30 June, 2010

Idea Jubah Mandi



Salam dan hai

Rasanya ada istilah yang betul dalam bahasa inggeris untuk gantikan nama "jubah mandi" tapi tak peduli. Sila lihat gambar di bawah untuk faham apa yang saya cuba sampaikan.

Saya dah simpan idea ni agak lama juga. Simpan dan terus lupa idea ni. Selalu kes macam ni, kes yang cari gambar kat google, right click-save image as- kemudian terlupa.

Bila pendrive penuh, baru terhegeh-hegeh nak buang gambar untuk kurangkan memori.

Kemudian terjumpa gambar ni.

Iye ni merupakan salah satu impian saya-- Nak beli jubah mandi seorang satu dan kemudian tulis Groom-Bride kat belakangnya. Nanti masa majlis sanding (majlis sanding pasal D InsyaAllah bersiap kat rumah saya dalam bilik abang saya), ingat boleh la merasa buat pose macam dalam gambar ni.





Pasal masa bersiap ye cik-cik manis semua, kita kena pakai baju yang butang depan. Senang nak salin ke baju pengantin tanpa merosakkan mekap. Jadi jubah mandi ni antara alternatif yang bagus pasal cuma ikat.

Isu: harga jubah mandi ni mungkin menjadi penghalang untuk saya. Rata-rata saya tengok, cecah beratus juga. Yang murah ada, tapi material tak serap air pula.

Pada waktu ini, saya masih mencari lagi jubah mandi. Masih belum menyerah kalah!! (berangan ittew indah!)

Jadi kepada B2B yang berkemampuan atau ada budget lebih, teringin nak sesuatu yang dibuat khas untuk diri mereka, boleh la guna idea ni. Beli jubah mandi kat Jusco ke, kemudian hantar ke kedai jahit, minta diorang jahit (ke apa ye proses tu dipanggil.. kurang pasti) nama tu kat belakang jubah.

Lepas kahwin, hari-hari boleh rasa macam pengantin baru.




30 Jun 2010

14 comments:

liyana on June 30, 2010 at 2:06 PM said...

wahh!! idea yg bagus..suke2.. ;P

idayusof on June 30, 2010 at 2:16 PM said...

ha ah. ari tu beli kat Parkson harganye 200 lebih. tapi gigih jugak beli sbb x nak pakai baju dlm bilik air kat umah mak mertua.

Two Souls With A Single Thought on June 30, 2010 at 2:20 PM said...

idea yg best :)

kalau tak salah saya kt downtown cheras ada jual bath robe for less than RM100. material dia cm ok, kain pun tebal and they have few selection of colors.

iedayah on June 30, 2010 at 2:33 PM said...

sweet gile..hari2 dlm dri ad feel cam pengantin baru tu yg best..hihi

nYomeL on June 30, 2010 at 2:57 PM said...

wahhh.. suke2~!! dh lame dh nak cari jubah mandi.. bile bace post xora pasal ni, trs rase nak wat camniii.. heheee.. gud idea xora~!! ;)

Cik Belle on June 30, 2010 at 3:40 PM said...

saya nak! saya nak! hehee. hari-hari boleh feeling perantin baruuuu! hehee

Mia-Ina on June 30, 2010 at 4:10 PM said...

feeling pengantin selamanya jika jubah mandi itu milikku

kay kamal on June 30, 2010 at 4:57 PM said...

customised embroided bathrobes seem like a nice touch tapi adoiyai amatla pocket burning..

harzharun on June 30, 2010 at 4:57 PM said...

dear...im very bz lately....dtg blog u, bc sec marathon nih...fuhh penat..penat..tp xsempat nak komen semua...gud luck babeh!

si kecil on June 30, 2010 at 6:40 PM said...

good idea!!! suka2..=)

mysarah on June 30, 2010 at 8:03 PM said...

nice idea =)

boleh jimat lagi. beli jubah, tampal sendiri wording tu :D

TheBubblyMe on June 30, 2010 at 11:44 PM said...

I loike!! interesting idea dear!!!

Sabby on July 2, 2010 at 5:03 PM said...

seronok nye dengar..ye...berangan itew indah..hiks!! :)

idea kamu adalah best ye xora..:P

zulicious on October 28, 2010 at 1:03 PM said...

bgsnye idea kamu xora...
byk bnda yg kreatif awk buat...sgt rajin!!
mesti majlis awk sgt awesome!

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates