Salam dan hai
Saya nak buat beberapa cerita dalam satu post ni
Kad kahwin
Semalam saya pergi korek balik kad-kad kahwin yang saya pernah dapat. Syukur gak saya simpan kad-kad ni lagi pasal kad kahwin ni antara sumber untuk kita mengeja nama kawan-kawan kita dengan betul dan dapatkan alamat rumah (rumah ibubapa diorang la kira). Yang majlis kat dewan, kira kena guna usaha lain. Kawan-kawan yang masih simpan kad2 kahwin, jangan terus buang (kitar semula!) kad-kad tu. Salin dulu maklumat yang diperlukan dulu.
Tiba-tiba teringat, masa darjah enam, karangan Bahasa Melayu kan ada kategori rencana, berita, laporan dan macam-macam lagi. Kalau saya kad tu, mesti saya boleh karang "Riwayatku Sekeping Kad Kahwin"
Komentar
Kadang-kadang, saya keliru juga perlu ke tak perlu untuk saya balas komen kat ruang komentar ni. Pasal saya rasa, saya sudah luahkan pendapat saya kat satu post, jadi ruang komentar ni biar la eksklusif untuk B2B yang lain untuk bagi pendapat, nak bangkang, nak bagi cadangan atau nak kritik. Jadi, kalau saya tak balas komen kawan-kawan atau saya buat balasan komen secara pukal, bukan maksud saya tak hargai pendapat tu. Pasal hargai la, saya set kan komen perlu mendapat kelulusan saya. Jadi saya takkan terlepas mana-mana komen, walaupun untuk komen-komen berbulan-bulan lepas dulu.
Tinggi Melangit
Blog pasal perjalanan persiapan majlis perkahwinan ni, memang menyeronokkan. Tapi masalah mungkin timbul bila orang baca dan mula membayangkan benda yang tinggi melangit. Meletak harapan yang majlis kita akan jadi the bomb kang ko aku bomb! Sudah berulang kali saya sebut dalam post-post terdahulu, majlis saya simple dan sederhana sahaja. Mewahnya pada idea saya yang saya tulis di sini dengan tujuan untuk berkongsi dengan B2B yang lain. Saya tahu banyak perkara saya idamkan, mustahil direalisasikan jadi sebab itu saya kongsi di sini supaya idea tu tak mati begitu sahaja, mungkin ada B2B boleh pakai idea tu. Tiada sebab untuk saya menjadi pongah, mencanang-canangkan nama-nama ternama. Majlis saya biasa sahaja.
Hibernasi
Saya mungkin melalui proses hibernasi blog bagi tempoh lebih seminggu bermula esok. Kalau sempat saya jadualkan post, saya akan buat. Kalau tidak, kita berjumpa minggu depan ye?!
10 Jun 2010
11 comments:
Hye..just found ur blog..and dah go through dari awal sampai akhir..rajin tak?rajin tak?haha...
refer pd entry ni:http://diaterimanikahnya.blogspot.com/2009/11/belanja-kahwin-berbaloi-baloi.html, i pun nak 1 copy fail excel budjet u bleh? coz i pun tgh wat budjet neh...hihi..
feel free to visit my blog k...:-)
xora,
i pon simpan segala kad kawen kawan2. sayang nak buang.tp x terfikir lak nak tgk address kat kad tue.. huhu. bijak la idea anda.
hmm itu la.. kalo tulis kat blog mende2 yg kita impikan mesti org len trus high expectation kan.. majlis sy pon biase2 je nanti.. simple and sekadar termampu..
Aniem, nanti check email ya? wah giler tegar korek dri awal :P
Aifa: kali ni confirm takkan salah eja nama tetamu kan?
xora, kad kawin la sumber nak korek alamt2 dorg kan...
hmmm sama la masih ada yg berbisik2 merisik risik ttg betapa grandnya wedding fara nanti..cehh!!! susah nak phmkan org yg xkan phm ni..biar je la kan
yey! i got it! tq xora..hihi..
Bila Farah tulis post ttg mereka yg merisik khabar, rasa topik tu sangat dekat dihati ini :p
Btlla Xora, i've been kept all the invitation cards tp xpnh terfikir psl address 2..hi²..trimas byk²...at least blh m'bantu sdkt sbyk kn?awk berhibernasi ke mn Xora?
sy pn simpan kad2 kawen dari member.. sebab suma nye cantik2 :)
tu la..rugi sume kad kawen da kemana melata dah..aih~
and about the tinggi melangit..omg so true! tlg la fhm. idea besar tak mesti ade duit besar nk realise it all,kan
BN: saya ke Sungai Petani, kemudian ke Singapura. takmo bawa laptop. kang saya tak berjalan-jalan, dok update blog :P pasal tu hibernasi sikit.
Fiza: bagus nya kamu! tapi kamu simpan macam mana ye?
ok..noted!..hehe
Post a Comment