Salam dan hai
Geram sebenarnya dengan kamera kesayangan ni. Saat-saat ada majlis, masa tu la dia nak buat perangai :( Huhu, banyak gambar tak cantik hari ni pasal lensa tak sharp. Tak tau ngapa. Nanti la nak hantar servis.
Kami dapat jemputan 28 Mac. Majlisnya teramat la dekat dari rumah saya dan D. Kurang 2 minit pun dah sampai :p Jemputan kawan sekolah kami berdua, Naufal Norowi.
Pasal majlis dekat, kami pun datang la dalam 12.00 tengah hari. Elok kami sampai, pengantin tengah berarak. Rupanya, ketibaan pengantin dalam 12.15. Saya suka betul ketibaan pengantin awal pasal dapat la jumpa pengantin lama sikit. Takde la pengantin terkejar-kejar nak buat outdoor ke apa ke.
Pengapit lelaki baju biru turqoise tu insyaAllah akan jadi pengapit kami juga. Sekurangnya, Hafiz dah ada pengalaman tentang tugas seorang pengapit :P Dia siap dah ada tisu yang kebetulannya warna sama pulak dengan warna baju dia! memang teruk la saya bahan dia :P, dan peka juga dengan kedudukan pengantin atas pelamin. Sampai masa gambar berkumpulan, dia bagitau saya yang tudung saya kemek :P Hafiz Habib, ko lulus ya :P Baju pun dah siap kan? :P Tinggal cari sampin.
Sebenarnya, saya agak terkejut dengan warna tema pengantin kali ni. Hitam Putih.
Ishh, jangan salah faham. Takde salah tema hitam putih, cuma saya tak pernah tengok di depan mata saya. Selalu tengok dalam gambar aje. Tapi saya sangat suka penggunaan hitam-putih dalam majlis ni pasal element warna tu tidak diterapkan untuk semua dekorasi majlis.
Pengapit pakai warna turqoise.
Pelaminnya takde hitam putih. Malah bunga telurnya warna pink
Family belah Naufal pun pakai warna pink ni. Malah bunga manggar pun cantik dengan warna pink dan kuning.
Cuma tempat makan beradap aje element ni diterap.
Jadi kombinasi warna yang digunakan, nampak cantik kat mata saya. Nak cari pengantin pun senang :D Bagusnya, masih ada warna lain yang diterap minimum. Cantik hasilnya :D
Majlis ni dibuat rewang. Bagus betul komuniti kawasan rumah Naufal. Siapa kata duduk dibandar sudah hilang semangat komunitinya. Jamuan dibuat secara gotong royong dari penyedian menu, ke mengemas meja, bagi buah tangan dan macam-macam lagi, semuanya dibuat oleh ahli komuniti. Tanpa itu semua, komuniti di sini tetap jalankan tugas mereka dengan rancak.
Lauk pengantin memang masak gotong royong dari 3 pagi sebelum majlis. Saya tau ni pasal makcik sebelah saya bergosip. Siap dia cerita kat saya, lembu tumbang seekor untuk majlis ni. Teet, saya sudah dapat merasa element Cik Joyah disitu, jadi saya cuma angguk aje la.. Kemudian beredar dalam keadaan tak disedari ketika makcik tu bercerita dengan makcik depan tu, tentang berapa ekor lembu pulak kawan dia akan tumbangkan.. Haish!
Oh ya, makanan majlis amat sedap!!! Saya rasa, ada la 3 kali saya tambah ayam goreng :P Lauk nye amat mudah, nasi putih, ada lauk udang, lembu, ayam goreng dan ulam-ulam. Siap ada budu dan sambal belacan. Kemudian kat meja-meja diletak acar buah. Kombinasi yang mudah tapi memang sedap sangat lauknya sampai D dah bagi signal supaya saya jaga diet :P
Pasal kami cuma ada 1 majlis, jadi saya dan D pun pakat lepak sampai habis. Iye la, kami perasan dah banyak majlis, kami cuma sempat datang makan, jumpa pengantin dan berkejar ke majlis lain. Rasa cam tak sedap pula tak tunggu pengantin. Bukan hari-hari pun dan bukannya nak kejar masa pun. Jadi kami tunggu sampai pengantin dah siap buat "royal walk" dan masuk ke rumah.
Jadi masa ni la kami bergambar ramai-ramai.
Sian pengapit kena buli pasal dia masih single.
Jadi masa ni la kami bergambar ramai-ramai.
Sian pengapit kena buli pasal dia masih single.
Tapi pada saat genting ini la, kamera saya buat hal!! Sayang, banyak gambar tak jadi pasal kamera saya tetiba tak dapat nak fokus zoo. Habis semua gambar kabur. Kalau bandingkan gambar atas dengan gambar kat bawah ni, memang la ketara kabur :( Tapi takpe la, asal ada.
Tapi apa-apa pun, saya rasa seronok gi majlis ni pasal ramai kenalan dari sekolah :D jadi mudah nak bawa diri.
Tahniah Naufal! (ceh! macam la ko baca blog aku :P)
29 Mac 2010
8 comments:
hitam putih cntik jugaa... tp bila fikir balik nti pas kawin menyesal plak..putih saje x pe lagi..
adik ryna plan kawen dia nak buat tema htm putih..penah tgk hantaran dan bunga telur..nampak eksklusif..huhu..
cantek kalau kena gayanya..
hehehe..selalu lauk org sebut daging..cumel je xora guna 'lembu' haha..specific betul..
saya juga gunakan tema itam..tp itam n oren..hu..hu..cam menarik je..:D
Riena: pengantin skrang makin berani ekperimentasi dgn warna :D
Ryna: Yup, nak nye kalau telur itik putih gila tu, bunga telur hitam. cantik sangat!
Kecil: hahaha.. saya pernah bergaduh dgn org kedai pasal saya tanya, ni apa, dia kata daging. saya kata la daging apa, dia kata daging la.. hahah.. pasal tak sedar, yg semorang kecuali saya, dah faham yg definasi daging tu akan merujuk pada daging lembu :P rasa cam tak terang kalau guna istilah daging aje :P
Seri: mesti naik warnanya! :D gud luck ya!
xora : thanks...moga begitu la harapnya...majlis saya nanti simple je..wat kat umah dan pakai gotong royong...nanti saya akan hantar kad pada kamu ya xora...:)
sebut2 pasal hitam2 ni...terasa i tau...~~ huhii.. ;p
Seri: dear, thanks!! saya belum berpeluang nak datang majlis kawin B2B yg lain. ada aje halangan :(
Keyn: hitam2 pun, dipandang semakin manis :)
Post a Comment