Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

04 June, 2010

Operasi Menaip Nama Tetamu



Salam dan hai

Semalam malam, tak tau apa yang rasuk diri saya, tapi tiba-tiba semangat jitu nak taip nama-nama jemputan untuk ibu ayah. Sebelum balik pun, sudah bagitau ayah siap-siap, balik nanti bagi saya buku hitam dia yang ada semua nama-nama tetamu dia. Saya nak taip.

Saya kesian sebenarnya, tengok ayah dan ibu gigih menulis satu-satu kad kahwin tetamu diorang masa abang saya kahwin dulu. Penat oh tulis. Amik masa beberapa hari, baru siap. Jadi saya rasa, memandangkan saya pun ada masa terluang, jadi apa salahnya saya taipkan siap-siap atas kertas sticker. Nanti dah sampai waktunya, mereka cuma tanggalkan dan lekat sahaja.

Sebenarnya, tak kisah pun sama ada nak tulis nama jemputan kat kad tu, pakai tulisan tangan atau print dan tampal.

Ada sesetengah orang suka kan tulisan tangan, lebih mudah dan lebih personal. Ada yang suka print nama tetamu pada sticker atau print nama tetamu dan tampal pakai gam, lebih nampak bersih dan elegant. Mana-mana pilihan pun tak salah. Terpulang pada pilihan dan kesesuaian sahaja.

Saya punya nanti, adalah kombinasi daripada kedua-duanya. Tetamu yang mana saya dah ada alamat lengkap dan memang dalam senarai tetamu, saya akan print siap-siap atas kertas sticker. Mana-mana yang kalau-kalau saya tertinggal, tak sempat saya taip, saya tulis pakai tangan aje.

Tapi sebolehnya, semua nama saya nak taip. Tak berapa nak sebenarnya nak tulis pakai tulisan tangan. Pasal.. erm..

Dah tengok tulisan saya??



Buruk.

Kesan akibat terlalu banyak bekerja dengan komputer agaknya. Jarang gunakan tangan untuk menulis.

Malam tad, sudah siapkan tetamu ayah ibu yang ada alamat rumah. Tu pun lebih kurang 70+. Tetamu yang tiada alamat rumah, ayah kata biarkan. Yang tinggal tu ayah akan bagi pakai tangan sahaja pasal banyak sedara mara dan kawan-kawan masjid ayah sahaja.

Pagi ni, saya baru buat percubaan printing. Ni kertas sticker kat bawah ni, untuk tetamu saya. Baru beberapa jemput saya sempat tulis.



Walaupun sebenarnya taip, print dan tampal ni lebih leceh daripada terus tulis di atas kad, tapi mungkin kelebihan pada saya adalah masa. Saya ada banyak masa sebelum majlis. Jadi ada baiknya saya buat dulu mana yang saya sempat. Kalau sudah 'masa kecederaan', saya pun tak berani dan malas nak luangkan masa menaip satu-satu nama.

Tapi kan, penemuan baru-- saya dapat siap taip alamat untuk 70+ tetamu ayah ibu dalam masa 30 minit. Rasanya, kalau saya menulis, mesti makan lebih banyak masa kot. Lenguh lagi, berhenti pergi minum dulu, tersilap tulis lagi..

Rasanya, sempat kot nak taip semua nama-nama tetamu saya dan D, yang lebih kurang dalam 200 kad ni, atas kertas sticker. InsyaAllah.

Selesai perihal kad dan sticker nama. Hujung minggu ni InsyaAllah nak selesaikan urusan kad kahwin pula. Ayah sudah buat pesanan penaja, Raya pastikan kad sudah siap pasal nak edarkan kad masa beraya rumah orang. Jadi daripada pengalaman uruskan kad kahwin abang saya, tarikh siap kad bertindih dengan waktu nak raya memang waktu yang amat kritikal. Tu belum amik kira, kalau-kalau ada masalah pada kad macam, kad tak betul spesifikasi atau sampul tak cukup ke. Baik siapkan awal sedikit. Jadi bila dah siap dan kalau lah ada masalah, masih ada banyak masa untuk meroyan dan minta yang bukan-bukan kat vendor :P

Lagi kemas kini.. erm! Semalam saya
meroyan sekejap pasal video DIY saya kat Movie Maker boleh pulak tak dapat save! Jadi lepas taip alamat rumah tetamu, saya terus sambung buat video tu daripada sifar. Baru sempat siapkan zaman sekolah sahaja dulu, tapi masih tercari-cari idea untuk teks selingan. Jadi kiranya, masih belum siap.



Sekian kemas kini daripada saya.

Ada B2B yang emel bertanya, macam mana nak pilih lagu yang sesuai untuk video. Yang tu, nanti saya akan tuliskan post minggu depan ya?

Selamat berhujung minggu dan pada mereka yang ada jemputan hujung minggu ni, berhati-hati di jalan raya ok!


4 Jun 2010





9 comments:

Reen Tart Nenas on June 4, 2010 at 9:28 AM said...

eiy jgn share lagu feveret kite! wakakaka aku si hati busuk!

Xora on June 4, 2010 at 9:35 AM said...

Ko tau, semalam aku dah nak pakai lagu tu. nak bagi ko sakit hati. haha. tapi tak jadi coz lagu tu tak sesuai dgn jalan cerita aku. tapi memandangkan ko dah mention jgn share, so aku nk share :P

Cik Belle on June 4, 2010 at 10:49 AM said...

whee! nak tunggu entry itu! hihi..

farahfatihah on June 4, 2010 at 10:54 AM said...

nak jugak!!!! =)jgn lupa sy yer ehehe

wanie on June 4, 2010 at 11:10 AM said...

kena 2ggu nie... cam 2ggu movie baru kat pawagam.. heheheh

zielalala... on June 4, 2010 at 11:35 AM said...

sy tgh gigih menaip-gunting-tampal ni.hehe

mama affan on June 4, 2010 at 12:16 PM said...

xora..ryna setuju bab nak taip sbb tulisan tagan x comey..tapi tulisan ryna lagi comot..hehe..

selamat menaip dgn gigih okeh..

Elya Roza on June 4, 2010 at 12:46 PM said...

xora!! cepat2 skett..nnt elya boleh refer..
and ur hand writing pun ok jee...elya type2 ni lambat sket...mebi nnt suh adik laa type kan !!~ devide2 tugas...ha3

kay kamal on June 4, 2010 at 1:10 PM said...

nape u xdpt nk save pulak? btw, i bet u saw the links i gave?

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates