu langsung nak pakai tiara. Rasa cam ada benda kat atas kepala saya (oh atau mungkin masih trauma masa lipas terbang melekat kat rambut saya, jadi tak suka apa-apa kat atas kepala saya kecuali tudung).
Walaupun saya bukan peminat tiara, tapi saya memang peminat veil. Lagi panjang, lagi jatuh pada badan--lagi saya suka. Harap kelebihan pada ketinggian saya, memungkinkan saya untuk pakai veil labuh ke lutut ke (oh boleh sampai ke lantai?? erm. belum sampai ke situ saya fikir buat masa ini)
Cuma buat masa ini, saya memang belum ada keinginan untuk memakai tiara. Tapi siapa tahu kan, mungkin seminggu sebelum majlis, saya ubah fikiran dan mahukan tiara paling besar saya nampak! :P
Nota: Post ini adalah pendapat peribadi dan bukan untuk menidakkan atau mengiyakan pemakaian tiara oleh siapa-siapa sahaja.
15 Januari 2010
23 comments:
eemmm x de tiara pon ok juga kan? nmpk sweet jee.
saya betul2 suka dgn blog daniel zain niee.. dia punya pic smua cantik2.dan saya tertarik dgn perkahwinan dekat janda baik tu..sangat cantik pelamin dan khemah dia.
heheh ada lipas terbg atas kepala? asna pun geliiiiiiii hehe
Apa2 pun keputusan akak.. seharusnya dorg terima sbb itu kn khendak akak..
good explanation utk org yg xsetuju dgn cara akak xnk pki tiara tue.. ;)
yup, wedding tu cantik kan. dan gambar tu berjaya capture semua moment majlis tu :D
kalau baju dah cantik and heavy dengan lace ngan beads kalau takde tiara pon dah ok. tapi kalau baju simple2 je tiara tu boleh la naik kan seri. depends kan. saya suka tiara tp taknak acccesories lain mcm rantai ke ape. sbb baju simple je.
Jaja: agreed totally!.can only pull it off kalau baju dan veil dah berat. if semua berat, mata yang memandang juge berat :P (sebenarnya nk jimat kos. baju nikah berat takpe pasal leh simpan, tapi nak kurangkan cost sewa aksesori :P)
xora..sya setuju apa awk ckp..nak jimat cost..ada satu butik kat ampang park,dia punya veil cantikkkk..harga sewa pun cantikkk..
I nak pakai tiara..his princess dah cop awai2 nak pakai tiara jugak..apa2 lah sayang,asalkan jangan jerit2 nak naik pelamin sama ur daddy dan untie sudah..hehehehe
xora, i pun macam you jugak, not so keen on wearing tiara. cekak butterfly ke ape pun i tak suka. i think kalau baju dah sarat and veil pun sarat,tak pakai tiara lagi cantik!kalau baju sangat simple,no beading or lace cantik kot pakai tiara. i rasa kalau takde tiara lagi timeless and classic, tengoklah western wedding, mana ade diorang pakai tiara kan? veil je..
Fakhariah: takpe, auntie nye tiara lagi hot!!
Moose: yup!! sebab takmo sarat semua, macma berlawan satu sama lain, mana yg lebih naik. Kat luar negara, size tiara, kadang2 sampai ke tahap cam cekak aje kecik dia. tapi pakai tudung tak dapat kot cam tu..
Xora, baju pengantin kat janda baik tu sgt cantekkkk huwaaaaaaaaa terus teringat balik baju Sitti tu...camner nie... :( :( :(
Reen: I know!! Cantik giler ok. Baju nikah dia hot!!! Butang kat belakang--aku mahuk!! Wei Rumah kebaya tengah but Blogger Contest. Jom la join! maan tau rezeki boleh daat boucer RM300 tu ke?
xora, i paham perasaan u, ada sesetengah org mmg not that keen on tiara or cekak, chewah, hehe.. tapi if tudung n baju elaborate enogh takde tiara pun okay..
but for me i purposely go without cekak spider masa tunang sebab i reserve for nikah, sebab suka gila sama itu cekak spider..
danielzain ni penang kan? kitorang ada mintak quotation, fuh boleh tahan..
Huda, berapa ye dia amik? above 2k ye?
"Harap kelebihan pada ketinggian saya, memungkinkan saya untuk pakai veil labuh ke lutut ke (oh boleh sampai ke lantai?? erm. belum sampai ke situ saya fikir buat masa ini)"
Xora,
kalau tiba-tiba you terfikir nak pakai veil sampai ke lantai, please check hukum dalam islam dulu bcoz if i'm not mistaken, i pernah dgr ceramah dari seorang ustaz yang kata haram pakai baju meleret2 sapu lantai..
hati-hati ye..just tlg ingatkan je & share ape yg i tahu..
btw,
i link your blog kat my wedding blog ye..
http://sayamahukawin.blogspot.com
hi xora, i baru je start follow your blog...actually my family pun akan buat our 1st wedding on this july/ogos...for my big brother..so i was assigned by my dad to be a wedding planner...hehehe so i need your favor...if xkeberatan la...can u share with me the checklist & other things yg u buat for your bro's wedding?yg dlm excel tuh?i really impressed dgn your work xora!u did it very well...very organised!i like it!heheheh it's inspiring me a lot to be a good amatur wedding planner!hehehehehe...u can email me dayah_jek@yahoo.com tq so much!
dia quote mcm ni,
rm1600, 5 hour, printed pic
rm2800, 5 hour a3 size album
rm4800, 10 hour, 2 photog, a3 album
rm5600, 10 hour, 2 photog, premium album
tp mmg pic dia cantik2, worth the investment, tapi i tak mampu :)
Fatiha: Thanks for the info. Ye, ada dua pendapat tentang kain meleret ni. Kalau tak silap saya, antara sebab diharamkan adalah kerana menyerupai zaman Firaun di mana kain meleret akan dipegang oleh beberapa org suruhan, dan niatnya untuk bermegah-megah. Kesederhanaan itu penting dan boleh dicapai dengan memakai bermacam jenis pakaian asalkan ianya bersesuaian dengan masa, tempat dan budaya tempatan. Tapi saya juga masih khilaf tentang hal ini tanpa betul2 dimaktubkan. Tapi apa2 pun terima kasih Fatihah untuk info tadi.
Dayah: saya dah email kamu. kita berhubung dalam email ye :D
Huda: ye, saya angkat tangan. Pun tak termampu. 5 jam tu, rasanya if betul2 dalam majlis, tak sempat la nak amik gambar saya b4 n after makeup :P thanks huda sebab kongsi info
dear....i plak, mmg nak tiara...sbb dah x bpeluang jd ratu cantik kan..hikss...btw, daniel tu kacak...mesti tgk ni blog dia..hahaha
xora, pendapat saya..pemakaian tiara lebih sweet if pilih yg rendah & sama ketinggian between the pillars..dan sama sekali bukan semasa majlis nikah..
utk majlis di rumah, saya prefer tanpa tiara :) nampak lebih laidback...
Harz: hahah.. ye dia cute.. harga utk khidmat Photo dia juge 'cute' :P
HW: Thanks for the tip! baru nampak cam tiara pengantin ye? :
baru sambung baca entry ni..:) waaa daniel zain tu memang antara photog yang sy dihormati..:) gambar dia mmg cantikkan..salah satunya sebab dia guna high end kamera yang dekat RM20K tau :) senang nak buat gambar cantik campare kamera dslr biasa yang rega setakat RM2K,hihi..kalau pakai tiara, mungkin akan kurangkan perhatian kat baju tu skit..:)
Acai: itu la.. memang cantik gambarnya pasal harga camera pun amat cantik ye :P takpe, saya akur dgn rezeki :) thanks acai!
Post a Comment