Salam dan hai
11 June!-- Kali pertama ke Kedah!
Kami turun ke Kedah untuk majlis pernikahan Laling. D tak ikut, dia duk diam-diam aje kat rumah :P Cuma saya, adik dan ibuayah aje turun.
Giler mamai keluar rumah seawal 6 pagi pasal nak kejar waktu nikah Laling lepas Asar pada hari yang sama.
Kami sampai dalam 12 lebih, terus check in homestay. Rehat-rehat.
Hari yang sangat kucar kacir pasal saya tak tau Laling nak bersiap pukul berapa. Saya tak pernah bertanya tentang persiapan dia sejak ‘kejadian’ itu. Kejadian apa, nanti saya tulis kat akhir post ni.
Saya nak la menyibuk masa dia mekap. Nasib ada sorang lagi kawan opis yang turun ke Kedah, jadi runner Laling pasal Laling mekap kat butik.
Jadi janji terus nak jumpa Laling kat butik.
Banyak gambar saya amik tapi tak perlu nak upload semua kat sini kot. Banyak gambar ngada-ngada :P
Tapi saya upload juga la beberapa keping gambar Laling sepanjang persiapan dia daripada butik ke rumah dia.
Cantik kan bilik pengantin Laling!!! Karpet bulu kucing yang amat best!
Lepas posing sekejap dalam bilik pengantin, baru gerak ke masjid.
Selebihnya, pada waktu akad nikah, saya rakam video jadi tiada gambar diambil.
Hujan rahmat turun elok masa Laling dah sampai masjid. Elok lepas akad nikah, ada pula pelangi ni :D
Sepanjang majlis pernikahan ni, tiada satu apa pun bagi mata saya yang kurang. Majlis pernikahan yang bermula dengan syahdu diakhiri dengan gelak ketawa.
Kali pertama saya saksikan pengantin lelaki yang menangis lepas akad nikah.
Lepas akad nikah, seronok sangat rakam saat sarung gelang, cium dahi, cium tangan.. semuanya kelakar. Ada aje lawak yang suami Laling, Azhar nak buat. Memang seronok. Semua tetamu pun amik peluang nak buli pengantin.
Rasanya, ramai yang hampir terlupa apa yang berlaku pada ayah Laling disebalik gelak tawa.
Seminggu lebih sebelum majlis pernikahan ni, ayah Laling masuk hospital. Sakit yang saya kurang pasti apa nama saintifiknya. Tapi memang mebahaya dan semua ahli keluarga dah bagai berkampung kat hospital. Laling memang tak fikir langsung tentang majlis kahwinnya lagi. Kalau boleh, dia nak tangguhkan sahaja tapi pasal kad pun sudah diedar, semuanya dah dirancang, jadi tetap kena teruskan.
Bila Laling SMS bagitau keadaan ayah dia, saya kadang-kadang sampai mati ayat nak balas apa pasal saya tau, tiada kata yang saya boleh susun untuk tenangkan dia. Sungguh, cakap tu memang senang. Tapi hati yang menanggung, cuma tuhan sahaja yang tahu.
Rasanya laling sempat kembali buat persiapan nikah pun, dalam sehari sebelum majlis. Baru dia mulakan semula. Disebabkan itu juga, banyak perkara lari daripada rancangan. Apa yang Laling rancang nak buat, tak dapat dibuat atas kekangan masa dan tenaga.
Tapi dia redha.
Sikit pun dia tak mencuka. Sikit pun dia tak mengungkit.
Senyum memang tak pernah lekang.
Dia nampak sangat bersinar.
Kalau orang luar yang tak tau apa yang telah berlaku, memang takkan sangka macam mana dalamnya dia simpan emosi jauh-jauh dalam hati.
Semua tetamu dia raikan dengan senyuman dan gurauan.
Laling masih teringatkan ayah dia yang terlantar di hospital. Cuma dia tak mahu emosi dia merosakkan suasana yang sepatutnya menggembirakan ramai hati. Masa tok kadi bacakan berkenaan wali, Laling tiba-tiba genggam tangan saya kuat-kuat dan mata dia sudah berkaca. Tapi setitik air mata pun takde jatuh kat pipi dia. Masih mampu menguntum senyuman.
Dia asyik kata “Redha aje”.
Laling sangat redha.. dan sempoi! Walau ada kasut nikah sendiri, tapi sampai masa, dia lebih selesa berselipar!
Bila lihat majlis dia begitu lancar, tiada celanya, memang semuanya berbalik semula kepada keredhaan. Banyak yang Laling rancangkan, tak dapat dilaksanakan, tapi keredhaan dia meyempurnakan majlis tu.
Redha tu bukan setakat apa yang dilafaz pada mulut, tapi datang daripada hati.
Keredhaan itu urusan kita dan tuhan.
Kita boleh kumpul duit berpuluh ribu, upah vendor paling hebat dalam industri, tapi tiada duit kat dunia ni yang boleh beli keredhaan seorang pengantin.
Bila saya ingat kembali, kisah-kisah pengantin yang tension dengan campur tangan kedua ibu bapa dalam persiapan mereka, tiba-tiba terfikir, agaknya, adakah pengantin tu semua masih akan lantang bersuara tentang apa yang mereka tak puas ati? ---Sedangkan sesungguhnya mereka adalah antara insan yang amat bertuah, masih ada ibu bapa disisi untuk menyaksikan hari bersejarah mereka.
Nota: sebenarnya daripada pagi tadi cuba masukkan video yang saya dah edit sepanjang majlis nikah Laling, tapi tak dapat masuk-masuk. Kat Facebook boleh aje, cepat aje siap.. Haish!
21 Jun 2010
10 comments:
aku rs kiter harus belajar redha dan let go. misti Allah ada sb nape ape yg dirancang xmenjadi spt diharap.munkin berbalik pd qada qadar, berbalik pd karma. sb kehidupan lepas kawen lagi byk pancaroba yg munkin byk dirancang tp xsume menjadi. kire prep kawen neh ala2 intro aaa.
betullah xora, redha itu sgt penting.yg penting niat majlis itu tercapai.sbb kalau terlampau nak sgt ikut kehendak diri sehingga muka pon masam mencuka, dah xberseri la pengantin tu.so, amatlah rugi.pd sy, bila dah sampai hari majlis, kita kena redha sbb kita perlu enjoy suasana tu wpon ada yg terkurang.sbb itu adalah hari yg terindah.
-adah-
sangat terharu membaca kisah disebalik senyuam laling tu... mungkin kalau sy di tempat dia, sy x dpt jadi setabah itu...
Takpe..majlis biar ikut kemampuan..baik simpan je duit utk lepas kawen sebab kita takkan tau apa yg akan jadi di masa depan kan.....tak semua yg kita rancangkan akan menjadi sebab Allah sentiasa menguji hambaNya...jadi pesan saya..biarlah bersederhana dan yg paling penting bak kata xora tu...KEREDHAAN DAN KEBERKATAN MAJLIS...itu sahaja...
ya, setuju sangat. redha aja semuanya. kita dah usaha, tapi kalau itu jugak ketentuannya, redha sahaja. =)
rehda perkara yg paling penting, x semua yg ite rancangkan akan ite dpt, nk x nk kena belajar rehda dgn apa yg ite ader.....
1 mende yg kite x leh expect, expect di unexpected...biarpun majlis berjln spt yg dikehendaki, tp kalau family members x cukup,esp mak ayah...mmg sgt2 terasa...
p/s: laling, thx sbb share cerita dgn other readers...doa byk2,agr sumenye berjln lancar...
apa2 pun kita kena bersedia dari segi mental..apa yg dirancang xselalunya menjadi..itu yg perlu kita igt..dan yg penting redha, sabar dan besederhana..xgitu xora? =)
huhu..selalu gado2 manje ngan ayah n mama..sedeyhnye kalau mereka takde disisi waktu hari bersejarah kite..tabah betul laling..Sampaikan ucapan Selamat Pengantin Baru kpd dia yea xora.. =)
terharu baca entry ni :) thanks for sharing this story..it will be reminder for mydelf too.
n thanks for the email. thank you so much :))
Post a Comment