Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

23 March, 2010

Pandang Boleh, Tenung JANGAN!



Salam dan hai

Saya dah lama perhatikan sindrom ni. Satu sindrom yang semakin menular. Masih boleh diterima jika berlaku pada majlis pertunangan dan pertunangan. Tapi kalau terjadi selepas berbulan kedua-dua majlis selesai, itu agak ngeri.

Lokasi kejadian tiada sempadan. boleh jadi ditepi jalan, boleh jadi juga dikedai mamak.

Cuma baru-baru ini saje, seorang kawan berkongsi cerita tentang sindrom ini.

Dia pun terkena dan dia tergamam.

Sindrom apa??

Sindrom bila ada pihak yang pergi amik tangan kita, dan tenung cincin kita betul-betul. Tak kisah la cincin risik, tunang atau nikah.

Tapi akar ceritanya, melibatkan pergerakan tenung menenung pada cincin, dengan jarak mata pelaku dan cincin mangsa, amat dekat. Tak tau la kot itu cara nak tengok berapa karat cincin yang orang tu dapat ke apa ke..

Rasanya, rata-rata yang pernah buat majlis pertunangan, mesti akan hadapi situasi kurang selesa ini (atau mungkin pada saya aje dan mungkin ada pihak yang selesa dan tak kisah cincinnya ditenung bagai nak dimakan!)

Rasanya, kalau masa majlis, amat normal la kalau orang nak lihat. Tapi kalau selepas berbulan-bulan majlis, saya rasa macam ngeri gak kalau tetiba perbualan dimulakan "nak tengok cincin ko?", ketika sedang makan chicken chop kat kedai.

Perasaan aneh itu muncul.

Pehal la ni??!

Tapi bila fikir-fikir, rasanya saya pun pernah buat macam tu gak. Rasanya kat Laling kot, masa lepas dia tunang. Tapi rasanya, takde la ditala cincin tu betul-betul kat anak mata. Takde kan Laling aku buat cam tu?? Ke ada?

Tak tau la kot tenungan saya bagai harimau melihat mangsanya? atau sekadar renungan penuh kekaguman? Iye la, kadang-kadang, kena la juga tengok pasal kang si penerima rasa cam takde istimewa lak bila tiada siapa berminat nak tengok cincin dia?

Paling kalau saya nak sangat tengok pun, mungkin saya curi-curi pandang sahaja kot.

Entah, ke saya sorang aje rasa tak selesa cam tu?

Syukur, kawan-kawan paling rapat dengan saya, selepas majlis tunang saya pun, mereka langsung tak berminat nak tengok. Sekadar bertanya apa berlaku kat majlis. Itu aje. Takde pulak mereka beria berkumpul nak tengok cincin saya. Sekadar amik tau perjalanan majlis tunang memandangkan mereka tiada dalam majlis tu. Selebihnya, mereka lebih berminat apa yang boleh mereka tolong dalam majlis nikah dan sanding saya.



Macam yang Fieza pernah kata "Aku tak berminat nak tengok, banding-bandingkan. Aku lebih berminat nak tau apa yang aku boleh tolong kau"


Terima kasih, ladies :D Korang memang tau apa yang aku lebih selesa dan apa yang tidak.

Oh, tapi.. jika lensa camera abang OP yang merenung ke cincin ini, oh silakan ya.. harus ada gambar cincin dalam album!! :P

23 March 2010




9 comments:

ashekeyn on March 23, 2010 at 3:35 PM said...

xpenah lak experience camtu skali..
kalu ade pun, membe just belek2 sket je..tak pun puji dari jarak jauh..haha
maybe sbb sy ni garang sket kot..
org xbrani nk lebih2.. :P

mama affan on March 23, 2010 at 5:15 PM said...

kalau yg tanya cam 2..sah mulut kepoh..huhu..biasa kawan2 kalau citer pun xde pasal cincin berapa rege..atau beli mana..atau hantaran berapa ringgit..yg pntg tntg persiapan..yg seronok dan tidak privacy utk dikongsi..tp bila ada suara sumbang bertanya..mmg x best la..kalau kawan rapat2 sgt..mgkin nak tau..tp kalau yg jarang2 jumpa atau sekali sekala tegur pastu nyendeng2 tanya nak tgk cincin berapa carat..pang baru tau..haha..

Wanie on March 23, 2010 at 7:38 PM said...

penah kena ngan opis mate.
tp cincin merisik je.
dia siap kate nape x mintak cincin belah rotan?
mengikut dia,cincin belah rotan emas lagi berkualiti n mahal.
geram giler ms tuh.
sesuka hati komen cincin org.

ops..hi,sy wanie.first time comment. :)

Xora said...

Keyn: wah garang orgnya kamu ni rupanya :P

Ryna: kena pang sekali dua juga baru mereka sedar!!

Wanie: kamu pang dia tak cam Ryna bagi idea??:P

sri seri on March 24, 2010 at 8:20 AM said...

xora....saya sgt suka baca blog awak tau...tiap2 ari saya mesti buka blog awak...saya ingat nk jemput awak masa majlis saya nanti...teringin nk jumpa awk...he..he :)

sri seri on March 24, 2010 at 8:22 AM said...

saya sgt suka baca blog awak Xora..tiap2 ari saya akan buka blog awk...suka sgt bca cerita2 awk.klu blh saya nk jemput awak masa majlis saya nanti...cam teringin nk jumpa awk...he..he :)

Xora said...

seri, that's sssoooo sweeet! :D thanks :D hihih.. kalau dijemput dan tiada halangan, insyaAllah muncul la tadaaaa cik xora di majlis tu :D

sri seri on March 24, 2010 at 4:13 PM said...

ok...ok....nanti saya bagi kad saya kat awk ek...cuma umah saya di batu pahat, johor...hu...hu..

Xora said...

kampung saya kat Muar! kalau balik kampung masa tu, mungkin boleh gak. tapi tak tau balik ke idak :P takpe, if tak dapat ke majlis kamu, mungkin kamu lak ke majlis saya insyaAllah :D

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates