Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

09 August, 2010

Tudung Nikah Saya



Salam dan hai

Hujung minggu lepas, saya temankan
Reen pergi jumpa PuanVispera di JJ Maluri. Saya pakat nak jumpa dengan Reen pasal ingat boleh la gi saing; saya nak amik tudung saya dan dia nak buat percubaan dengan koleksi Vispera.

Kami tunggu di McD. Biasa la, kes tak cam muka, jadi nak tegur pun teragak-agak. Bila jumpa, alahai kecilnya orangnya!

Borak sikit-sikit, kemudian terus mulakan perbincangan pasal tudung. Saya takde la terlibat sangat dalam perbincangan ni pasal tudung saya, memang sudah saya tempah dengan Vispera. Cuma Reen yang masih tercari-cari. Jadi, biarkan dia bincang dengan Vispera aje.

Ni tangan Reen, tengah tunjuk koleksi gambar yang dia suka.



Lepas kongsi pendapat semua, kami pergi ke tandas. Nak cuba pakai contoh tudung yang dibawa.



Tu, tudung saya yang warna putih tu. Tapi tudung saya ni, tak dapat amik hari ni, pasal ada kesan warna pink sikit. Tapi tak apa, pasal Puan vispera akan buatkan yang baru. Lagipun, takde hal InsyaAllah, sempat lagi.

Tada...! Saya dah pakai. Alhamdulillah! Saya suka! Tu, tulang pipi saya tinggi tengah senyum suka ;p



Tak, korang memang tak salah tengok. Memang tudung saya pilih ni kosong, tanpa sebarang manik ke apa ke. Saya nak tumpuan pada muka saya *boleh boleh kan?? Pernah saya cari di Ariani, tapi mereka takde koleksi yang kosong macam ni. Kalau cari kat jalan TAR tu pula, awning tak kena dengan bentuk muka saya. Tapi yang Vispera buat ni, elok-elok kat muka saya.

Ok, memang saya pilih yang teramat simple. Tapi itu yang terbaik untuk seimbangkan berat veil dan baju nikah saya.

Saya memang bawa vel saya sekali. Jadi bila dah pakai tudung dengan vel, reaksi saya "OK, ada aura orang nak bernikah" *suka!

InsyaAllah, dalam bulan puasa ni, harap Pn. Vispera dapat selesaikan tudung nikah saya :D


9 Ogos 2010

19 comments:

ally on August 9, 2010 at 9:10 AM said...

mmg sgt ok kalo plain je..lgpun baju xora dah gorjes..hehe...aura2...=)

farahfatihah on August 9, 2010 at 9:17 AM said...

wahhh dah nak siap!!! mcm ni mmg kena tempah dgn pn vispera !!!

Mrs Kecik on August 9, 2010 at 9:28 AM said...

sangat setuju. kalau semua nak sarat, mmg serabut. bestnya..byk dh setel.

Unknown on August 9, 2010 at 9:32 AM said...

alhamdulillah yg ptg kena bentuk muka..

hana yoriee on August 9, 2010 at 9:33 AM said...

xora dah ada tudung nikah!! yeay..hehe..hana pulak yg seronok..setuju ngan xora..baju xora dah heavy, so, kalau tudung plain pun dah cukup..hehe..=)

Mrs Diba on August 9, 2010 at 9:37 AM said...

kalau dah ada veil memang naik seri la.. nice (^_^)

thezaila on August 9, 2010 at 9:42 AM said...

x kisah simple.. janji si pemakai nya.. rasa selesa.. itu paling penting!! i'm so happy that u have fine ur tudung kecintaan. =)

Unknown on August 9, 2010 at 9:47 AM said...

betul tu xora..bia simple sebab baju xora kan da sarat!


mesti cun punye! :)

Byzura Mj (By) on August 9, 2010 at 9:49 AM said...

owh tudung PuanVispera.... ade gak terbaca... yurp kadang2 tak leh padan ngan muka...neway berapa harga tempah?

kay kamal on August 9, 2010 at 10:25 AM said...

im yet to find tudung..aih~ bnci exm

Anonymous said...

wah bestnyer..!!! saya xbuat appoinment lagi dgn puan vispera tu tapi dah tempah tudung nikah kt dia..;p

Mysarah Rahman on August 9, 2010 at 10:58 AM said...

kalau veil dah sarat ok jer if tudung kosong.

p/s: u, macam budak skolah plak! heheh

Reen Tart Nenas on August 9, 2010 at 11:54 AM said...

eiy, itu gambar yg aku amik :) promo sket. b2b, tempah jer dengan puan vispera :) perbincangan pun alhamdulillah berjalan lancar. owh, Xora, tak sabar nak kawen kan? aku tak sabar tengok aku bertudung :D

Xora on August 9, 2010 at 12:04 PM said...

Dear all, reply secara pukal! :D ye ye terima kasih utk pendapat kawan2 semua. Mula-mula, ada letak gambar dgn vel, tapi dah keluarkan pasal rasanya tak perlu kot. Biar post ni berkenaan tudung tu sahaja dan vel saya tak curi perhatian lebih daripada tujuan sebenar post ni.

Hana on August 9, 2010 at 9:23 PM said...

waa.. vispera kena tempah awal kan.. banyak dengar good review on vispera.. uwaa.. tudung sy pon belom carik lagi..

harzharun on August 10, 2010 at 3:02 PM said...

my pun tudung sanding pun kosong!..plain !..sila lihat muka ku..bukan tudungku..ahakkss!

journey of a lady on August 13, 2010 at 10:47 AM said...

ala jeles..nk tempah dah xsempat da ni

Lyena Vee on April 8, 2011 at 4:38 PM said...

ada num contact vispera? blog die da xleh bukak... huhuhu

Xora on April 8, 2011 at 4:41 PM said...

vee, takde dah nombor dia. tapi cuba cari di fesbuk. rasanya ada profile vispera

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates