Salam dan hai
Ringkasan aktiviti sepasang bakal pengantin (kami la tu!) menjelang minggu-minggu terakhir majlis mereka.
1. Jumpa kawan-kawan, kasi kad by hand
2. Penuhi jemputan yang bulan 11 dan tarikh yang sama dengan saya. Warna putih sebagai kad kahwin memang ada kelas tersendiri!
3. InsyaAllah, menghadiri majlis Bakal Puan T pada tarikh mahal 10.10.10
4. Gatalkan tangan nak tambah deko kat paper bag untuk berkat. Cuma rancang nak tampal doily paper ni sahaja. Doily paper yang sama digunakan untuk baby shower Fieza dan projek Innershine saya.
5. Singgah ke Sunway, beli beberapa barang tambahan untuk hantaran mekap.
6. Hadiri jemputan majlis kawan sekolah.
Siap kebetulan datang saing dengan pengantin-untuk kedua-dua belah!
Perhatikan genggaman pengantin ni (Roslan & Zaharah). Sangat sweet okey! Bakal pengantin kat belakang tu sudah tidak signifikan! :D
7. Beli Eva.
Eva- nama timangan diberi. Pasal dia putih, teringat kartun Wall-E yang Eva tu, jadi namakan dia Eva. Eva Evora.
8. Katerer
Dah jumpa katerer malam semalam untuk finalize spesifikasi kami. Azue Caterer, seperti biasa, dapat puaskan hati kami selepas sesi perbincangan alhamdulillah.
9. Tudung nikah Vispera
Memang simple tanpa apa-apa batu dan manik, tapi bila dipadankan dengan veil saya, keputusannya: Puas hati.
10. Projek DIY kayu
Perasan tak, sudah bertambah projek DIY saya kat tepi ni.
11. Raya
Ada open department. Makan lagi.
12. Fitting baju nikah
Sudah hantar pada tailor untuk kecikkan baju nikah saya, selepas episod histeria . Kita tengok hasilnya nanti.
13. Fitting baju sanding
Dalam minggu ini akan pergi fitting baju sanding. Mood sama macam masa amik baju nikah dulu. Sekarang sedang berkira-kira nak sewa atau beli sahaja aksesori pasal harga sewa dan beli, lebih kurang sama sahaja. Oh ya, tudung sanding juga kena cari sendiri.
14. Gula-gula untuk sicilik
Sudah siap bungkus. Terima kasih K.Rina dan Icik!Baki gula-gula, boleh kita kendurikan!
15. Masih bernafas di sini.
Penat. Takpa, lagi 20+ hari sahaja lagi.
5 Oktober 2010
13 comments:
dup dap dup dap!! insyaAllah semua akan berjalan lancar seperti yang xora rancang!
Lagi 25 hari...
dup dap dap dup kannn!!! :)
saya penah rasa hidangan azue catering. sedap!! kemas bersih sangat services diorg..kalau majlis saya di kl/selangor mesti saya amik diorg. niat di hati nk pegi memeriahkan majlis xora..insyaAllah kalo x ada halangan sampai la..hehe..
veil, xora sewa ke sendiri? maaf kalau dah ada entry pasal ni..saya tak perasan.
-wah, bz nye time hari2 teraher ni..
-i love your veil!
-i pon suka attend majlis2 kahwen org lain espeacially bulan2 teraher nak kawen.. tp my atuk siap marah kata pengantin sepatutnya xley tunjuk muka depan org ramai.. nnti ilang seri.. sabo je la.. T_T tapi i pegi jugak! haha
wahh.. sis.. take a deep breath ya.. stay calm n kiut miut~ hihi
waaa tak lama lagi xora :)
banyak dah nyea ...
kalau ja laa tempat xora hehe..
tak tahu nak cakap ape :)
perkara 4. doily paper kat mana beli? eh putih tu namanya doily paper eah? =D
waahhhhh .. semakin x sabar lakk nk tggu sis xora naik pelamin ! heeeee :)
Dear all: reply secara pukal ya. terima kasih semua.doa2 kan majlis selamat dan lancar ya. SK, veil saya tak sewa, hak milik kekal saya.Bai, saya kurang pasti ejaan tu betul ke tak pasal bantai aje. tapi saya beli kat kedai barang2 buat kek. terjumpa, jdi beli. kat jusco hari tu nampak ada
heyya..im a silent reader n B2B blogger too.. i linked ur page, hope u dont mind.. :)
Renee Meow
http://reneemeowwedding.blogspot.com
dok tgk listing xora...mkn lama..mia pulak rs dup dap..mcm2x nk di buat ye xora.mkn dekat nk hari bahgia
dup dap dup dap dah dekat ni xora....semoga berjalan dengan lancarnya yer
hehehe..kalo sesuai nanti nak sewa veil xora..hehe....boleh ke
Post a Comment