Salam dan hai
Semalam 6 June, saya penuhi jemputan perkahwinan Nana-Sham dan Yazid-Myra. Nana dan Yazid, dua-dua kawan sekelas saya masa sekolah rendah. Jadi mesti la nak tengok mereka bersanding.
Saya pergi dulu majlis Yazid-Myra di Dewan Banquet UPM. Memandangkan dalam kad tak tertera pula waktu ketibaan pengantin, jadi saya bantai aje datang dalam 1pm.
Masa saya sampai, tetamu belum ramai (atau mungkin dewan luas dan meja banyak, jadi tak rasa sesak) Setiap meja ada bunga ros warna kuning dan pink.
Lain juga rasanya pergi majlis tanpa D. Kalau ada D, mesti dia akan catu dan jaga apa yang saya amik pasal saya mudah terbawa kalau pergi ke majlis makan-makan macam ni! Jadi bila dia takda, rasa cam takde orang yang nak jeling-jeling pinggan nasi saya. Hihi.
Masa saya tengok warna pelamin, dah terdetik, mungkin Yazid pun pakai warna kuning.
Keseluruhan majlis, saya boleh katakan, dalam keadaan yang tenang. Muzik dipasang sederhana kuat, tiada kawan-kawan bergambar sesama mereka dulu, kebanyakkan tetamu amat bertatasusila.
Dalam 1.30pm, adik pengantin lelaki yang merangkap emcee majlis, umumkan ketibaan pengantin.
Masa ni, saya pun cepat-cepat la pergi ke tepi, niat hati nak rakam video. Nanti boleh tagged. Tapi entah kenapa kamera saya meracau. Kejap on, tiba-tiba off. Jadi pasal nak cover malu, kalau-kalau tetamu lain perasan saya dah berdiri lama nak rakam, saya pun buat-buat aje macam tekan-tekan camera, macam dah amik gambar la.
*MAD*
Terlepas moment perarakan pengantin!
Tak putus asa, saya pun pergi la ke pelamin dan amik gambar mereka juga!
Ini bukan komen bias. Tapi masa saya pasangan raja sehari ni lalu depan saya, saya terpegun sebenarnya tengok kilauan manik pada baju Myra. Bersinar-sinar bila kena lampu dewan. Berkelipan. Saya suka (Pasal tu bengang camera buat hal masa nak rakam video!!)
Melihat perjalanan majlis Yazid-Myra ni, mengingatkan saya kepada perjalanan majlis abang saya. Pengantin tiba dan terus ke pelamin. Kemudian doa akan dibaca. Kemudian, pengantin turun untuk makan beradap. Sangat simple tapi tersusun.
*STILL MAD* tak dapat tangkap video pengantin!
Memandangkan saya nak menuju ke majlis Nana, jadi cepat-cepat la jumpa pengantin. Hobi dan kepakaran saya; mengacau pengantin di meja beradap :P
Jadi, saya pun pergi nak amik gambar mereka berdua.
Ok puas hati.
Hihi.
Walau tiada gambar dengan pengantin, tapi tak apa. Yang penting dapat jumpa sendiri dan ucapkan tahniah (dan kena jawab soalan cepu emas Yazid: "ko bila lagi?", disusuli gelak kuat pura-pura yang saya buat. )
Kami (memandangkan D tiada bersama saya, saya bawa adik saya temankan. Takde la termangu sorang-sorang nanti), dapat hadiah ni daripada majlis. Sebenarnya ada kisah saiko disebalik door gift ni. Door gift ni diberi pada ketibaan tetamu. Jadi masa sampai, saya letak la door gift tu atas meja, tanda cop tempat. Kemudian masa amik lauk, saya nampak petugas katerer amik door gift dan pulangkan kepada dayang yang bertugas kat pintu masuk tu. Dengan pakcik dan 2 orang anak dia nye door gift semeja dengan saya pun kena amik. Saya hanya mampu memandang. Nak ku jerit, jangan melampau dan saiko sangat ok Xora. Jadi masa saya makan, kebetulan abang yang amik door gift saya lalu kat sebelah. Jadi saya bagitau la yang dia dah amik doorgift saya :P Kemudian saya bagitau yang door gift yang baki tu, pakcik dan anak2 dia punya. Hihi. Saiko bukan???
Mungkin terlalu menghargai semua hadiah buah tangan majlis kahwin kot yang buat saya bertindak macam tu :P
Door gift majlis-- sarung kotak tisu! Jadi terus pakai aje :p Hadiah yang sangat praktikal!
Majlis kedua; Nana-Syam.
Dah janji dengan Shima nak pergi sama dengan dia. Bertiga lebih baik!
Kat sana, jumpa D. Dia kena menolong, jadi dia jaga tempat buku tetamu (Lupa nak snap ucapan saya untuk Nana!! *MAD LAGI!!!*)
Seperti mana-mana tetamu yang teruja kawan kawin, jadi kami terus masuk ke rumah Nana, tengok dia bersanding.
Terjumpa Ira. Dia jadi orang kuat majlis. Best jumpa Ira pasal banyak perkara belakang tabir yang dia kongsi dengan kami :P
Pelamin yang cantik sangat ni, dibuat oleh Nurul Syukor. Cantik OK! Bunga ros hidup, warna pink dan ungu.
Cantik hokey!
Berhampiran pelamin, ada gubahan hantaran. Ni pun saya snap sekali, tapi gambar gegar :(
Ira bawa kami pergi ke bilik pengantin pula.
Reaksi saya: Ngang mulut besar-besar.
Puan Shima kata "amik gambar aku sekali!"
OK, bilik pengantin pun oleh Nurul Syukor. Lawa gila. Tu aje komen.
Serius, terasa cam diri Cik Joyah dan Cik Jenab, yang gi terjah bilik pengantin orang. Hihi. Tapi memang best la tengok hasil yang begitu cantik (harga harus la cantik kan!). Bagus untuk kongsi dengan B2B lain. Lepas penat ternganga, saya dan Shima pun pergi makan dulu.
Kami duduk berhampiran juga dengan meja beradap. Best sangat makan sambil halwa telinga dengar dendangan muzik original ni.
Sebelum balik, tunggu giliran kacau pengantin kat meja beradap (saya semakin pakar dalam bab mengacau ni). Sempat amik gambar meja potong kek yang details pada kek buat saya teruja! Sekeliling kek ni, cantik ada bentul macam ukiran tu kan. Cantik-cantik! Tak perlu tinggi keknya, asalkan penyampaian cukup cantik.
Ok. Lepas amik gambar berkumpulan, saya request Nana untuk berdiri, nak amik gambar dia penuh. Gila keji aku ok, buat dek aje kat pengantin lelaki :p Saya suka baju Nana. Saya rasa kebaya pendek kot (kurang pasti) tapi element pada baju tu saya suka. Siapa kata, manik perlu penuh satu badan baru rasa diri macam pengantin? Kalau kedudukan manik berada pada tempat yang sepatutnya, dapat sorokkan apa yang kurang dan serlahkan apa yang tersembunyi. Saya suka baju Nana dan saya suka simplicity pada tudungnya. Penampilan yang bagi saya "tak menjerit untuk perhatian"
Dah salam-salam dengan Nana, baru boleh balik.
Pasal masa mula majlis, dah jumpa Ira. Kami dapat door gift tambahan. Nana sudah pesan pada Ira, bagi door gift tu pada kawan-kawan Serdang. Jadi B2B kalau ada pasanga niat nak bagi hadiah tambahan buat kawan-kawan tertentu, perlu tugaskan kepada orang dan pastikan orang tu kenal siapa yang dituju.
Alhamdulillah, syukur saya dapat luangkan masa hadiri majlis kawan-kawan saya. Seronok sangat dapat tengok mereka kahwin.
Kedua-dua majlis ni, walaupun berbeza tempat majlis, gaya sambutan dan suasana majlis, tapi yang pasti, kedua-dua pengantin ramah dan menyapa tanpa lekang senyuman. Takde tetamu yang tak seronok bila pengantin bukan sekadar salam dan ucapkan terima kasih atas kehadiran, tapi sempat berbual-bual sikit, tanya khabar, tanya siapa dah datang. Rasa lebih dekat macam tu.
Saya harap, bila tiba masa saya, saya tak lupa untuk buat perkara yang sama.
InsyaAllah, kalau tiada aral melintang, saya dan ibu ayah akan ke S.Petani Jumaat ni sampai hari Ahad, nak hadiri majlis pernikahan dan majlis sanding Laling. Harap Laling semangatnya sudah semakin pulih.
Doakan perjalanan kami selamat pergi dan pulang!
Lepas pulang, terus kena pergi Singapura. Oh, Singapura tengah sale kan??!!!! Nyums!!!
7 June 2010
7 comments:
hihi..bilik pengantin ke-2 teramat lah cantik!! cuma pencahayaan dia je samar..xora, g singapore?? ada ape best masa sale kat sana eyh? nnt story morry k? hehe..
wahh! canteknye pelamin+bilik pengantin Nurul Shukor kann..?? tapi harga pun mesti la cantek.. kalo ade duit, no problem.. huhu..
vantik dan meriah majlis kawan2 cik xora ek.. grand gituuu
cantik bilik pengantin!!!!
Hana, memang cantik gila. Gambar samar pasal camera saya cap ayam :p asyik buat hal satu hari tu! Gi singapore atas urusan kerja, jadi tak tau la sempat ke tak shopping :(
Nyomel, harga pada nama pemiliknya. tak tau harganya tapi namanya sudah buatku terkesima :P
Fiza: alhamdulillah, semua majlis kawan2 saya berjalan dengan sempurna dan selamat :D harap bila tiba giliran saya, semuanya juga selamat insyaAllah
Farah: pasal tu upload kat blog ni, mana tau B2B boleh guna pakai idea tu
yazid mmg suke kasik soklan cepu cemas. aku pon mangsa!~
cantik ok nana, pelamin n bilik pengantin die... nana ade msg aku kat fb ari tu... jelesnye aku tiada di tempat kejadian... tahun ni mmg tahun yang sangat saiko bg aku sbb tak dpt attend kenduri kengkawan... yazid mcm lee chong wei la...
Post a Comment