Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

25 June, 2010

Malu Nak Letak, Tetamu Sesat Jalan


Salam dan hai.

Semalam saya kemas kini senarai semak saya. Sudah berterabur pasal kali terakhir saya kemas kini, rasanya sebulan yang lepas. Banyak perkara baru yang saya tak masukkan, janji temu yang telah selesai dan perubahan jadual.

Dalam tengok senarai tu, ada la senarai "Design penunjuk arah" yang kena dibuat bulan ni. Erm, bulan ni pun dah nak berakhir tapi saya tak buat pun. Jadi saya menggunakan langkah efisyen, iaitu mengubah date linenya *senyum*. Haha. Bestnya takde wedding planner, boleh sesukati nak ubah apa-apa!

Tapi serius, saya tak rasa penunjuk jalan adalah sesuatu yang saya akan luangkan masa untuk design bagai. Penunjuk jalan adalah penunjuk jalan-- Itu sahaja fungsinya. Cantik macam mana pun saya design, tetamu hanya berminat nak baca arah dan nama pengantin. Cuma tak dinafikan, bila penunjuk arah berebut ruang kat tiang lampu isyarat, penunjuk arah yang unik memang akan lebih menyerlah daripada yang lain.

Jadi, demi meyakinkan diri sendiri untuk mengelak memikirkan bersungguh perkara remeh macam ni, saya pinda senarai tu ke bulan 10 nanti. Yang penting penunjuk jalan saya mudah dan simple, tak perlu nak rumitkan diri nak fikir.

Yang menariknya tentang penunjuk jalan, sekarang ni penunjuk arah untuk majlis kahwin ni sudah bermacam-macam digunakan.

Pengantin makin kreatif nak hasilkan penunjuk arah masing-masing.

Ada yang bentukkan bunga manggar jadi bentuk 'Hati', macam
Huda buat.

Ada yang letak gambar.



Ada yang hanya pakai perkataan.



Yang ni bila tengok, teringat idea Qistin dulu. Belon-belon helium!


Tapi yang ini, kalau tak dapat tarik perhatian juga, tak tau la..!



Oh kat Malaysia, boleh ke buat penunjuk arah macam ini??!!!! Ke kena tindakan nanti?

Eh tak, tak. Saya tak buat macam ini. Saje nak kongsi idea ni dengan B2B.

Sumber gambar: Google Images & 100 layer cake

Nota 1: Kepada B2B yang pernah minta file excel belanjawan daripada saya, mungkin boleh juga rujuk file budget Sarah daripada BridalSupernova. Yang baru nak bertunang pun, Sarah ada sediakan budget bertunang.

Nota 2: Semalam saya ada post berkenaan video DIY kan? Kalau ada B2B yang kurang biasa gunakan program Window Movie Maker, mungkin boleh pergi laman web Animoto. Saya dapat tau website ni masa pergi training hari tu. Website ni akan susun gambar kita (dan boleh selitkan video sekali) dan jadikan slideshow. Tapi untuk pendaftaran percuma (Basic), kalau tak silap, hanya boleh gunakan slideshow selama 30 saat sahaja. Tapi memang sangat memudahkan kerja! Lebih best, boleh terus selitkan ke dalam akaun Facebook kita! Alternatif yang memudahkan kerja kita.


25 Jun 2010

8 comments:

PUAN THALHA : on June 25, 2010 at 8:34 AM said...

wah. yang kuning tu. macam best! ;p

cikTari on June 25, 2010 at 9:19 AM said...

penunjuk arah ni memang tak payah design beriya sangat. yang penting tulisannya besar dan jelas.

kan?

farahfatihah on June 25, 2010 at 9:59 AM said...

betul tu xora, penunjuk arah mmg penting sgt kan? senang nak bg direction kat kwn2 yg dtg dari jauh...

CiK pUaN mAmA bAm-BaM on June 25, 2010 at 12:59 PM said...

bagi i penunjuk arah x perlu fancy2 sgt.. cukupla ngn name pengantin yg sgt jelas dan blh dinmpk dari jauh.. kebanyakkan kenduri kawin skrg letak name pengantin kecik tp arrow besar.. jenuh pulak org nak kne bace dekat2..

kay kamal on June 25, 2010 at 1:30 PM said...

i da reka mine..tp kne print on kerta besaar punya baru bole nmpak kot

Melin Fork on June 25, 2010 at 2:09 PM said...

hi dear!!
baru jumpa this blog!
n im following u!
wahhh! macam best jek yang ada gambar tuh! baru org senang carik! =P
hadoy.tak terpk lagik nak buat yang mana satu..
thanks anyway for sharing!

PurPLe LaDy AiFA on June 25, 2010 at 2:53 PM said...

cantik! suka sangat yang kreatif2 neh. tp wedding I nanti xde la nak buat cmney.. nk letak bunga mangga ngan bendera je cukup. huhu

Qistin Fadzin on June 25, 2010 at 5:55 PM said...

xora, belon saya aritu teruk dilibas kenderaan yg lalu lalang... hahahaah... bkn kena kenderaan pon, tp angin kuasa deruman enjin menyebabkan belon tidak statik. hanya nampak pelik. but somehow it catches ppl attention. but none took any picture of it :(

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates