Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

20 April, 2011

Isu Wang Hantaran



Salam dan hai

Sekeping gambar memang boleh membawa berbagai-bagai maksud tersurat dan tersirat disebaliknya

Langsung saya tak sangka, kerana beberapa keping gambar persiapan rumah kami dalam
post ini, terutamanya kabinet dapur, menyebabkan saya akan terima banyak emel yang bertanyakan tentang pengurusan kehidupan selepas kahwin kami, terutamanya daripada segi kewangan.

Mungkin disebabkan saya kurang menyentuh hal kewangan selepas majlis (yang bagi saya amat subjektif kerana setiap pasangan mempunyai perancangan berbeza), ada 1001 persepsi tentang kehidupan kami. Ada yang bertanyakan sama ada saya ada membuat pinjaman kewangan untuk berkahwin, ada juga yang bertanyakan tentang isu 'akaun simpanan bankrup' selepas majlis.

Jadi, saya mengambil ruang dalam post ini untuk menerangkan sebenar-benarnya, agar tiada pihak yang beranggapan saya dan D hidup mewah. Kami cuma kakitangan kerajaan yang kerja makan gaji yang tiap bulan jumlahnya tetap, tiada pendapatan sampingan yang lain. Kami juga sama macam pasangan baru berkahwin, masih terumbang-ambing. Tiada apa yang mewah, semuanya cukup-cukup berkatnya.

Tapi demi menghormati permintaan pengirim-pengirim emel, saya berkongsi bagaimana kami menguruskan duit untuk memperbaiki kehidupan dan keadaan rumah kami.

Semasa merancang majlis kami, saya telah tetapkan dan ingatkan pada diri sendiri, walau apa pun terjadi, saya perlu ada duit simpanan paling XX ribu dalam bank selepas majlis. Itu untuk saya, dan bukanlah jumlah kombinasi saya dan D. Alhamdulillah, Allah izinkan. Saya berjumpa dengan vendor-vendor yang amat bertolak ansur dengan budget saya, saya dikelilingi sahabat dan keluarga yang sudi menolong persiapan majlis kami dan saya tak diuji dengan dugaan yang melampau hebat. dan ya mungkin saya bertuah kerana kehidupan seharian yang tidak memerlukan baget tanggungan yang tinggi, apa tah lagi bila tinggal di rumah ibu ayah sebelum berkahwin. Itu juga antara faktornya, saya tak nafikannya

Selepas berkahwin, saya dan D tinggal di rumah ibu ayah saya hampir empat bulan dan berulang alik ke rumah mentua pada hujung minggu. Kami dapat kunci rumah kami genap sebulan pertama kami berkahwin. Tapi rumah yang kosong memerlukan banyak persiapan, jadi dalam tempoh itu la kami beli barang sikit-sikit. Tinggal di rumah ibu ayah, memang menjimatkan, tapi jangan sekali-kali memanjakan diri kita dengan kesenangannya.

Rezeki tu ada sahaja cabangnya. D buat grill rumah menggunakan wang pampasan yang dibayar oleh pemaju atas kelewatan mereka (Jadi kadang-kadang kelewatan rumah siap pun, mendatangkan faedah juga kepada kita, apatah lagi jika kita tak perlu terkejar-kejar nak masuk rumah). Barang-barang rumah antaranya seperti lampu, saya beli dengan duit bonus tempat saya bekerja. Kami buat persiapan sikit demi sikit, bergantung kepada duit gaji bulanan. Jadi barang-barang elektrik yang dilihat dalam post terdahulu, memang ada yang kami beli tetapi ada juga sumbangan daripada kedua-dua ibubapa kami. Alhamdulillah juga, kebanyakkan barang elektrik hadiah kahwin dulu memang semuanya cukup-cukup (kecuali set pinggan! Tapi tak apa, beli set pinggan makan Ikea amat best~~) , jadi kurang keperluan untuk membeli barang-barang elektrik.

Dalam hal barang rumah, saya tidak bebankan D untuk menanggung semuanya. Saya dibesarkan dengan prinsip ibu, tak kisah kalau kita perempuan sekali pun, kalau kita nak sesuatu, usahakan sendiri. Jangan harapkan ehsan orang. Atau dalam dialog ringkas ibu "Ko nak, ko usaha. Jangan menggedik nyendeng kat orang" Saya dan D masing-masing cukup peka had kemampuan kewangan masing-masing. Dalam hal perbelanjaan rumah, saya memang tidak berkira kerana yang penting bagi saya, saya nak apa yang saya nak dan saya akan usahakan sendiri walau makan masa--noktah.. hehehe.. Kan Yayang kan??

Itu cerita barang-barang keperluan rumah.

Tentang dapur saya, yang ini bukan pakai duit simpanan saya. Untuk kabinet dapur, kami guna wang hantaran kami. Menyebut isu wang hantaran, ye memang ada pelbagai kaedah penggunaan wang hantaran daripada pihak lelaki. Ada keluarga yang amik wang hantaran tu untuk wang hangus kenduri kendara disebelah perempuan, ada juga yang diserahkan kepada pengantin perempuan bulat-bulat, dan juga ada pengantin perempuan yang serahkan duit wang hantaran sebagai hadiah kepada ibuayahnya. Mana-mana kaedah pun, terpulang kepada keluarga masing-masing

Cuma untuk keluarga saya, memang tradisi keluarga saya daripada belah ibu, wang hantaran akan dipulangkan semula kepada pasangan pengantin. Bukan kepada pengantin perempuan, tapi kepada kedua-duanya.

Tradisi ni bermula, pada zaman arwah monyang saya. Dia seorang juru nikah. Dia sudah lali tengok orang bergaduh disebabkan wang hantaran. Jadi bila anak dia (arwah mak long) saya nak berkahwin, dia telah tetapkan wang hantaran akan diminta tetapi tidak akan digunakan untuk majlis belah perempuan. Sebaliknya, wang itu akan diserahkan kepada kedua-duanya selepas majlis. Wang hantaran tu perlu ditetapkan jumlahnya demi menjaga rukun sosial jiran tetangga yang memang amatlah menitik beratkan wang hantaran, tetapi tidaklah pada jumlah yang akan membebankan pihak lelaki, tetapi tidak juga memalukan pihak perempuan. Pendek kata, wang hantaran ini bagaikan simpanan selepas majlis buat pasangan pengantin dan muafakat bersama bagaimana untuk memanfaatkan duit tersebut

Masa arwah Opah saya berkahwin, dia pun melalui tradisi yang sama. Jadi bila ibu berkahwin, duit wang hantaran ibu dan ayah guna untuk beli set katil untuk rumah mereka. Dan kini, bila tiba giliran saya dan D, ayah dan ibu sudah maklumkan yang mereka tidak akan tetapkan jumlah, tetapi terpulang pada saya dan D untuk menentukannya. Kalau D mahukan kehidupan lebih stabil selepas majlis, maka dia perlu berusaha mengumpulkan ikut kemampuan dan jumlah yang dia hendak. Ibu kata, dia tak pandai nak tetapkan harga kerana diriku begitu berharga tak ternilai dengan wang ringgit--chewah~ Maka, kawan-kawan, duit itu juga la kami gunakan untuk sediakan kabinet dapur, set sofa ruang tamu + meja, dan katil bilik kami. Semuanya cukup-cukup dengan jumlah yang ditetapkan. Saya pun dah ingatkan D, kalau ada rezeki kami, kalau ada anak perempuan, dia juga akan melalui tradisi yang sama.

Nah, sekarang rasanya sudah jelas bagaimana kami menguruskan pembelian barang-barang rumah. Tiada yang mewah dan tidak pula perlu untuk kami membuat pinjaman. Semuanya biasa-biasa sahaja. Cuma rezeki tu sentiasa ada, sama ada datang berperingkat-peringkat atau dalam keadaan kita tak sangka.

Penutup post petang ni, saya selitkan gambar ni. Masa penyerahan wang hantaran. Paling best masa ini pasal wang hantaran dan mas kahwin diletakkan dalam clutch, jadi memang tiada siapa tahu jumlahnya, paling penting terpelihara daripada pengetahuan beberapa individu yang memang teramat berminat nak tahu jumlahnya hahaha. Sampai habis abang-abang saya pun dirisik oleh orang tu :P




Tak tahu ngapa muka saya masam~~tapi masa dah pegang wang hantaran tu, sengeh lebar gila!

Ni pula gambar dekat hantaran yang ada set barang kemas, wang hantaran dan mas kahwin. Wang hantaran dan mas kahwin diletakkan di dalam clutch tu.



Dugaan daripada segi kewangan selepas berkahwin itu tetap ada, cuma kita kena percaya, setiap dugaan pasti akan disusuli dengan rezeki dariNya. Jangan dikira-kira, cepat atau lewat rezeki itu datang, yang pastinya ianya akan datang pada waktu yang tepat, sama ada kita sedari atau tidak.

Paling penting,hidup dalam paksi kemampuan masing-masing. Ingat, hidup ni bukan untuk ditandingi, tapi untuk dinikmati dan disyukuri.

Lagipun,kita hidup bukan menongkat langit ye kawan-kawan


20 April 2011

26 comments:

Anonymous said...

entry yang sangat-sangat berguna! tips berguna untuk b2b yang nak kawen. zaa agreed 100%..kite punya cara almost same la heheheh

Mrs Diba on April 20, 2011 at 2:25 PM said...

npe tade butang like?
bru nak LIKE post ni.. hehe

O Ena O on April 20, 2011 at 2:28 PM said...

serius...sangat terharu saya membace entri ini..terima kasih xora...nk copy entri ni bleh? nk emel kpd si dia n bff..huhuhu...terima kasih xora krn sudi berkonsi kisah anda kpd kami semua..terima kasih sekali lagik...entri yg sgt humble..huhuhu..

puteriraifana on April 20, 2011 at 2:33 PM said...

thanks dear! buat peringatan utk berjimat cermat sgt2..hehe. thanks!!

LisaLisut on April 20, 2011 at 2:33 PM said...

wahh.tak sangka ade yg bertanya smpai begitu skali.ngahaha.

tips ttg pasang grill bagai tu mmg betul.we're like in the same boat because developer return back the money like 1700 so bole beli kipas lampu,wiring etc.

sometimes hal dalam rumah tangga ni like how to manage belanja dlm rumah ke apa org luar takyah la sibuk nk tau. ade org suami dia mampu semua suami dia tanggung.ade org share2 sbb fhm kedudukan masing2.berbalik pada diri sndri.wahhh lihat siapa berckp(sy tak kawin lg but doesnt mean i dnt know.hehe.cececeh)

nice info btw :)

famzmhj on April 20, 2011 at 2:36 PM said...

menarik.... ^^ duit hantaran ni sensitif skit, tapi terpulangla kepada keluarga masing-masing. Atun sendiri duit hantaran buat belanja kenduri and selebihnya dapat kat pengantin.

sebenarnya lepas kahwin kena belajar berjimat, lagi-lagi utk pengantin baru macam Atun and suami yang baru setahun kerja terus kahwin. So kitorg sekarang ni tengah berjimat cermat nak beli kereta dan juga merancang nak beli rumah, kalau dimurahkan rezeki.

Elya Roza on April 20, 2011 at 2:55 PM said...

elya pun dlm prosess menacri rumahh idaman kalbu.harap2 leh jumpee...ehe

Lala on April 20, 2011 at 3:05 PM said...

sangat berguna baca post xora this time!! seronok baca!

kan best kalau dapat baca sebelum kawen! at least, boleh amik cara guna wang hantaran tu!

Cik Puan Mimi on April 20, 2011 at 3:52 PM said...

nice entry.like this!

Nur Iman on April 20, 2011 at 3:53 PM said...

Post yang menarik.Ye, rezeki itu rahsia ALLAH.Tapi yakinlah ia akan datang jua bila tiba masanya.Tak kira la dlm bentuk apa.

dyn on April 20, 2011 at 4:19 PM said...

menarik la entry ni...
n letak duit hantaran dlm clutch tu mcm best so xyah sume org taw kan berapa jumlahnya...hurmmm sangat menarik...

me n myself on April 20, 2011 at 4:51 PM said...

Di Kelantan, kebanyakkan duit hntaran para wanita akan beli gelang.. lg besar gelang kiranya bykkan hntran yg dia dpt.. i plaks, invest kt ASB dulu! =) utk kegunaan ms hadapan

hana yoriee on April 20, 2011 at 6:51 PM said...

waahh..beruntung selepas kahwin masih mempunya simpanan XXribu. kalau lah hana ni menabung dr kecil kan bagus?? huhu..

hazlynda kushairi on April 20, 2011 at 7:34 PM said...

xora, like entri ni. betul. pengurusan wang selepas majlis sangat penting. lynda pon mcm tu gak, kami sudah asingkan wang kami berasingan untuk apa² perkara penting, sekurangnya duit ada di dalam tangan. Kami pon masih mencari rumah idaman, selepas dapat lesen pelepasan, bergerak pantas mencari!

like this post!

naddynad on April 20, 2011 at 7:45 PM said...

Lagi entri yg baguss dari pn Xora :)

didieadila on April 20, 2011 at 8:09 PM said...

suka entri ni..sedikit sebanyak membantu pasangan yg baru nk kawen..thanx xora :)

Aty Fared on April 20, 2011 at 8:32 PM said...

betul...saye sokong sangat.. kekadang nampak macam mewah. tapi..sebenanrnyer perancangan yang betul dan simpanan tu yang menyelamatkan keadaan... macam kawen jugak..setahun sebelum dah prepared mane yang patut kan.. so..sane jer ngan hal rumah... tu yang selalu bakal pengantin lupe.. terlalu fokus pade hal kawen hingga lupa hal lepas kawen...:)

Anonymous said...

xora - ur family mmg macam famili I gak.
duit hantaran pulang ke kitorang lepas kawin.
zaman my mum - beli set pinggan and set katil guna duit hantaran

waktu kitorang pulak guna beli set katil, fridge and TV - baki simpan buat downpayment rumah.. now happy dok rumah sendiri barang dah lengkap.. 2 years after marriage.. weee...

Fiza Amran on April 20, 2011 at 9:10 PM said...

alhamdulillah .. Allah jawab persoalan saya tentang hal ini melalui entry awak. terima kasih banyak2.. semoga allah lebih memberkati awak sekeluarga aminnnnnnnn

mydlove on April 21, 2011 at 8:55 AM said...

baik sungguh tips yg diberikan...
mmg amat berguna untuk kehidupan org berkahwin

cik senah on April 21, 2011 at 9:13 AM said...

Terima kasih byk2 Xora kerana berkongsi berkenaan hal ini meskipun ianya adalah hak peribadi Xora sekiranya Xora memilih utk tidak berkongsi ngan b2b yg ada di sini..

Semoga Allah memberkati kehidupan Xora dan suami..di dunia dan di akhirat.. Insyaallahhh.. :)

p.s : Tajuk Xora kali ini.. begitu bermakna buat chek dan bakal suami.. Terima kasih byk2.. Hanya Allah saja dapat membalas segala perkongsian XOra di sini.. :)

Pn. Ira on April 21, 2011 at 10:56 AM said...

love kak xora! =D

Anonymous said...

xora, hantaran tu fmily pulangkan tok pengantin ker?..abis2 majlis reception tu gune duit fmily la eh?..

kalo lah fmily yang xmampu, cmne pulak?..n kalo la fmily yang ramai anak, cmne?...

Xora on April 21, 2011 at 3:14 PM said...

Dear all: terima kasih utk semua komen2 :) tak terbalas saya jawabnya. Harap kita semua dapat pilih kaedah yang paling sesuai untuk keadaan semasa masing-masing ya?

Anonymous: majlis kami serentak, jadi belanja makan memang ayahibu kedua2 belah yang sponsor. Ni pun tradisi keluarga juga, ibu ayah yg tanggung makan minum kenduri dan selebihnya tanggungan pengantin sendiri. bagi saya, setiap famili ada cara masing2, jadi soal bagaimana cara kos kenduri itu dijalankan, rasanya lebih terpulang pada perbincangan ahli keluarga itu sendiri untuk menentukan. Apa yang praktikal pada orang, tak semestinya sesuai untuk keluarga kita. wallahualam.

Anonymous said...

tahniah xora...awak tgolong dikalangan org yg bertuah...ini kali pertama saya dengar wang hantaran di pulangkan semula..mmg bagus dipraktikkan supaya pengantin senang sedikit slps kenduri nanti..

Izzatul Azma on April 24, 2011 at 8:05 PM said...

Thanx for the tips Xora!

Kamu, saya sangat berminat dengan idea letak dalam clutch tu tau.. tapi fikir-fikir balik nanti duit tu saya akan dapat dulu sebelum majlis. Kiranya masa majlis tu cuma akan guna dummy cheque sahaja.. jd mcm takde fungsi pulak. hehehe

Tapi really love the idea!

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates