Salam dan hai
Sembunyi!!
Bukan sembunyikan diri. Tapi itu nama spa yang saya pergi -- Sembunyi Spa di Cyberview Lodge Resort & Spa.
Saya bersama Cik Reen ke Cyberjaya! Terima kasih Reen yang dah tolong booking kan. Kami pergi serentak pasal voucher yang kami dapat dulu, sudah hampir luput tarikh sahnya. Beli daripada bulan lima hari tu, dua minggu sebelum majlis baru sempat pergi.
Sampai disana, sedikit keliru pasal tak tau lokasi spa. Lepas bantuan daripada pekerja, jumpa pun tempat tu! Pekerja sambut mesra kami. Memandangkan ni spa pertama kami, jadi kami diterangkan satu per satu semua pakej-pakej yang ada.
Dapat cuba bau-bau bahan yang ada.
Dian (nama pekerja tu) bawa kami ke bilik locker, terangkan semua yang ada dalam locker tu. Kami diberi dua kain yang besar, diikat jadi macam kemban tapi hujung kain ikat dileher. Dapat selipar juga. Kami punya sesi mula 3 petang, jadi sementara waktu menunggu, kami dibenarkan guna jakuzi, wap dan sauna . Dian kata, biasanya tetamu datang awal sejam daripada waktu temujanji pasal mereka nak gunakan fasiliti lain dulu. Huua patut kena gi awal lagi. Dapat la segar-segarkan badan dulu.
Gambar ni diambil selepas habis sesi dan spa dah nak tutup. Dalam kawasan ini, telefon tidak dibenarkan.
Kami masuk jakuzi dulu. Best. Rendam dalam 20 minit rasanya. Kemudian masuk bilik wap. Sekejap sahaja pasal bosan. Kemudian masuk sauna. Pun sekejap pasal rupanya giliran kami dah sampai.
Pakej kami Give Me A Break Massage Give me a Break (massage, scrub and bath) , makan masa 2 jam. Pakej penuh disini . Memang kalau ikutkan harga asal, tak mampu saya nak buat spa disini. Tapi dengan voucher ni, alhamdulillah dapat la potongan sikit, jadi merasa la gaya hidup ini. hihih.
1. Urutan
Ada tiga jenis urutan
i) Tranquility Aromatherapy Massage - Choose Your Favourite Scent from our Exclusive Collection
ii) Serenity Traditional Balinese Massage - Long, Soothing Strokes
iii) Vitality Shiatsu Massage - with Traditional Stepping
Saya pilih yang no ii pasal belakang saya sakit. Mungkin kesan buat biskut lama-lama sangat. Jadi memang perlukan urutan yang padat!
ii) scrub
Ada empat jenis srcub, tapi saya pilih yang 'Rub-A-Dub-Dub' --traditional Lulur Rub with Yoghurt. Kemudian, kena pilih pula jenis bahan scrub. Saya pilih kopi pasal Dian kata untuk selulit. Haha. Berangan la selulit boleh hilang sekelip mata.
iii)Mandi
Yang ni sedikit rambang mata pasal boleh pilih, Serai Wangi, Relaxing Lavender, Rich Milk and Fresh Blossom Bath Scented with Melur Dream Bath Gel dan Ocean's Away. Saya pilih Serai Wangi pasal nak sesuatu yang lebih tradisional dan boleh pulihkan tenaga.
Masa masuk dalam bilik tu, memang ngaku siang-siang kat orang spa tu yang saya tak pernah buat spa, jadi amat segan. Nasib dia memang amat terbuka dan sangat membantu. Segan oooo!
Sebelum mula sesi, minum dulu air halia yang sedap.
Borak-borak sikit dulu dengan tukang urut. Dia asal daripada Bali dan baru berpindah kerja di Cyberjaya ni. Dia urut memang amat best! Saya tak perlu bagitau sengal kat mana atau bahagian mana yang nak lebih ditekankan, dia tau-tau kat mana nak diurut. Memang best! Tak terlalu kuat atau terlalu perlahan. Memang sedang-sedang.
Sesi 2 jam berlalu dengan amat cepat rasanya. Saya siap tidur masa dia scrub kan badan. Pasal lepas letak yogurt, memang la amat selesa. Jadi saya tidur jap. Haha.
Selain urutan badan, dia pun urutkan sikit rambut dan muka. Selesa sangat! Diiringi muzik yang sedap dihalwa telinga. Best gile kot!
Sesi disudahi dengan makan manisan dan air halia lagi.
Suka la!!
OK. saya pelanggan yang sangat berpuas hati dengan layanan di spa ni, jadi mungkin bias.
Yang pasti, sekarang lenguh-lenguh badan kat bahagian belakang sudah tiada :) Terima kasih untuk teknik mengurut yang dibuat!
Selingan idea untuk deko majlis:
Idea untuk deko yang murah tetapi masih menarik -- Gunakan bunga jejarum. Idea ni digunakan dengan banyak di spa Sembunyi ni.
Tapi pastikan potong dalam bunjut-bunjut. Jangan pecahkan tangkainya.
Macam ni, pelbagai warna pun molek.
Mungkin bunga jejarum tidak wangi seperti bunga lain, tapi alternatif bagi mereka yang masih inginkan element bunga dalam majlis. Kebanyakkan deko di spa ni gunakan bunga jejarum. Simple, murah tetapi cantik.
Rumusan post: Memang puas hati dengan perkhidmatan spa disini. Pekerja mesra, fasiliti lengkap dan sesi spa yang menyegarkan. Mungkin kalau ada voucher lagi, kena beli! Kemudian datang awal sejam dua daripada waktu slot, jadi boleh rendam dalam jakuzi lama-lama.
Tapi, terlebih dahulu kena guna voucher kedua yang saya beli, Couple Package. InsyaAllah selepas majlis nanti :D, semestinya dengan D!! (tapi kalau D takmo, bawa Nity!!)
17 Oktober 2010
5 comments:
:) bape eh harga pakej spa tu? mahal sgt tak?
ooo! cool nya Xora guna bunga Ixora as deco!
like! like!
bestnye pekene spa. saya spa pun tak pena pg. sunway lagoon pena la.
Ummphs: harga pakej disini
http://www.cyberview-lodge.com/sec/sparates.html tapi yang kami dapat tu voucher jadi harga lebih murah sikit. kalau harga ori, tak mampu ai!!
Myra: cool bukan?? tapi.. dah tempah bunga..
En Psycho:sunway tu kira spa.. spa air :)
bestnya dpt g spa...
Post a Comment