Salam dan hai
Hari ni merupakan hari terakhir sebelum pengiraan menjadi bilangan sa.
Apa ye cerita hari ini?
1. Baju sanding
Sudah ambil daripada vendor. Tinggal nak amik aksesori sahaja hujung minggu ini+tudung sanding. Tengok, elok sahaja dah susun baju nikah dan baju sanding kami sebelah menyebelahi.
Motif hitam putih kan gambar?! Supaya yang membaca ini dikelilingi misteri~~
Dah berarak satu rumah tunjuk baju ni kat ibuayah dan abang saya. Saya suka, reaksi pertama abang saya "OOOOO!!" tu tandanya dia suka. Warna kuning yang abang vendor ni pilihkan memang cantik, cuma saya rasa, baju tu macam longgar sedikit di badan saya (atau mungkin kerana ianya songket) tapi bila saya kata nak ketatkan, dibangkang oleh semua orang, biar sedang-sedang sahaja kata mereka. Jadi, saya lebih suka tengok baju saya pada penyidai baju, daripada dibadan saya sendiri. Huhu. Benci. Nak kecikkan lagi~~
Ni veil saya.
.. sepatutnya :) Saya amik gambar masa fitting pertama. Tapi untuk diri saya, macam tak berapa berkenan pasal terlalu sarat (kepala saya besar ok dan manik meriah camni akan buat kepala saya semakin besar. Nanti Nity amik gambar dia tagged kepala saya kat fesbuk, tulis "enormous!!!") dan panjang veil tu betul-betul atas punggung saya, jadi macam tak sesuai pasal perhatian akan terus ke situ. Tapi pasal mood masa fitting pertama sangat menerujakan, jadi terlupa nak cakap tentang ini.
Bila saya amik baju sanding selepas fitting, OK veilnya sudah ditukar. Macam tahu-tahu sahaja. Hehe. Veil kali ni maniknya lebih sederhana dan humble, saya suka pasal saya takmo yang terlalu menjerit nak perhatian.
Keseluruhan baju ni, saya puas hati alhamdulillah (kecuali part nak kecikkan baju semorang bangkang) tapi tak apa, pasal piawaian saya, tak mahu kain meleret dan tak mahu veil meleret. Itu sahaja. Simple sahaja kan? * serik baju nikah macam tu. Hihi. Bagaikan merak nak gostan. Ngeri ok. * .
2. Masih mengekalkan gaya hidup tanpa sempadan pemakanan. Hehe. Makan dan makan.. Makan lagi.. Ni gambar selepas fitting baju sanding. Makan di Yati Ayam Percik, di Bangi. Tak apa, 2 minggu lemak tak sempat jadi babat jahat. Reen, sila jelez.
3. Hadiah kahwin pertama
Hua, sangat terkejut bila dapat hadiah ni. Rupanya, Farah ni serumah dengan salah seorang kawan pejabat saya. Cik Eno yang membuat penghantaran pantas ke meja saya! Reaksi pertama: blur. Siapa pulak yang kasi hadiah ni.
Reaksi kedua: Tak .. tak.. saya tak tulis blog.. takmo ngaku ada blog.. Hahah . Bahaya ni, makin ramai kawan pejabat tahu blog saya. Sedikit kurang selesa disitu.
Terima kasih buat Cik Farah Fatihah untuk kad undangan dan hadiah. Tak buka lagi pasal kena kahwin dulu baru boleh buka Hihi. Terima kasih Farah. Walau tak dapat nak hadiri majlis saya, saya harap kamu doakan majlis saya dan Zaila selamat dan lancar ya moga-moga.
Sekarang ni, memang tengah pulun kerja pejabat seberapa pantas yang boleh. Tak pernah rasa serajin ni. Kali terakhir serajin ni, mungkin masa mula-mula masuk kerja dulu kot.
Perkara paling penting minggu ini: Kertas Kerja majlis! Huuuuaa... Harus siapkan minggu ini jadi dapat kasi salinan pada penanggah.
Nota: Selamat hari jadi yang ke 29 untuk abang saya, Awi. Hujung minggu kita sambut nak? cantik hooo nombor ko 20.10.2010 .. Berbahagia la menyambut hari jadi 20an yang terakhir.. Menua la dikauuu!!!~~
20 Oktober 2010
14 comments:
i can imagine your yellow sebab yellow yang cantik utk songket is only THAT yellow.
waaaa. harap2 sy dpt attend majlis kamu and zaila nnti..doakan xde ape menghalang sy utk ke KL ye.. heee
selamat menanti saat2 mendebarkan sebagai pengantin.. last weekend sy bertungkus lumus tlg my BFF utk wedding dia.,. baru la tahu jd pengantin ni memenatkan huhuhu~~ so harap cik xora dapat bersedia mental dan fizikal utk hari bahagia nnt yer.. bila outdoor photoshoot tu bg aksi2 yg best2 sket.. lagi satu plg penting nk pesan sila berlatih senyum hehehehehe~~
semoga semuanya berjalan lancar... teringin nak pegi tp jauhh...
dua digit terakhir jugak sebelum jumpa xora :D heheheh malunya!!!
semoga majlis xora lancar ok!
nasi kerabu :)
hi babe.. best nya dah amik baju semua.. mine ahad ni baru bleh amik.. dup dapp dupp dapp x.. hari ni , tinggal 9 hari je lagi.. hope what we have plan goes smoothly.. congratulation babe..
Wahhh..dah dapat hadiah first! :)
2 digit ehh? Insyallah, I dtg dgn B2B yg lain. konvoi ke majlis zaila n majlis u!!
all the best babe :)
ngee..xora!
tak sabar nak tengok kamu!
cepat lah kamu kawen.hehe
p/s: walau xora dah banyak kali dapat award, lala bagi lagi! hehe
dear..baju tu longgar mybe sbb u kurus..wa..bestnye..tentu debaran makin kencang..hihi
wahhhh fisha lak yg terlebey excited... hehehehhe.. tgal 10 hari saja... wahhhhhh... bestnye... hehhehehe
saya sangat suka veil nikah awak yang hari tu awak letak tu! hahaha..suma saya suka kan..veil la bantal hantaran la..pasni kalo bukak utk disewa, saya la yg org pertama nk booking dulu. haha..
dup dap dup dap...pagi td tengok kad xora. boleh??? hahaha tengok peta!! by pulak macam bedebar.. insyaAllah tak ada aral By datang.. tp By ni pemalu. hihihi
sure lega sakan kan..bila bj da ade kat tgn..gud luck dear...
iyer ixa. aku dgt jelez!
Post a Comment