22 March, 2010

Meja Potong Kek



Salam dan hai

Memandangkan ayah amik katerer yang sama masa abang saya kawin untuk majlis saya, jadi saya rajin-rajinkan diri tengok gambar dari majlis abang saya hari tu. Nak kesan mana yang perlu diubah, mana yang perlu dinaik taraf, mana yang perlu dibiarkan sahaja seadanya.

Antara perkara yang saya perasan, tentang kek pengantin ni. Sebenarnya, takde la kisah sangat pasal kek pengantin ni. Kalau diberi peluang, saya lebih berminat nak potong pulut kuning, tapi dalam pakej katerer tu memang dah ada kek percuma, jadi rembat aje la. Kalau tolak, cam tak hargai rezeki pulak. (Tengah melobi ibu buatkan pulut kuning, nak potong masa nikah.. huuu.. boleh Ibu.. boleh laaaaa..Ibu buat la pulut kuning.. makan dengan dendeng.. Nak potong pulut kuning~~)

Ni gambar masa majlis abang saya yang dulu.


Vendor kata, untuk majlis kami, dia akan bagi percuma kek tiga tingkat, jenis butter cream cam abang saya. Tapi saya dah rancang nak letak bunga hidup antara kek, macam gambar-gambar kat bawah ni (perhatikan bunga rosnya, bukan ketinggiannya :P), jadi takleh amik kek jenis cream.




Kalau ada rezeki, memang mahukan yang kosong camni aje


Pasal tu saya kena amik jenis fondant. Vendor kata kalau fondant, dia cuma boleh bagi 2 tingkat. 2 tingkat pun 2 tingkat la labuuuuu.. Asal fondant.

Meja kek kat atas masa majlis abang saya tu memang dah OK. Tapi demi menurutkan kegatalan nak google, jadi bermula la operasi google images.

Sudah pasti meja yang kecik tu cuma perlukan sedikit hiasan. Kang tenggelam pula kek. Takmo orang ingat tu upacara memotong bunga!

Oh tidak, saya tidak bernafsu dari segi keinginan mahupun kewangan untuk dapatkan kek yang mahal beribu. Memang cantik di dalam gambar dan mendapat pujian ramai, tapi bukan itu yang saya nak. Lagi satu, I takmo dummy yuuuh!! Biar cinonet, asal asli hihih.


Kalau nak longgokan bunga meriah, kek kena tinggi sikit. Mungkin saya akan letak kaki kek di dasar untuk tambah ketinggian sedikit, macam gambar kat bawah ni. Tapi kena pandai-pandai cover dari kelihatan dengan jelas, nyata dan terang. (Takleh letak gelas tu.. tak sesuai ye kawan-kawan)


IKLAN BERMULA

Oh, saya pernah tengok DIY, dia tak gunakan kaki kek kat atas tu. Sebaliknya, dia gunakan bongkah kayu yang bulat, dicat elok lalu dijadikan kaki kek. Memang kukuh dan tinggi! tapi tak jumpa link website tu!!), yang saya jumpa, dia pakai gelas nak jadikan kaki. Tapi nampak cam tak selamat. Nak tengok, boleh klik di sini:
DIY Cakestand



tapi kalau ada sesiapa yang nak cuba buat cupcake tier sendiri, boleh klik kat url ni:
Cupcake Tower


.. atau trend sekarang: Candy Bar


Sumber: mydiyweddingday

IKLAN TAMAT.

Lepas tu, baru boleh hias melangit dengan bunga.. tapi tak mungkin la bunga semeriah ini. Tenggelam la kek saya yang cinonet tu nanti :P


Hiasan lilin kalau dalam dewan tertutup atau waktu malam mungkin lebih memberi impak, macam gambar kat bawah ni. Mungkin perkataan "I DO" boleh ditukar kepada huruf pangkal saya dan D. Mungkin aje la..



Sama juga lampu hari raya ni (saya nak juga panggil ni lampu hari raya :P). Tapi rasanya kena sederhana juga penggunaan lampu tu, takut silau yang terhasil mengganggu hasil gambar. Iye la, masa potong kek, bukan hanya camera DSLR aje. Mesti ada la camera cap ayam kawan-kawan kita yang nak juga abadikan gambar kita. Jadi sila jangan lupakan mereka!


Oh ye Nity, sila pastikan aku tak pegang bunga tangan masa potong kek. Nanti orang bahan aku, nak angkut bunga tangan ke hulu hilir aje! Baru perasan, bunga tangan tu pun boleh jadikan hiasan meja kek juga.


Oh berangan itu indah..

Google images itu terapi untuk impian yang indah..
Giler terasa cam saiko bila dok fokus hal ni!

Tapi realiti tetap realiti...


Setelah mengambil kira kos dari segi masa dan kewangan, jadi saya rasa DIY yang sederhana adalah jalan paling selamat dan ekonomi untuk saya. Walaupun idea kat atas dan idea dalam Internet ni tiada sempadan, tapi ada baik saya kekal dengan perkara yang asas. Tak mahu semak kepala.

Sekadar taburan bunga disekeliling meja macam ni pun dah naik cantiknya.


Kalau dalam google images, ada yang letak coklat bentuk hati dalam celahan kelopak bunga, letak cupcakes mengelilingi kek, atau kristal dan lilin juga boleh. Ada gak yang letak gambar pasangan kat celah kelopak bunga.

Saya masih berkira-kira memilih hiasan yang bebas stress, tapi masih dapat diabadikan dalam gambar. Takpe, masih ada banyak masa nak perah otak.

Buat satu-satu dulu ni.

Ok. Fokus.

Jadi perkara mesti buat:

1. Jumpa vendor nak dapatkan anggaran ukuran keluasan kek dan ketinggian kek.
2. Dapatkan anggaran ketinggian meja kek dan luas diameter meja. Kalau takde, refer kepada gambar-gambar majlis abang hari tu.

3. Baru boleh fikirkan deko dan berusaha mendapatkan perhiasan yang bersesuaian.

Ok, boleh ni buat. Boleh boleh!! Tiba-tiba terfikir, rajin pulak aku nak gi ngadap abang Arif semata-mata untuk kek tu ajek??!!!



23 March 2010


6 comments:

adlyn833 on March 23, 2010 at 11:25 AM said...

betul xora.sy sokong awak...kek x perlu mahal yang penting rasa sedap.hehhe...meja potong kek kena cantik baru mood nk potong kek pn happy dan gmbar pn akan cantik nnti.x sabar nak tgk meja potong kek awak nanti ;P

Acaii on March 23, 2010 at 1:48 PM said...

kalau dah dapat kek free rembat je..mana yang boleh jimat kita jimat kan,hehe..nasib baik kek betul..bukan cup cake..

Bukan apa, aritu ada shoot majlis kahwin, dia buat bawah cake besar tu, tengah cup cake yang lawa pastu atas kek betul lagi..memang cantik sangat kek dia..

Masa nak potong kek, pengantin tukar baju..sekali turun nak potong kek, cup cake yang tengah tu dah dirembat sedara mara, selamba je diaorang makan sambil ketawa2, huhu..saya yang lagi marah dari pengantin sebab tak dapat amik gambar potong kek cantik,hahahhaa..

Err kalau nak buat stand tu pastikan stabil..kita tak boleh agak kanak2 yang berlari2 dan tertarik kat kek ni..ada kes kat kampung sy kek dia terlangkup jatuh sebab meja senget di langgar budak yang berlari2..:)

idea bunga tu memang terbaik!!

fikaryna on March 23, 2010 at 1:55 PM said...

hiasan bunga di meja potong kek mmg pntg..baru mood nak potong kek kobar2..huhu..

yg pntg kek sedap..mgkin kita x sempat rase tp family nak makan pun kena ambik kira jugak kan..

suka idea tabur kelopak bunga tepi kek atas meja potong kek..wah..nak mood romantik ajer..huhu..

ashekeyn on March 23, 2010 at 3:28 PM said...

tgh dilema either nk wat pulut kuning or kek..mmg giler saiko bile fokus bende ni tp sronok sbb time ni je leh senyum2 sendri dpn screen n bace blog n google images..:D
awal2 dlu sy plan kn wat pulut kuning je..sbb kek mcm dh biasa sgt n encik tunang x suka sgt mkn kek..
tp pk2 balik, bukan kte nk mkn sume pun kek tu..then kek lbih cantik dri pulut kuning wlaupun pulut kuning pun bleh hias berbagai2..
mungkin nk wat cam kak xora jugak kot..nak 2-2!!!! haha
bile bace entry ni..dah bertambah angan2 nk kek yg cantik n hiasan meja yg menawan...
lalalalalalaa~~ :))

Xora said...

Adlyn: hihi.. jangannn.. saya tak buat gempak pun. ni idea kasar aje, nampak aje poyos!

Acai: Huuauaaaa!!! ngeri ngerrrrrii kek menjadi igauan ngeriii!!!tapi thanks ye Acai kongsi tips! :D

Ryna: ye benar.! pengantin cuma dapat rasa segigit dua aje.. ingat, segigit, bukan sepotong :P tapi yg penting, sedara mara dapat rasa kan?


Keyn: saya tengah lobi mak saya nak potong pulut kuning masa nikah :P ye ye.. berangan itu indah! :D selamat maju jaya ye dengan hiasan tu!

harzharun on March 28, 2010 at 4:18 PM said...

hikhikhik....xora!,...i pun pening sal meja potong kek hari tu...tp kan...bling bling kuar idea dr my ibu....potong kek atas bangsal...bsimpuh!...nak tgk pic?..tungguuuuuuuuuu!!!

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates