Salam dan hai
Dalam post percubaan membuat centerpiece saya hari tu, Roy ada tinggalkan komen pasal bunga baby breath tu. Walaupun post ni takde kena mengena dengan apa yang dia tanya, tapi mana tau kalau-kalau idea ni pratikal untuk sesiapa nak cuba buat.
Percubaan untuk buat kalungan bunga, pakai baby breath. Sesuai di letak di pintu bilik atau dewan. Atau mana-mana sahaja yang sesuai.
Tak, ni bukan saya punya. Tutorial punye.
Saya berkenan dengan idea ni (tapi tak suka gambar merpati tu. Lagi cantik kot kalau ganti dengan kuntuman bunga). Tambah-tambah lagi masa saya buat percubaan DIY Centerpiece saya, ada banyak baki bunga baby breath. Boleh tahan lama gak dalam cuaca bilik. 2 hari terendam masih ok lagi. Cuma kena rajin tukar air dan potong hujungnya.
Tapi saya belum sempat cuba tutorial ni. Kalau ada masa dan rezeki, mungkin nak cuba juga. Jadi, sementara tu, baik kongsi info ni dengan B2B lain.
Cara dan tips nak buat boleh dapatkan daripada sini.
Banyak lagi idea DIY menarik dalam blog tu. Pergi la godek-godek dulu ok?
Nota 1: Semalam dah mula buat video Save the Date, tapi entah kenapa, tiba-tiba hang dan tak sempat save! geram betul! dah hampir 2 jam saya buat. Tapi tak apa, nak tak nak kena usaha kan lagi malam ni. (Agaknya hang pasal saya tak layan D SMS malam tadi kot :P kena daulatkah aku?! :P)
Nota 2: Semalam, ayah Laling masuk hospital. Ya Allah, betul2 dugaan untuk dia yang bakal berkahwin dalam seminggu ni. Kalau ikutkan hati dan ada kepak, sudah lama aku terbang ke S.Petani Laling!! Tapi malam tadi dah baca status Facebook Laling, ayah dia sudah beransur pulih :) Alhamdulillah..
3 June 2010
7 comments:
idea yang best. tq for sharing. =)
topik bawah : moga laling tabahkan hati..
dugaan sebelum kawen..makna Allah sayang..tabahkan hati..
this is nice.. plus.. rasa nya .. mcm x susah sangat utk dibuat sendiri.. thanks for sharing..
idea yg best
cantekkk! suke la tengok. hehe
cantek! letak kat pintu bilik or dewan mmg cantek. kalo xora wat tutorial ni, jgn lupe post. nak tgk jugak hasilnye.. ;)
xora, kalau gune movie maker mmg selalu hang, lagi kalau pc slow, saya selalu save sket2 jadi kalau hang takla ilang byk sgt.... =))
Post a Comment