Salam dan hai
Saya banyak kali juga terima beberapa soalan, tak kisah dalam emel atau ditanya depan-depan oleh kawan-kawan saya: Kenapa saya kongsi projek DIY saya sebelum hari majlis? Tak takut ke hilang seri? Nanti dah tak ada surprise.
Tetapan jawapan saya: Saya bukan jadikan blog saya ini sebagai satu platform untuk kejutan kepada kawan-kawan atau bloggers. Jauh sekali untuk jadikan diri saya sebagai pengasas trend atau trend setter. Saya ternak blog ni daripada kosong, sampai google search dah boleh cari, bukan mahukan sebarang pengiktirafan.
Saya tulis blog ini untuk kenangan pada masa hadapan saya. Itu sahaja. Apa guna kenangan jika tidak dicoret.
Dan memerhatikan mantan pengantin, selepas majlis, mereka sudah mula menurun daripada mengemaskini post-post mereka berkenaan majlis mereka. Kekangan masa menguruskan dan menyesuaikan diri dengan jadual baru dan kehidupan suami isteri, menyebabkan post tertangguh. Lama-lama, terus tidak dikemaskini. Tidak mustahil, saya juga begitu nanti.
Itu memang realiti. Rata-rata kawan yang sudah berkahwin, mereka nasihatkan saya, perkara paling penting untuk saya belajar adalah menyesuaikan diri. Bukan sahaja sebagai suami isteri, tetapi dengan keluarga mentua, pengurusan masa, dan macam-macam lagi.
Jadi, memikirkan hal tersebut, saya rasa daripada saya ambil risiko untuk simpan post-post saya hanya untuk selepas majlis, yang mana mungkin berisiko untuk saya tangguh kemudian terus terlupa--maka, saya upload post saya sikit-sikit.
Saya tiada rancangan untuk simpan apa-apa projek DIY saya sebelum majlis. Saya tak rasa, mana-mana projek DIY saya mampu bagi begitu besar impak kejutan kepada B2B. Satu-satunya kejutan yang saya nak bagi, adalah diri saya la kot.
Kita bersua di hari majlis nanti InsyaAllah. Mungkin sehari dua sebelum majlis, saya akan upload gambar saya sekeping, sekurangnya, tidak la korang semua was-was samada berada di majlis yang betul atau sebaliknya.
Ok, mahu pergi untuk fitting baju sanding. Sehingga saya menulis lagi InsyaAllah.
Nota: saya nak ucapkan terima kasih kepada semua yang sempat menghantar komen ke post saya. Kadang-kadang, saya segan juga, tak dapat balas perkara yang sama di blog korang semua. Saya tak menyempat nak balas dalam waktu sekarang. Saya cuba balas emel bertanyakan itu dan ini dalam gmail saya. Maaf sangat-sangat kalau ada yang terlambat saya balas.
5 Oktober 2010

10 comments:
xora nape dah lam axbalas emel saya???
hehehehe xda antar pun...gurau je ...x0x0x0x0
dapat pahala kalo idea yg kita bagi orang guna. tak rugi!
bagus!! <---tgh tepuk tgn ni!
hurmmm, saya rs dah ble cam xora...tp biasalah kan, dlm gmbr lain, realiti lain....
agree! banyakkk lagi perkara nak buat lps majlis, especially dh jd suami isteri idup berdua dan bekerja.. balik umah nak bukak lappy ponn mcm mlas, stakat nak upadte sikit2 tu boley ar, kalo nak taip panjang2 mmg payah dah skrg.. sampai skrg bykk lagi post pasal vendor yang sy hutang dengan blog sendiri.. heee
harap dipermudahkan ok.. amin. By doakan.. yerp sejarah. its only sejarah
kalau wani nak kad, ada lagi tak?
:)
Wani: contact emel akak boleh?
sokong xora!..kina pun nak kongsi2 tapi skg 1 habuk pun tak buat lg sebab lmbt lg..hehe..
btw xora, kina tak dapat lg la kad xora..
xora! aku tak baca pun ape ko tulis, tp nak komen gak. huwaaaaaaaaaa sedey 3 minggu tak buka internet. kalau kot aku tak sempat, ape2 pun, selamat pengantin baru. teruskan ape2 yg patut ko teruskan. tat nenas aku mmg xlupa utk sponsor. tapi sila ingatkan aku juge 2 minggu sebelum majlis ko. tapi aku pegi wedding ko.
yesszaaa.....tak sabar nk lihattt bakal pengantinnn niii :D
Post a Comment