Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

19 October, 2010

Tips Mengedarkan Kad Jemputan di Pejabat


Salam dan hai

Kali ini saya nak tulis berkenaan tips. Tips bagaimana kita nak edarkan kad kahwin di pejabat. Saya spesifik maksud di pejabat pasal bila nak edar kad dipejabat ini la, soalan-soalan peribadi bertalu-talu diberi. Maka terjadinya la insiden 'terBedahkan' dirinya tanpa sedar. Niat dihati orang bertanya, sekadar meringankan mulut berbual, tapi si penerima pula rasa kurang selesa. Saya pun masih juga jadi Cik Bedah dalam tak sedar. Tapi kita sama-sama perbaiki diri ya.


1. Satu lawan satu
Cara yang paling berkesan adalah bagi kad jemputan berdua dengan dia. Maksudnya, bagi kad hanya untuk dia sorang. Saya perasan, kalau saya bagi kad serentak pada dua orang, salah seorang akan ada masa berfikir nak tanya soalan, ketika saya menjawab soalan sorang lagi. Maka, mula la soalan macam "honeymoon berapa lama", "wang hantaran berapa", "bakal suami kerja kat mana" semua ditanya. Kalau kita bagi kad sorang-sorang, dia cuma akan sempat tanya, majlis di mana dan bila. Jadi soalan-soalan yang tak memenuhi piawaian bakal pengantin tidak sempat otaknya proses. hehe

2. Kejutan
Bagi kad ketika dia tak menjangkakan. Jangan la telefon dulu, bagitau nak hantar kad jemputan. Pasti dia sudah fikir nak tanya apa. Datang kubikel orang tersebut, terus sahaja bagi kad. Pasti dia pun tak sempat bertanya apa-apa selain tarikh dan tempat majlis.

3. Mulakan perbualan
Perkara lain, ketika serahkan kad jemputan, terus terangkan majlis di mana, bila. Mesti penerima tak sempat bertanya apa-apa pasal semua yang perlu ditanya telah dijawab. Pastikan minta diri cepat-cepat dengan alasan perlu edarkan kad lagi.

4. Datang, Letak dan Lari
Ini alternatif terakhir. Kalau mahu elak daripada ditanya itu dan ini, letak kad jemputan siap-siap di meja jemputan. Kemudian lari~~ Hihi.. Tapi ingat, susuli dengan emel pemberitahuan. Teknik ni juga sesuai, kalau kita nak jemput spesifik tetamu. Kadang-kadang, ada situasi kita rapat dengan A, tapi B yang duduk disebelah A, kita kurang bergaul. Jadi untuk elakkan situasi aneh ketika menghantar kad, gunakan teknik ini.

5. Hanya yang dijemput
Jangan sesekali bagi kad ikut jabatan atau bahagian. Ada risiko daripada segi jumlah tetamu. Kita sendiri tak dapat anggarkan bilangan tetamu daripada jabatan tu yang akan hadir. D hari tu pernah nak cadangkan nak letak kad jemputan di notice board pejabat dia, terus la saya bangkang. Kita jemput spesifik orang, memudahkan diri sendiri nak anggarkan tetamu. Kalau kes kad tak cukup, emel kan ada. Lebih personal daripada letak di notice board, ntah siapa yang akan baca, nanti haru jadinya.


Itu la lima tips yang saya perasan daripada pengamatan saya sepanjang proses mengedarkan kad jemputan. Tapi, bersedia la, kadang-kadang, kalau terjumpa orang-orang ni diluar, mereka masih sempat akan bertanya tentang itu dan ini tentang majlis kita. Bersedia sahaja la ye daripada mental dan emosi. Cuma kita sebagai bakal pengantin, cuma kena beringat, bukan hari-hari orang nak tanya kita soalan macam tu. Dah kahwin nanti, tiada siapa dah nak amik tahu. Hihi. Jadi, enjoy sahaja saat ini ok? Stress sifar!




19 Oktober 2010



16 comments:

hana yoriee on October 19, 2010 at 1:14 PM said...

hehe..baru siap tulis nama kat kad jemputan utk org opis..ingat nak letak kat pigeon hole aje nanti..hahahaha..aci tak?

izzahazfar on October 19, 2010 at 1:20 PM said...

salam,

seronok baca blog nih..teringat pulak zaman kahwin hampir 4 tahun lepas...huhu semua diy tp tak ditulis jadi kenangan itu diletak pada memori shj...anak cucu tak boleh ambil rujukan..berbeza dengan corentan disetiap entry awak..

semoga majlis berjalan lancar ya!

salam kenal
izzah

Murni Nasir on October 19, 2010 at 1:28 PM said...

huhuhu.. bagus².. boleh dijadikan panduan sbb nak edarkan kad dalam mase yg terdekat ni kat opis.. hehehe.. :)

tapi sangat letih bila orang tanye "bakal suami keje ape", "nanti duduk kat mane".. hadehhh..

huhuhu..

Xora on October 19, 2010 at 1:35 PM said...

saya pun ditanya soalan cam tu, standard jawapan skrang "alhamdulillah, ada rezeki", "insyaAllah, tgk macam mana nanti". hihih. biar ayat tergantung. harus diakhiri dgn snyuman paaaaaaling manis :D

TheBubblyMe on October 19, 2010 at 1:37 PM said...

Thanks dear. sgt bagus ur tips. kami pon baru bincang mcm mana nk bagi card. =D

farahfatihah on October 19, 2010 at 1:39 PM said...

huhuh xora, dah terima kad fara? mesti xjangka kan hehehe jimat setem

Hana on October 19, 2010 at 1:44 PM said...

sy lagi jahat.. masuk kat pigeon hole bole? but everytime I meet org pun I akan jemput mulut and tanye.. dh dapat kad kan.. hehe. that's happen when you have 400 staff kat ofis and you can't really skip 1 :D

cik senah on October 19, 2010 at 1:54 PM said...

hermmm.. cik senah punya panggilan jemputan utk member2 opis.. lambat lagik.. tahun depan (insyaallah)..

entah aarr.. bila dipikirkan.. cik senah cuma nak bg kad jemputan utk setiap bahagian (utk majlis sebelah pihak cik senah aje.. - majlis cik senah di kedah ).. bkn bermaksud ajak2 ayam.. cuma.. kalau majlis jauh di kedah.. sure tak ramai yg sanggup remba ke majlis cik senah melainkan rapat2 rapat cik senah sajalahh..

cik senah bg kad jemputan belah cik senah SEKADAR nak umumkan yg cik senah akan bertukar status daripada "cik" kepada "puan".. hehehe

utk belah bakal suami ( area shah alam ).. maybe.. cik senah panggey opismates yg satu department ngan cik senah jaaa (dept. kewangan).. department2 lain cik senah tak jemput (hehehe).. b'coz.. :

1- tak kenal rapat
2- tak penah sembang atau tgk muka pun sebelum niee..(nama pun tak kenai kadang2!)
3- 700+ staf2 satu opis cik senah saja..?? oh! tidakkkk.. ( sabit tue jemput department cik senah aje.. ada arr dalam 30 org.. jadi arr tuee.. depa nie hari2 cik senh jumpak..bersembang)
4- layanan EXTRA utk keluarga/kengkawan belah bakal husband : bakal husband dan jugak in laws cik senah mesti nak ajak kengkawan depa kann..? maka, mesti arr bg ruang utk depa jemput kengkawan depa..
5- bajet katering belah bakal husband perlu diambil kira ( cik senah p ajak kawan2 cik senah lebih daripd kawan2 bakal husband.. sahih ada yg kecik hati.. dan tarik muka.. )
6- buleh bg TUMPUAN PENUH melayan dan mengenali setiap ahli keluarga dan kengkawan bakal husband

p/s : sekadar pendapat cik senah.. coz..cik senah kawen ngan org biasa.. bkn angkasawan negara.. maka.. diriku tidak mampu nak ajak sekelian rakyat jelata di serata cerok bumi malaysia ni ke hari bahagia cik senah.. heheh :P

Xora on October 19, 2010 at 1:58 PM said...

Fara: haah, penghantaran pantas.. hihi .. shhhuuu diam2 :D

farahfatihah on October 19, 2010 at 3:24 PM said...

ok zaaaappp dah zip mulot hahaha

ikhwan on October 19, 2010 at 4:45 PM said...

salam

saya ikhwan nazri dari weddingkami. rasa macam pernah komen sebelum ni kat post lain so macam biasa tengok sapa visitor, and you pops out hehe.

kalau nak mengedarkan website jemputan kahwin ada protips tak agak2? hehe

Moose on October 19, 2010 at 6:25 PM said...

my wedding card is very limited, so i plan nak email invite je orang dekat office. card tu pun maybe bagi dekat boss2 je kot.

i dont expect my colleagues to come as well sebab kenduri ku nun jauh di perlis sana. hehe

missbutterfly on October 19, 2010 at 7:06 PM said...

hah..saya bg 1 kad 1 dept jer..baru 1 msia..HAHA..tak la.dah tau mmg confirm diorg tak akan dtg..sbb majlis kt kelate nun..lega di situ..hehee

Reen Tart Nenas on October 19, 2010 at 10:51 PM said...

yeahhh suka entri nie :p bile entri si tanggang

Elya Roza on October 20, 2010 at 12:25 AM said...

sib baik offis elya tak ramai sgt staff...ha3..and most of them r chinese...
so takyah risauu derang nk kepoh2 pasal hantaran and honeymun :D

Renee Meow on October 20, 2010 at 11:23 AM said...

love ur tips.. very useful.. i like no.4 -Datang, Letak dan Lari...hehehe funny.. ;p


meow~
http://reneemeowwedding.blogspot.com

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates