Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

05 March, 2010

Rezeki Orang Nak Kawin!!



Salam dan hai.

Saya masih kat opis dan saya terus tak boleh buat kerja dah!

Semuanya pasal desas desus pasal bonus. Bila kami tanya Finance, diorang minta refer kat HR. HR memang semua pakat tutup mulut. Jadi kami memang terkontang kanting :P

"Kalau ia, katakan ia. Tidak la aku ternanti-nanti"

Dalam 4.30pm, terima email dari HR, bagitau bonus masuk. Saya tak harapkan banyak pun pasal rata-rata kami fikir, pasal kerajaan tak dapat bonus, jadi kami kira, mungkin agensi yang terlibat dengan kerajaan pun, tak dapat. Jadi dapat setengah bulan, pun dah syukur sangat.

Jadi buka la internal nye website. Sampai menggigil la nak tekan keyboard.

Salah pulak password. Kena key in lagi sekali.


Dan...

RASA CAM NAK SUJUD SYUKUR!!!

Alhamdulillah sangat-sangat :D

Baru la saya merasa, rezeki orang nak kawin ni macam mana :) Hari tu dapat yg ex-gratia, skrang dapat bonus pula.

Dari 95.1%, akhirnya sudah cukup dalam 100% dan ada simpanan tambahan Alhamdulillah :D.



Jadi dengan ini, saya dengan rasminya, akan buang dah ticker tabung saya, pasal sudah mencapai objektifnya :D Tapi saya nak kekalkan post ni, sebagai tanda azam dan semangat pada B2B yang lain. Ini juge adalah tanda kenangan untuk diri saya. Mana ada kemahuan, disitu ada jalan (bukan highway cam cite Adnan Sempit tu ok).

Jadi B2B, mari kumpul duit! Sikit-sikit, lama-lama akan jadi cukup. Kawal-kawal nafsu nak shopping dan segala apa yang tak perlu. Bezakan keperluan dan kemahuan. Kalau ada cara nak dapatkan duit lebih, buat. Ikhtiar.

Sekarang, cuma tinggal babat-babat jahat tu aje, ticker tu belum agresif! Saya akan masuk gym dengan lebih giat!

Sepanjang perjalanan balik, saya senyum lebar. Kali terakhir saya senyum lebar camni, masa saya dapat tau boss saya takde seminggu :P

Masa singgah petrol pam, rasa cam nak belanja semorang isi minyak tadi ahaha.. bengong betul.

p.s : Ibzani Amri, kalau Ib baca post ni, sila bagitau bila mahu pulang ke kampung halaman. Ada janji yang perlu kita kotakan! :D


5 March 2010

13 comments:

mama affan on March 5, 2010 at 5:06 PM said...

syukurlah..keje baik, niat baik mmg Allah permudahkan..lebih simpan lagi..huhu..

anggun on March 5, 2010 at 5:23 PM said...

wey, ko sepantas kilat update! yeay yeay kawennnnnnnnnnnnn

farahfatihah on March 5, 2010 at 5:38 PM said...

wahhh betul2 rezeki nih!!! alhamdulillah..

hana yoriee on March 5, 2010 at 5:51 PM said...

bestnye dapat bonus!! hopefully kita pun dpt rezeki nak kawen mcm xora.hehe..kena gigih usaha nih..

Xora said...

Ryna: alhamdulillah :) baik, saya akan giat menyimpan.

Anggun: bukan ko ke hantar emel tulisan merah besar gila kata, "MAKCIK KAYOOOO"

Farah dan Hana: Alhamdulillah. kita sama-sama usaha!

Ms ALiN-D on March 5, 2010 at 8:29 PM said...

tahniah ye xora..alhamdulillah..doakan saya juge dpt bonus..tgh menanti gak nie.. :)

Dina Halim Bridal Boutique on March 5, 2010 at 9:16 PM said...

Salam Xora,

Tahniah, sebab dapat simpanan yang mencukupi sebeum hari bahagia menjelang.. semoga apa yang Xora rancang akan berjalan dengan lancar..

:)

Anonymous said...

xora....
sedapnya dapat bonus time duit dah cam waterfall neh.
rezeki orang kawen.

kita maseh menanti claim jaga SPM...HAHAHHAHHAH.

sk on March 6, 2010 at 12:59 AM said...

alhamdulillahhhh...

lawak gila bila u kata nk belanja sume org isi minyak tu. hahahha..

semoga terus dimurahkan rezki.. :)

cik fiza on March 7, 2010 at 9:19 AM said...

Alhamdulillah rezeki Allah siapa tahu kan... :D

Xora said...

Alin, K.Dina, Hani, SK- terima kasih semua utk doa korang :D

Fakhariah said...

salam..xora..Alhamdulillah..selamat sudah majlis sya..sya doakan bakal2 pengantin all the best..

ibz said...

iza... After how many months bru kte sedar ade,post ni.. So,sorry!! (my bad indeed) hehhe.. Owh jnji dah dikota! Many thanks :) moga murah lg rezki kamu!

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates