Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

27 October, 2010

Cuti Bermula




NOTA: Ketika post ini dibaca, saya masih sibuk dengan persiapan-persiapan akhir kami. Jadi semua post , telah dijadualkan. Segala komen dan pendapat saya akan baca kemudian. Terima kasih.


Salam dan hai

Saya sudah mula bercuti. Semalam, terus shoot email ofis kepada jemputan. Ada yang saya jemput awal sebulan, jadi takut mereka terlupa. Jadi, emel terakhir ni, macam gentle reminder.

Buat masa ini, kebanyakkan reaksi kawan-kawan pejabat, positif. Tak ramai sangat cik bedah atau abang bedah. Best pasal ramai orang suka nyanyi lagu "Selamat.. Pengantin baru..". Macam-macam versi ada. Kalau saya tengah beli makanan, pun kata "Haih pengantin baru, jaga-jaga makan".. Kebanyakkan reaksi, saya tak rasa terganggu pasal saya tau, cuma ini sekali sahaja masa saya. Lepas ni, 'tiara' akan beralih kepada Reen.

Semalam tolong Reen masukkan kad kahwin dia.



Selesai 400+ kad, buat bersama dengan Laling. Best!~ Teringat masa Nailah dan K.Nadzrah tolong saya ribenkan kad jemputan. Memang yang penting kerjasama!

Hari ni, saya akan tumpu pada bilik pengantin. Nak gilap perabot dan vakum semuanya. Keluarkan barang hantaran, gilap tembaga. Kemudian nak cari tudung kosong untuk sanding. Sudah dapat tudung daripada vendor tapi saya nak tudung kosong. Tudung yang di beri memang cantik dan meriah, cuma saya nak sesuatu yang lebih sederhana. Biar tumpuan pada wajah saya. Tapi K.Rina dan Ibu suka anak tudung tu. Jadi, penyelesaiannya, saya kena beli juga tudung kosong, kemudian kalau saya lembut hati nak pakai anak tudung sarat tu, saya akan pakai. Kalau saya rasa terlalu semak, saya akan pakai yang kosong sahaja.

Esok insyaAllah nak buat muffin. Tak banyak, dalam 200+ sahaja. Jumaat nak buat hantaran dengan Nity. Sabtu-- oh ya, kena kahwin hari Sabtu.

Tapi.. kertas kerja penanggah belum buat lagi.. Tak apa, satu-satu. Mesti boleh !



27 Oktober 2010

11 comments:

hana yoriee on October 27, 2010 at 9:09 AM said...

yeay..ahad boleh jumpa PENGANTIN!!

Byzura Mj (By) on October 27, 2010 at 9:43 AM said...

xora!!! tetiba kena balik kampung! mak tak sihat.

neway selamat pengantin baru k!!! By doakan semua bjalan dengan lancar.. gambar jangan lupa upload!! kalo tak by minta thru email. hahaha.

Mysarah Rahman on October 27, 2010 at 10:04 AM said...

kamu ni sangat teliti orangnya. mesti boleh!

Shakina Farhan on October 27, 2010 at 10:16 AM said...

hehe..yeay..goodluck dear..see u this weekend..

Fiza Zainal Abidin on October 27, 2010 at 11:02 AM said...

good luck dear :) semoga semuanya akan berjalan lancar.

erranis said...

xora..semoga semuanya berjalan lancar yer...i salah sorang silent reader blog u & pernah minta fail excel u dulu...i pun dah selamat jadi pengantin 10-10-10 aritu...SELAMAT PENGANTIN BARU buat u xora ...Semoga kekal hingga akhir hayat.

khairulhaya on October 27, 2010 at 12:36 PM said...

wah..debaran kian dirasai..jgn nerbes sgt k..yg penting kene senyun je time majlis tu nnt..

:: Princess Violet :: on October 27, 2010 at 12:52 PM said...

happy for u..tp sedey sebab nanti tade sapa dah nak buatkan muffin bluberi sedap for me lagi uhuk2 :(

Reen Tart Nenas on October 27, 2010 at 12:55 PM said...

jumpa sabtu nokkks! eih, bukan, khamis malam aku dtg hantr tat :)

missbutterfly on October 27, 2010 at 1:21 PM said...

dah start cuti dah! yay!! insha Allah selamat semuanya..

Mawar Maizza on October 27, 2010 at 1:27 PM said...

salam xora. Selamat Pengantin Baru. selalu jenguk blog yg sangat berinformasi ni. sgt bermanfaat. :) btw, insyaAllah, smoga semua bjalan dgn lancar. selamat menjadi org baru..

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates