Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

11 October, 2010

Aktiviti Pada Hari Berbaki 20 dan 21 Hari Lagi



Salam dan hai

Hari ni, cuma tinggal 19 hari lagi sebelum majlis kami.

Hujung minggu masih padat. Kemas kini secara pukal!

1. Lawat Fieza Junior.
Alhamdulillah,
Fieza selamat melahirkan bayi perempuan di Prince Court pada hari Khamis, 7 Oktober, 6 petang. Sabtu baru dapat melawat dia.





Komen saya: macam pau gebu baru kuar kukusan. Geramnya!

2. Fitting baju nikah

Selepas episod
histeria dan kegagalan nak naikkan berat badan semula, maka redha hantar baju nikah ke Dzihni, yang juga butik K.Ina DzulldeClassique. Masa hantar untuk kecilkan baju minggu lepas, K.Ina tiada dan staff Dzhini yang amikkan ukuran. Risau juga pasal tak diberi resit, tapi pasal saya sudah dalam fasa 'biarla', jadi layan kan aje.

Janji seminggu selepas dan bila sampai, terus dapat cam baju saya yang mana. . Cuba. Ok. Sesuai. Suka! Tak perlu usaha nak tambah berat. Lagi best, K.Ina tolak bila saya nak bayar. Suka suka!

Alhamdulillah. Untuk baju nikah, semuanya sudah lengkap. Cuma kena beli stoking halus dan brooch kecil banyak-banyak. Sekarang, tinggal baju sanding sahaja. InsyaAllah ambil hari Jumaat ini.


3. Kad jemputan lagi

Dapat kad jemputan daripada kawan pejabat. Berkenan sangat dengan kad nya. Simple tapi element kain pelekat (saya melihatnya daripada segi kain pelekat), menarik mata saya. Tapi majlis nun jauh di Penang. Tak dapat hadir dalam keadaan berdarah manis.




4. Misi Sulit seterusnya

Abang saya sudah memulakan proses untuk misi sulit saya seterusnya. Minggu ini boleh dapat rasanya.




5. Majlis
Bakal Puan T atau Nuriah.

Saya datang daripada Nuriah tengah sibuk dimekapkan. Awal pagi, kira-kira 730pagi. Tapi pasal saya rakam video, jadi tak dapat nak amik gambar sangat. Baru perasan, gambar saya dan Nuriah takde dalam simpanan saya! Jadi kena tunggu hasil daripada
Abang Acai. Pastinya mabelez!





Lepas akad nikah, saya makan pagi dulu. Bagus sangat disediakan sedikit juadah pagi selepas bernikah, sekurangnya tetamu dapat alas perut dulu. Nasib ada kawan, Izzah pun datang kebetulan adik dia konvo di UPM (Aku baru perasan aku takde gambar dengan ko Izzah!!)

Lari ke Bangi untuk majlis doa selamat Pak Lang. Dalam 2 petang, datang semula ke majlis Nuriah. Tapi pengantin dah siap makan beradap. Meja beradap pun dah kemas.

Tapi sempat tarik pengantin bergambar



Nuriah memang suka amik gambar. Saya nak ambil gambar dia dan suami, tapi dia conquer kamera sorang-sorang!

Nasib dia teringat, dia dah bersuami! Jadi dia tarik sekali Thaqib. Reaksi Thaquib memang dibuat-buat. Dia suka amik gambar buat 'muka'



Sedikit sesi foto bersama kawan-kawan di pelamin.

Kemudian, pastikan diri dapat bunga pahar ni.



Sebabnya? Ni bunga pahar air tangan pengantin ok! Dia buat sendiri tau. Maka, harus tebalkan muka merembat.

OK. Penat. Nak rehat. Ada lagi progress tentang deko bilik pengantin dan kerja gila nak buat biskut untuk majlis sanding. Tapi penat dan malas untuk menulis.


Tak mo update blog, boleh?


Nota: siapa yang sudah RSVP pada saya tapi masih belum dapat kad, sila maklumkan kepada saya melalui emel. Terima kasih.

11 Oktober 2010

11 comments:

iedayah on October 11, 2010 at 8:43 AM said...

wow..padat tui hari2 kamu xora..alhamdulillah..baju nikah da settle..=)

PurPLe LaDy AiFA on October 11, 2010 at 9:40 AM said...

saya sudah dapat kad kamu! huhu. kat kajang rupanya.. insya allah kami sampai.. hee.

kawan kamu yg kat penang tu, bakal husband die dr MCKK ke? sbb corak kain pelekat tu exactly the same dengan corak kain sampin hari jumaat budak2 mckk. huhu

Anonymous said...

lengkap hari2x xora kak mia tengok...

Acaii Jawe on October 11, 2010 at 10:11 AM said...

Thanks ixa atas jemputan ye..:) semalam memang best mendera pengantin2 tu,hehe. Tunggu gambar diaorang ek, nanti saya tag :)

Shakina Farhan on October 11, 2010 at 12:42 PM said...

kina da email xora!

xora..link la kina eh..nk jugak kn..;P

Reen Tart Nenas on October 11, 2010 at 1:59 PM said...

cantik sungguh nuri :) merah menyala :)

.: an :. on October 11, 2010 at 3:14 PM said...

haipp!! xkire... xora kena update blog gak! ngee.. =p

gurlarroche on October 11, 2010 at 4:54 PM said...

nuri da selamat...tinggal laling je kan ? ;)

Mrs Kecik on October 11, 2010 at 4:55 PM said...

kena rsvp ke?

Xora on October 11, 2010 at 10:01 PM said...

SK: eh tak.. takde perlu RSVP kepada saya. cuma maksud saya, mereka yang dah beri alamat, maklumkan pada saya kalau kad masih belum diterima :)ni makan buffet aje :)

Unknown on October 11, 2010 at 10:50 PM said...

hi xora, i got ur card, tengs =) insya Allah ada rezeki sampai nanti =)

btw, nora dah xguna link nora aira tu. kalo ada kelapngan nanti exchange with my new link yea =) tengs =)http://norapurplebridez.blogspot.com/

hepi preparation. stay cool, pretty n healthy yea =)

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates