Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

09 June, 2010

Saya Berbulan Madu Mengelilingi Dunia


Salam dan hai

Ni entry tanpa gambar. Ko Reen, boleh skip entry ni pasal ko suka tengok gambar aje kan :P

Dengan berbaki 4 bulan lebih sahaja untuk majlis, sudah ada pihak yang bertanya tentang ke mana saya akan berbulan madu (Nity, sumpah ni entry bukan untuk ko. Ko tanya aku apa-apa pun aku takkan marah. Kalau aku tak suka soalan ko, aku terus lempang ko :P).

Saya tau, semua orang teruja nak tau destinasi bulan madu pengantin baru. Saya pun pernah tanya orang destinasi bulan madu mereka. Tapi dengan orang yang betul-betul saya rapat, jenis yang saya boleh bertepuk tampar.

Bagi mereka yang tak berapa rapat, saya cuma merisik khabar daripada album Facebook mereka atau blogspot mereka. Tengok destinasi percutian mereka, ke mana mereka pergi, apa tips perjalanan, berapa belanja percutian mereka. Mungkin bagaikan stalker, tapi itu saja caranya nak tau tanpa mereka rasa kurang selesa. Lagipun, sudah dipaparkan untuk umum, jadi tak salah untuk dibaca.

Tapi bila orang tanya, kat mana destinasi bulan madu saya, saya hanya tersenyum. Sebelum ni, saya ada jawab mungkin ke Langkawi (Tu pun pasal D yang cadangkan). Tapi sekarang, sudah tak pasti. D pun ada cakap, dia tak berani nak janji pasal dia tak tau apa yang akan jadi pada masa hadapan. Tipu la kalau saya redha dengan jawapannya. Harus la kan reaksi saya adalah muncung menjela, sambil bagitau, jangan SMS saya selama 2 hari. Kat gmail pun jangan tegur saya~!

Persepsi saya: Kalau tak dapat bulan madu lepas kahwin, jangan mimpi la akan dapat gi jalan-jalan lepas beranak pinak. Tipikal lelaki melayu --motif nak jadi bias macam ni pun, tak tau ngapa :P

Itu yang paling saya takut saya akan ungkit kemudian hari-- tipikal perempuan melayu :P

Erm..

Saya jarang melancong, walau hati meronta mahu. Pendek kata, belum sampai langsung pun ke Sabah Serawak tu. Kalau dapat keluar daripada Selangor atau Johor, dah kira cukup hebat! Buat passport baru-baru ni pun, nasib pasal atas urusan kerja. Kalau tak, agaknya tak kan pernah ada passport kot?

Jadi tak mungkin saya jenis orang yang akan tulis kat Facebook status atau komen kat album sendiri "Ingatkan nak pergi Bukit Tinggi aje tapi pasal I malas nak drive, jadi I naik flight terus pergi Peranchis"

Ko giler bongkak atau aku gila jelez??

Biasa lah, wanita dan keinginan mereka :D

Tapi bila tiap kali diri terasa ada ion-ion negatif menyusup dalam hati, saya akan ingatkan diri apa yang ibu pernah cakap kat saya dulu masa saya bertanyakan gambar bulan madu ibu ayah;

X: Ibu, ibu takde ke gambar gi honeymoon dengan ayah?
I: (Ibu tersenyum lepas tu cakap) Ibu tak berhutang lepas majlis, tak menyusahkan orang tua lepas kahwin, tu dah cukup syukur. Dapat sekolahkan korang, bagi makan minum korang, tu lebih penting daripada honeymoon.

Perkahwinan kan menuntut pengorbanan?

Kadang-kadang saya nak aje cakap kat orang yang bertanya

"Kalau kos bukan halangan, aku nak berbulan madu mengelilingi Dunia, macam impian Maya dalam cerita AdaMaya kat TV3 dulu tu. Ko tengok tak cite tu? If ko tak tengok, ko masuk laman web TV3 sekarang!! Tapi orang macam aku ni, bukannya ada duit sangat. Nak melancong dalam negara pun kena rancang betul-betul. Jadi, pasal tu aku selalu stalker blog orang pergi melancong. Tak pun aku tanya orang-orang yang dah melancong, tanya pengalaman diorang, dengar cerita diorang, aku sambil-sambil tu bayangkan diri aku pergi tempat-tempat tu. Sebab tu juga aku marah kat abang aku masa dia nak cancel Asia Food Channel dan Travel & Living kat ASTRO pasal nak bawa masuk Channel sukan. Itu sahaja la sumber aku nak melancong paling murah. Aku tak suka membaca, aku suka tengok TV. TV tu la sumber ilmu aku"

Saya tau membaca, mendengar dan melihat sahaja pemandangan tu takkan sama dengan merasai pengalaman tu sendiri. Tapi kadang-kadang, kalau itu sudah cukup, pun cukup la buat masa itu. Kalau ada rezeki, ada la. Kalau tiada, saya akan cuba usahakan ikut kemampuan saya.

Pasal tu, bila kawan-kawan pejabat ada urusan di luar negara, saya akan minta mereka belikan magnet. Bagi saya, gambar-gambar pada magnet ni pun sudah menceritakan serba sedikit tentang budaya dan pemandangan negara tersebut. Ni sudah penuh magnet kat komputer saya-- yang saya namakan "All the places I have never been to"

Dulu, big boss ada lalu kat sebelah kubikel saya dan tanya "Waah.. how nice. all the places yang you pernah pergi ye?"

Saya jawab "No Sir, ni semua tempat yang tak pernah pergi". Big Boss kata "Ni Serawak. Takkan you tak pernah pergi?"

Saya jawab "Tak. Pun tak pernah pergi"

Big boss terdiam. Tak tau sama ada dia kesian atau pelik, tapi lepas tu dia cakap "Takpe, next time ada meeting luar, i send you ok?"

Hahahah.. Tu la kot dapat gi Singapore?


Ok, kembali pada topik. Cuma terdetik, kalau la diajukan soalan yang sama, adakah jika saya gunakan jawapan ibu saya tadi untuk menutup pintu soalan si yang bertanya, adakah mereka terkesima dengan maksud mendalam tu atau..

"Eleh, ko takde duit la tu! Kalau ada duit, ko mesti nye pergi honeymoon!!"

Serius, kalau lain kali ada orang cakap "La, ko tunggu la time tiket kapal terbang murah, takpun masa Matta Fair. Aku ni hampir seluruh dunia aku dah pergi tau"

Saya akan cakap "Alam barzakh ko dah pergi? Kita semua akan ke sana juga nanti. Yang tu ko takmo kira?"

Mesti kena cop anti klimaks aku ni. Hihi.

Tak tau apa tujuan post ni dibuat. Dibawah Label "Isu Padat" pulak tu. Erm. Tak apa. Kalau ada rezeki, ada la.

Sebenarnya, satu-satunya perkara yang saya nak sangat buat selepas berkahwin, bukan la berbulan madu. Tapi nak main paintball bersama abang-abang saya+ kakak ipar+family D. Nak sangat-sangat OK!!!



Dulu pernah letak status "Nak main paintball" kat Status Facebook, terus kena maki dengan kawan-kawan. Kawan-kawan lelaki lak tu, suruh saya dok diam-diam, sampai kawin.


Haish!!

Nota: Jangan ada salah faham ya. Saya tak sedih tak dapat pergi bercuti. Pasal belum pasti lagi yang saya tak pergi bercuti. Mungkin saya akan pergi. Cuma yang ditekankan disini, soalan "Berbulan Madu Di mana" sudah jatuh dalam kategori Jangan Ditanya Kalau Tak Diberitahu. Sama macam soalan "Berapa Wang Hantaran Dzulq Kasi?", "Berapa Belanja Majlis Ko?" atau "Berapa Harga Kain Nikah Kau?" (Erk! Fieza, aku dah bagitau ko pulak hari tu harganya, tapi kau tak pernah hakimi aku, jadi aku tak risau. [ko gemuk sangat skrang la hoi!!! I love you!] )



9 Jun 2010

25 comments:

Umie a'iesya on June 9, 2010 at 8:50 AM said...

xora:hehhe,saya belum honeymoon tau, kekangan masa dan juga mgkin kos sbbnya tak sempat berhoneymoon sudah berbadan dua,so kosnya akan pergi kepada si kecik dalam peyut nih,

dont be sad ye, Tuhan dah tentukankan rezeki kita kat mane, mgkin 'd' awk juga ade surprise nye, kalu tak kuar negara, cukuplah dlm Malaysia, dan kalau tak ke mana2 cukuplah ade suami disamping selalu,
bukan semua org dapat bersama suami selalu bila dah kahwin kan, dan lagi sedey bila selepas akad nikah suaminya pergi dulu bertemu Penciptanya(mcm kisah Teh Afifah,boley click cnie tuk cite panjangnye http://berita-harian-online.com/maut-selepas-akad-nikah/)...
siapa tak yg sedey kehilangan suami disaat baru sahaja lafaz akad, tapi insyaallah di kehidupan hakiki nnt kebahagiannya berganda, amin. ;-)

Dan saya juga sgt suka statement awk melancong di dalam tv itu, at least kite takla duduk bawah tempurungkan, tahu juga apa yg ade kat negara org..hehhehe

so xora, selamat pengantin baru in advanced, moga dipermudahkan dan dilancarkan urusannya, awk akan dapat kebahagian alam rumah tangga itu dengan cara awk sendiri, dan awk juga akan diberikan nikmat bahagia itu dengan bentuk yang tak sama mcm org lain, awk akan bahagia, amin..itu janji Allah bila kita redha atas semuanya :-)

sudah mcm membuat blog sendiri di sini ,ekekke, oklah, sekadar kata2 yang mgkin boley memangkin diri awk tuk harini dan masa depan,hehhe, so xora enjoy ur it, feel it, da xperience will be cum da greatest things in ur life, gambate!chaiyok!
wassalam....;-)

cik fiza on June 9, 2010 at 8:54 AM said...

sy suka dgn jawapan ibu cik xora.. tapi pada sy, honeymoon tu x semestinya pi jauh2 or ke tempat yg mahal2.. impian sy nk pi ke mana sje ngan bakal org yg sy cinta tu... spend masa together gether utk kenal lagi mendalam ngan partner...

pastu kumpul la duit sama2.. ada rezeki leh la pi umrah sama2.. melancong sama2.. x semestinya suma kena wat betul2 pas kawen kn :)

PurPLe LaDy AiFA on June 9, 2010 at 9:15 AM said...

saya baru je update pasal honeymoon. huhu. mula2 mmg teringin nak k oversea segala, tp lps pikir2 balik and menimbang tara kemahuan dua2 pihak, kami bersepakat nak ke pulau, and since my partner x mau ke indon and thailand, our own msia will be our destination..

nak g honeymoon ke tak ni pon byk kali pikir. sampai satu tahap kami ingt nak cancel but my dad insist us to go and will pay for it. tapi xmau la nk menyusahkan parents kan, so kami revised our wedding checklist and sacrifice beberapa item yng tak patut to cover the honeymoon thingy. =)

Acaii Jawe on June 9, 2010 at 9:18 AM said...

Tak perlu tergesa2 xora :) kalau ada duit boleh je nak ke mana2. Tapi kalau belum cukup je pergi tempat2 yang boleh duduk berdua dengan tenang sambil kenal lebih mendalam sambil merancang masa depan bersama,ceewahhh :P

Kalau dah rancang awal ok, tapi kalau tak, tengok dulu budget selepas habis majlis. Bayar apa2 yang perlu, asing2kan siap2 duit yang perlu dijelaskan kepada sapa2. Kalau ada lebihan boleh fikirkan lokasi yang sesuai.

Pernah berkhemah berdua? cubalah. beli khemah dan pergi kat pantai2 dan dirikan khemah. Melihat ombak di malam hari dengan angin dan suasana yang tenang. romantik,hehehe..:)

nadeera on June 9, 2010 at 9:32 AM said...

saya pun tak pergi honeymoon terus lepas kawen..bukan wajib pun kan..tapi harusla nak merasa berdua2an..hahaha kekangan masa menjadi halangan utama..begitu jugan ongkosnyer..tapi kita leh jer plan perlahan2..supaya bak kata ibu kamu,kita tak menyusahkan org..gi jer pre honeymoon dulu..dekat melaka ker,pd ker..pastu barula leh pikir jejln jauh2..

MaZNi PutERi on June 9, 2010 at 9:41 AM said...

saya pun takde honeymoon. tak terfikir pun, walaupun ramai yg tanya masa lepas kahwin tu. tp macm jwpn ibu xora tu, sy setuju sgt2!
dpt mjlnkn majlis dgn tanpa hutang, itu lebih bermakna.
mungkin org akn ckp, xde duit la tu nk pegi bln madu. lantaklah... yg nk kena kuarkn duit tu nnt, kami juga. lebih baik saya simpan duit tu utk mahligai kami nnt, dan yg penting utk anak2. tp kl ada rezeki lebih, insyaAllah, b'cuti2 m'sia la nnt kn...

hana yoriee on June 9, 2010 at 9:45 AM said...

xora..jgn risau!! awk bukan berseorangan dalam perkara ini..hihi..hana pun sama okeyh..en abg saya kan pakai i/c tentera..so, mmg dia susah utk keluar negara atas sebab prosedur2 yg ketat. so, possibility utk honymoon luar negara mmg tipis giller..baru je smlm ada one of my fren tanye kat fb..dialog dia mcm ni..
kwn:hana, where do u plan to go for ur honeymoon?? i kat france skrg..

hana: waahh..bestnye..blom plan lagi lah kawan..huhu

kwn: laaa..eyh si. A tu pun pegi Swiss for honeymoon tau..pusing2 1 Europe lagi..

hana: huh..tu laa..byk duit dia yea??

kwn: hubby dia lah..so, dpt lah pegi honeymoon..

hana: ermm..aku susah wei..my fiance kan pakai i/c tentera..so, susah nak g oversea..so, dlm negeri je lah kot..itupun if dia dpt kelepasan cuti..

kwn: owhh..iyealaaa..

haaa..camtu lah dialognye..kwn tu pun terpaksa pasrah dgr jwpn cmtu..hahaha..dah memilih en tunang sbg bakal suami, kenalah faham situasi yg dia alami..hana pasti, dia 10x ganda nak pegi oversea honeymoon bersama..tapi byk kekangan yg tak mengizinkan..so, kite kena redha je lah..ada rezeki kite pegi lah melancong..kan xora??

Mawar misswateva on June 9, 2010 at 9:59 AM said...

xora,nt ade je rezkikawen tu..=)
xdpt hanimun pn xpe yg penting husband ade ngn u when u need him..cheers ok dear.

Xora on June 9, 2010 at 10:07 AM said...

Dear all, terima kasih atas komen kawan2. ni post dibuat bukan nk luahkan perasaan tak dapat gi honeymoon, pasal kami belum merancang tentang honeymoon. jauh sekali nak salahkan D yayangku itu. Fokus kami sekarang, lepaskan dulu majlis kami dengan selamat. Tak mahu berbulan madu dalam keadaan otak fikirkan beban hutang atau permasalahan yg timbul. Terima kasih untuk semua komen, pendapat, dan kata2 dorongan dan cadangan! :D

Unknown on June 9, 2010 at 10:28 AM said...

xora, fara tak gi hanimun pun...bz bertandang umah sedara mara..lpas kawen mmg exhausted sgt...my humble opinion..kalau nak hanimun better gi check in hotel dekat2 je..tp yg cantik2 siket.. i bet u..u need to take a lot of rest before start balik normal routine... so jgn sedih kalau tak dpt gi honeymoon...as long u ngn husband spend time together pun ok~

III bDkNaKaL III on June 9, 2010 at 10:33 AM said...

dear xora,

for me, honeymoon is not so necessary klu nk compare dgn tanggungjawab as a husband n wife after married...honeymoon d rumah pn ok what?lbey utk meluahkan rs chenta..klu pg oversea pn then blk, ikt perut..wt 4 kn?

farahfatihah on June 9, 2010 at 10:58 AM said...

hi xora...same goes to me..jgn ditanya kalau xdiberitahu hahahah...give me five jap...
kalau ada rezeki nnti mesti u g gak..mine? lum pk lagi..nak settle benda2 wajib dulu...

cikyuSnida on June 9, 2010 at 11:30 AM said...

xora,

kite pon bosan org dok tanye pg honeymoon kat mane. kekasang jd turned off nk borak dah. hihi

anyway, kite x pg jauh2 pon. bukit tinggi tu je ha. dekat, murah, relax, x pening2. bukan masalah x de duit..cukup je kalau setakat nk pg blk. tp kite tak nk rasa terkilan bile pg tpt jauh2, tp byk bende x sempat / dpt buat sbb nk jimat punya pasal.

biarla tpt yg kite pg first time sama2 tu ade kenangan manis je... jgn main2 ok, pasal duit boleh bwk gado tau.


pg jauh2 tapi habes duit byk, kite susah akan dtg ade org yg dok tanye td tu tolong?

Darling Aween on June 9, 2010 at 11:58 AM said...

memang hati wanita meronta nak itu ini. tetapi pada pandangan saya sume itu ikut pada situasi. saya memang nak bebulan madu, tapi saya tak suka berduaan. honeymoon tak semestinya "lepas kahwin terus pergi". lps kahwin bole je sentiasa honeymoon.. adik dah ckp nak ikut masa honeymoon.saya amatlah suka

PUAN THALHA : on June 9, 2010 at 12:53 PM said...

setuju dengan cik fiza. tak semestinya pergi jauh2 nak honeymoon, dalam negara pun okay. dekat pun okay. honeymoon tu kan untuk berdua-dua, hilangkan penat lepas majlis, beromantik sakan suami isteri. hee. tak honeymoon pun tak pe. not big deal. yang penting majlis kita tu biar selamat dulu kan? :)

Anonymous said...

>> Xora, saya pon takde hanimun..terpikir gak, tapi bila calculate smula budget, byk lagi bnda lain lbh pnting bole buat ngn duit tu..hanimun kt umah berdua2an pon ok gak kan..hehe yg pnting majlis settle, xde hutang..

kay kamal on June 9, 2010 at 1:45 PM said...

ur boss so sweet la..its okay..bile stable nanti slowly la g jenjalan. mana tau rezeki pasni mencurah2

kay kamal on June 9, 2010 at 1:45 PM said...

ur boss so sweet la..its okay..bile stable nanti slowly la g jenjalan. mana tau rezeki pasni mencurah2

Puan T on June 9, 2010 at 4:43 PM said...

hah psl hanimun pon satu hal gk. utk kes org yg terlebey rezki dpt g hanimun pon ada mslh mcm haku neh. biler ckp dlm msia je terus kne bahan - ape laa stakat tuuttt biler2 ley pegi. xder taste ke ko ng tunang ko?

wakluuu xder taste. ini soal rezki dey!~chait!!~

Sarah Abd Rahim on June 9, 2010 at 5:01 PM said...

Setuju. Kalau nak bercuti lepas beranak pinak memang susah. So of course lagi best kalau bleh travel berdua dulu. Ikut recipe i lah, baby tu hold dulu. Enjoy puas². Then bila dah ready, barulah try buat baby.. ;)

ravishingpeacock on June 9, 2010 at 6:46 PM said...

btol2...x p honeymoon xmnunjukkan prkawinan 2 xbahagia..stju ngan jwpan ur mum ;)

Hana on June 9, 2010 at 11:06 PM said...

Xora.. takpe la.. kite pon tak tau lagi nak honeymoon mane. Bile tanye en abg die kate.. takpe.. bile2 pon boleh pegi. Yg penting majlis selesai dulu dan tak berhutang.. next time boleh pegi jalan - jalan dengan hati senang.. :) mula2 geram jugak bila pk if takde honeymoon..tapi sbenarnye betul jugak ape en abg kate.. tak semestinya terus pegi kan.. beberape bulan lagi pon boleh :) tak semestinya trus kena ke luar negeri.. dapat gik cameron highland pon jadi.. :) Just some quality time kat mane2 pon ok..

mingming said...

xora...

kite pun tak berapa gemar bila org tanya destinasi bulan madu ni. lain la kalau dia nk taja. hahaha.

kami pun mmg ada plan nk honeymoon kat luar negara tp bila kami borak2 berdua, rasanya lg seronok kalau dpt bawak mak+abah jalan2 sekali. maka, kami tangguhkan dulu rancangan itu ke tahun depan. InsyaAllah.

kami tukarkan ke destinasi dalam negara sahaja, cameron highland - yg membuatkan org cakap, "laaa...kat situ je? bukan ada apa pun kat situ". hmmm, kite peduli apa. mungkin bg org yg bercakap tu, tak de apa kat situ. tp bg kite yg pertama kali ke situ dan dpt menghabiskan masa berdua bersama suami tersayang, ia sesuatu yg cukup indah.

setuju dgn ibu kamu, asalkan majlis selesai tanpa hutang. kami seronok berjalan berdua tanpa dibebani hutang :)

Moose on June 10, 2010 at 9:40 AM said...

honeymoon tak honeymoon ni depends on budget. kalau ada budget lebih dan teringin nak ber-honeymoon, pergila. kalau takde takpela. kalau nak honeymoon ni, tak semestinya kena pergi oversea. dalam malaysia ni pun banyak tempat nak honeymoon. kalau yang pergi oversea tu mungkin dia dah berusaha kumpul duit dari before plan nak kawin lagi, siapa tau kan? hal ni balik kepada budget jugak.

dan honeymoon tak semestinya pergi terus masa lepas kawin. within 1 year or even masa 1st year anniversary pun boleh. hari-hari nak honeymoon dekat rumah lagi ok! haha.

Reen Tart Nenas on June 10, 2010 at 12:18 PM said...

owh kutuk aku. tu ada gambo sket, ok la :)
destinasi aku dah ada, cuma nyer lum booking apa2 pasal tunggu murah. nak plak kawen mmg time school holidays kan... xkesah luar atau dalam negeri, tapi pegi tempat yg boleh berdua pun dah di kira honeymoon. woh rumah sendiri tak dikira yer, maksud aku luar dari kl selangor nie... xpe2, insyallah kalau ada duit lebih, boleh proceed dgn idea berbulan madu sementara inai masih merah di jari :)

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates