Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

11 March, 2010

Jemput, Tak Datang. Tak Jemput, Kecik Hati



Salam dan hai

Ayah dah mula tanya pasal berapa jemputan saya dan D. Jadi minggu ni, saya dan D pun bersungguh la buat list kami. Ayahnya list dah siap pasal list yang sama dari abang saya yang sulung. 300 orang, lebih kurang 600 tetamu la yang berpasangan.

Hari tu, yakin aje kata kat ayah, tetamu saya 200, kiranya 400 orang (termasuk pasangan). Maka cukup la 1000 dari pihak kami. Jadi pihak D, lagi 1000.

Seperti biasa, menggunakan kawan baik saya Microsoft Excel untuk sediakan senarai tetamu dengan lebih teratur.


Tapi lepas saya siap senaraikan, tetiba teori ni muncul:-

1. Aku ni tak ramai kawan ke?
ke
2. Aku ni terlalu memilih ke??

Iye la, lepas D bagi senarai kawan-kawan dia, bila dah tambah kawan-kawan kami, termasuk la mutual friends kat di sekolah, anggaran tetamu dengan pasangan= 400 orang, walaupun patutnya, belah saya aje yg 400 orang dan d 400 lagi. Total kiranya 800 orang. Tapi sudah kurang pulak 400 orang. .. Banyak lak nombor dalam satu perenggan, aku pun jadi pening juge!


Saya bincang gak dengan geng B2B opis saya, diorangnye list kawan-kawan opis macam mana. Reen dari HR jadi dia memang fofular 1 opis, maka perlu jemput segala isi opis ni. Nak nya tunang dia pun satu opis. Laling lak, dia jauh nun di Kedah, jadi dia tak berharap sangat kawan-kawan turun ke Kedah.

Mereka pun pakai solusi yang sama, jemput mana yang rapat sahaja.

Sebenarnya, banyak isu akan sangkut paut dari jumlah tetamu. Iye la, dari jumlah tetamu, baru la dapat anggarkan berapa banyak kad kahwin kena print.

Yang tambah pening, bila jemput, tak pulak datang. Bila tak dijemput, ngomel kata "amboi, ko kawen tak jemput pun ye". Kita yang dengar ni pun tak sedap. Macam la kedekut sangat. Sedangkan, kita dan dia bukan lah rapat sangat. secara berselisih bahu aje. Kadang-kadang, nama penuh pun tak tau. Saya mahu majlis saya dikeliling oleh orang yang kenal saya dan sama-sama meraikan hari besar saya.

Macam
Moose pernah cakap, kadang-kadang majlis sanding ni dipenuhi oleh orang-orang yang datang untuk menjadi pemerhati mengkritik apa kurang dan lebih dalam majlis kita, bukannya datang untuk meraikan mempelai.

Bila cerita kat D, D kata, kita jemput mana yang perlu sahaja. Mulut orang kita takleh nak tutup. Lagipun, yang penting, adalah untuk kita sebarkan tentang ikatan yang sah tu, supaya tak menjadi fitnah.

Jadi, lepas fikir-fikir, saya rasa, takpe la dengan kemudahan teknologi zaman skrang, facebook ke twitter ke, mustahil la kalau orang tu tak tau aku kawin! Sekurangnya, akan ada la muncul kat news feed Facebook kawan-kawan yang lain, tagged muka aku berlambak-lambak kat majlis.

Jadi tu pun dah kira menyebarkan perkhabaran gembira tu kan?

Secara toleransinya, logiknya, majlis kami dijalankan serentak, jadi kena la berlaku adil pada kedua-dua family sebab kos dibayar sama rata. Jadi mesti la saya tak boleh nak main taram jemput tetamu pasal masing-masing ada had tetamu kan?

Camne ye B2B yang lain aturkan jumlah tetamu, siapa yang dijemput dan siapa yang sebaliknya? Apa kriterianya? Camne lak korang anggarkan berapa ramai agak-agaknya tetamu yang tak dapat hadir dan camne korang atasi masalah tu untuk elakkan pembaziran?

Kalau saya terlibat dengan event apa-apa kat opis, biasanya anggaran peserta yang last minit tetiba tak dapat datang, mesti dalam kiraan 30% tak dapat datang, 70% aje yang datang. Tapi ni majlis kawin. Tak sama kot formulanya--ke sama??

Mantan B2B sangat-sangat dialukan bagi pendapat :) B2B yang pernah uruskan hal ni masa majlis kawan ke, sedara ke, adik beradik ke, hargai sangat-sangat kalau korang dapat tinggalkan komen.


Nota: Saya jemput dan mengalu-alukan kedatangan pembaca-pembaca tegar yang baru ke blog ni! terima kasih kawan-kawan! Begitu ramai sekaligus, saya pun dah hilang kiraan. Tapi apa-apa pun, terima kasih banyak-banyak ya pengikut tegar yang baru, menggenapkan jumlah kepada 145 pengikut! Terima kasih :D


Sejelik-jelik makanan ialah makanan dari majlis kenduri kahwin yang hanya dijemput orang-orang kaya saja, orang-orang fakir dan miskin tidak pula diundang untuk makan bersama.” (Hadis riwayat Bukhari)



11 March 2010


10 comments:

Fakhariah said...

majlis sya 2 mgu lepas.kad sya buat 400..so anggaran datang adalh 1200 org.Anggaran kpd catering 1500 org.ayah sya imam dikg tu,mungkin org kg nak balas budi ker,tok imam jemput kena dtg lah kot.Jumlah yg dtg kira2 2000 org.Jam 1 thari bekalan nsi terputus,dpt cover balik jam 1.30 hari.Nasib sya baik sbb org2 kg sedekahkan bbr jenis bubur,kuih2 muih.So ini dpt cover sblm nsi disediakan semula.Begitu juga door gift,so nasihat sya klu ada sedara mara nak bgi tambahan door gift terima aje,wpun brg lari dari tema ker apa.

juneHalim on March 11, 2010 at 9:25 AM said...

uish! jun pun tgh pening dgn list jemputan, rsau ade yg dtg ada yg xdtg, xtahu mcm mana nk buat kiraan. ade yg kata mjlis anak sulung mst rmi org dtg,tp xthu lah, klu ramai alhamdulillah, kalau xrmi? haih!haih!

mama affan on March 11, 2010 at 10:16 AM said...

kalau org yg nak datang buat pengesahan kehadiran snng kan..huhu..kejam dan berlagaknya..tp ikut pengalaman majlis ryna sll yg dijemput datang..cuma kalau yg x dapat dtg..mgkin date yg kita pilih terlalu banyak majlis atau org yg sgt jauh..majlis adalah utk raikan ikatan kasih sayang..jadi jemput org2 yg rapat dan sepatutnya..cuma kalau majlis kita juga adalah platform pertemuan antara sedara mara..so harus jemput jugak walau jauh..

xora, kalau ada bajet..berapa ramai jemput pun x jadi masalah..semua katering uruskan kan..kan..huhu..

farahfatihah on March 11, 2010 at 10:36 AM said...

hi xora...
hmm payah gak yer nak wat list...
fara xda la nak bg tips juz nk share apa yg dah di plan..mcm fara keje kat ptjaya, kg kat btu pahat, kalau dari segi kwn2 office fara jmput yg rapat je tp kalau bhg2 lain yg mana kenal tp xbape rapat fara juz bagi 1 kad utk 1 bhg...tp masa habis mjlis nnti mmg akn ada doorgift utk dorg gak..sbb dah jd mcm trend lak kt office ni huhuhu mana kwn yg jauh2 tu fara tag je kat fb, kalau jauh tp rapat, bg gak kad...tp mmg xharap pun yg jauh2 tu dtg ye la nama pun duk jauh kan..

Moose on March 11, 2010 at 11:20 AM said...

wah..siap quote i lagu tu. hihi. topik menarik dan memeningkan kepala gak ni.

ok, for me i'll invite close friends, kwn2 FB, and few selected school friends (i banyak pindah sekolah, jadi kalau nak jemput semua yang kenal tu memang ramai, and could be helped jugak since i anak cikgu dekat sekolah lama dulu, lagila ramai yang kenal). tapi FB friends i pun kira those yang i (betul2) kenal, jadi takde masalah la. office mate tu maybe those yang in the same department.

tapi when it comes to jemputan yang datang, i only expect about 50% je, since my hometown in perlis. jadi kena kire faktor jauh lagi. tapi sekarang ni tarikh nikah probably kena anjak lagi and if so, coincide pulak dengan X-mas, and terus taktau nak budget berapa % yang boleh datang. public holiday pulak tu, boleh jadi ramai tak datang-sebab dah ada plan lain (i.e bercuti) or boleh jadi ramai yang datang sebab cuti panjang.

pening-pening.

Cik Belle on March 11, 2010 at 11:35 AM said...

saya penah bace somewhere, digalakkan jemput orang yang kite masih keep in touch/rapat dalam 2thn kebelakang ni. sebab, kalau yang terlalu lama tak dengar cerite, rase2 diorang nak dtg x? kalau sekampung mungkin datang. kalau yang jauh? hmm, susah jugak eyh nak anggar berapa nak dtg. cube mintak pandangan dari caterer, maybe diorang tahu..

Riena on March 11, 2010 at 12:12 PM said...

kawan saya ramai cuma ada yg x jemput sbb kenal2 gitu aje.. kalau betul2 kenal jemput laa.. kdg2 kita lupa sapa...

kawan mak je dah 300 orang... kawan saya lagii.... adakah cukup jemputan 500 org? hehe

intanshaff on March 11, 2010 at 2:18 PM said...

cm mase aku ritu,aku jemput lebih.sumenye 1200 kad.700 belah aku,500 belah husni.aku rase kene depends jgk time bile kte kawen.klu time ramai org buat kenduri time tu,aku rase lebihkan jemputan pn xpe.cth hari tu je ade 4kenduri,xsemua org dpt attend keempat2 majlis.so org yg xdpt dtg tu boleh dikaver ngn org lain.paham x?aku ni mempunyai masalah penulisan sket ;p

farahfatihah on March 11, 2010 at 4:41 PM said...

xora ada sesuatu tuk awak...g kat blog saya yer

Reen Tart Nenas on March 12, 2010 at 2:25 PM said...

Reen HR yg glamer... yeahhh i like ur statement!
mak aku ckp, kad kwen 500 ratut jer... so anggaran dtg 1000...
erk, adakah membantu? hehehe
aku rase, kenuri aku sok, kenkawan mk ayah aku jer yg ramai :)

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates