Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

06 June, 2010

Bermulanya Deretan Jemputan


Salam dan hai

Hari ni, saya meraikan cinta Aliff-Firdaus dan Asha-Amer. Tahniah juga kepada Blogger Asna. Saya minta maaf sangat Asna tak sempat nak ke KL. Harap B2B yang pergi majlis Asna dapat buat review ye.

Kami pergi ke majlis Asha-Amer dulu hari ni. Peta memang tiada masalah, sehingga sampai ke kawasan perumahan, baru masalah berlaku. Ada beberapa majlis perkahwinan hari ni. Kalau tak silap saya, ada 3 majlis. Kami pusing-pusing, tak juga jumpa rumah Asha. Kemudian nekad parkir dan jalan pergi ke majlis kahwin yang terdekat kami nampak. Rasa-rasa cam majlis dia. Tapi masa kami berselisih dengan seorang kakak tu, dia tanya nak ke majlis siapa? Lelaki ke perempuan. Bila kami kata perempuan, dia kata yang kami nak tuju ni majlis lelaki. Jadi kami tunjuk la kadkahwin tu, kakak ku tengok-tengok, kemudian dia bagi arah sebenar. Nasib la jumpa kakak tu!

Muka harus la kontrol.

Kemudian, dalam kereta baru kami gelak kuat-kuat.

Puas gelakkan diri sendiri, baru kami pergi ke majlis tu ikut arah yang akak tu bagi. Sampai sana, nampak bunting Asha, ha baru la betul rumahnya.

Majlis bertemakan ungu-putih.

Yang menarik majlis ni, setiap meja ada letak centerpiece gambar pengantin. Rasanya ni DIY aje. Gambar pun print kaler biasa atas kertas A4, tapi bagi saya menarik juga idea ni.


Terutama bila kat belakang gambar masa diorang tunang, gambar masa diorang kecil-kecil.


Kami tunggu sampai ketibaan pengantin lelaki, hampir pukul 2pm rasanya sampai.

Sempat amik video.



Saya tau, bila dah ramai-ramai tetamu, kiri kanan pengantin dah tak dapat nak cam siapa yang datang. Jadi saya cuma rakan video aje. Upload ke Facebook dia, bukti saya datang :P

Dalam 2 lebih, baru bergerak ke majlis Aliff-Firdaus pulak. Takde sesat atau tersalah rumah pengantin kali ni. Hihi.

Masa kami sampai, tetamu dah beransur pasal dah hampir 3pm. Cari terus pengantin, tapi yang saya lebih nampak, pelamin yang bagi saya amat la cantik! Selama ni tengok dalam gambar orang pakai warna-warna berani macam hitam, tapi bila tengok secara live depan mata, cantik sangat! Memang naik koordinasi warna pelamin ni.



Tapi tiba-tiba.. Along, aku nampak cendol. So BYE. aku dah tak nampak ko dah. Hihi.


Ok, tipu aje. Aku amik gambar ko banyak gak la.

Alif nampak smart pakai blazer macam ni.


Sesuatu berbeza untuk pengantin perempuan. Suka baju Along ni. Walau simple tanpa sebarang manik sarat, tapi Along nampak kurus dan tinggi.


Lagi gambar pengantin.


Huu. nak sangat bergambar kat pelamin cantik tu! Cantik sangat! Tapi tak mo ganggu perjalanan photoshoot pengantin. Along ada kata "ko nak bergambar kat pelamin ya? "--huaaa

Majlis yang rileks, mungkin pasal kami sampai pun sudah lewat (takpe Fidot lewat, asal dua-dua belah aku datang :D).

Dapat hadiah mug jenis english style, tapi ibu dah simpan lepas saya tunjukkan. Tak dapat nak snap. Tapi cawan tu comel!

Ok sekian aje ulasan majlis perkahwinan hari ni.

Esok ada 2 majlis juga!!


NOTA: masa lompat-lompat blog tadi, baru dapat tau yang Along Alif amik pakej lengkap daripada Raja Suefina



5 comments:

harzharun on June 6, 2010 at 10:05 AM said...

dear...dah pernah tgk tema merah hitam..tp 1st time tgk krusi mawi kaler merah menyala g2....cantik!!...baju pengantin haruslah puteh kan..br naik seri...n benda alah kat kepala tu, lain dr yg lain la..brani kawan u tu cuba..

SUHAIDA on June 6, 2010 at 10:24 AM said...

wahhhh..along nmpak cantik sgt!!!!!
nyesal xdapt pi...ermmmmmmmmmmm

Xora on June 6, 2010 at 7:40 PM said...

Harz, cam pengapit lelaki kata, aku tengok alif dan along dah cam mawi n ekin dah. Pengantin perempuan pun bisik kat saya "Aliff punya taste lagi tinggi"

Pink: baju dia simple tapi menarik dan kena dengan tema. Memang senang mata tengok!

Liyana SCR on June 7, 2010 at 9:23 AM said...

OMG..kecilnya dunia. I was supposed to go to Myra & Yazid's wedding too. But something came up. Tak dapat pergi. Myra was my room mate time belajar kat matric UIA dulu. How did u know them both? ^_*

Xora on June 7, 2010 at 9:08 PM said...

SC Ring: saya cuma kenal suami Myra, Yazid tu pasal kawan daripada sekolah rendah. jadi bila ada apa2 jamuan, yazid selalu bawa myra, jadi daripada situ kenal dia sikit2 :D

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates