Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

03 March, 2010

Ini kah Namanya Cinta?



Salam dan hai

Semalam, dengar topik kat radio, HotFM rasanya-- tentang petanda kita sudah jatuh cinta.
Oh abang kacak.. Merry me!

Pasal saya tengah drive dan baki credit handset cuma dapat beli ais krim malaysia aje, jadi saya pun dengar aje la DJ bacakan orang-orang yang SMS dan telefon, kongsi cerita diorang. Ada yang bila jumpa rasa benci, tapi bila tak nampak orangnya, terus la winddu.. Ada yang bila dia jumpa si dia, mula la jadi gadis kampung yang main sorok-sorok belakang langsir dan tunggu dipinang.

Jangan terkejut ha aku dah praktis pose cam ni dari dulu lagi. warm up, nanti pose kahwin dah senang :P OP tak pening kepala.

Saya teringat dulu, masa mula-mula tengah 'adjust-adjust' D, saya suka sangat hantar forward sms kat dia. Ala sms yang jenis disusun-susun abjad, tetiba jadi bentuk teddy bear la, bentuk hati la, bentuk muka orang tengah kelip mata la. Tapi zaman skrang ni dah tak main SMS forward-forward ni lagi. Jadi kiranya, kalau nasib baik, D akan reply tanya kabar. Kalau nasib tak berapa baik, D akan forward sms lain pulak. Jadi perbualan mati kat situ aje la. Iye lah, takkan sehari nak dok forward-forward SMS teddy bear aje.

Dulu, kalau dapat sms dari D, punya la suka. Confirm tak delete. Simpan, gaya cam nak jadikan pekasam aje!Kemudian, sorok-sorok bawah selimut, baca SMS-SMS dia. Sorok pasal malu la kalau budak-budak bilik tau. Bila bosan-bosan, baca balik SMS dia minggu lepas (pasal dulu kawan, jadi SMS tu amat la jarang dihantar)

Kalau dah tahap rindu sangat, suka gak la pakai strategi tersalah hantar SMS. Konon-konon, hantar SMS tanya 'kelas kat mana, beb?'. Send kat D, kemudian cepat-cepat tulis SMS baru bagitau tersalah hantar. Tapi biasanya D cuma kata "Ok takpe". So tak dapat la nak SMS-SMS lagi.

Tapi tu dulu. Masa zaman universiti. Masa kami sekadar kawan aje. Dulu, SMS ni memang nadi la. Pasal dulu mana ada broadband semudah dan sepantas sekrang.

Bila dah upgrade dari kawan jadi couple, ha, hampir juge la saya jadi penunggu telefon awam bawah kolej tu. Kadang-kadang, kagum gak dengan kemampuan saya borak sambil membersihkan pondok telefon tu dalam separa sedar.

Tapi saya kira, mana-mana hubungan pun mesti ada pasang surutnya. Kalau dulu, dapat SMS D punye la lebar saya senyum, Pasal dulu handset mana boleh assign tone sapa-sapa untuk SMS atau call. Senada aje ha bunyi dia. Jadi rasa excited sikit nak tau siapa yang hantar. Jadi bila D yang SMS, senyum saya kalah kucing kat cite Alice in the Wonderland ni (Nak tengok cite ni dalam 3D la!)



Tapi skrang, cuma dengar ringtone dah tau dia SMS. Jadi takde dah rasa teruja tu.

Tapi saya tetap sayangkan dia, masih macam dulu. Cuma keterujaan ni dah disalurkan ke arah lain. Teruja bila dia datang rumah jemput saya keluar. Teruja nak beli persiapan majlis kami. Teruja nak bina keluarga bersama nanti InsyaAllah.

Cuma kadang-kadang teringat gak la masa mula-mula bercinta dengan dia. Standard nak keluar dating, habis baju sealmari saya keluarkan. Panik-panik tanpa sebab, sedangkan dia bukan perasan pun baju saya kaler apa. Masa tu, pakai eyeshadow pink, dah rasa diri cam Britney Spears betul.

Masa student, duit pun takde la banyak cam waktu dah kerja. Jadi nak keluar dating pun, kena cari tempat-tempat ilmiah dan takde melibatkan pertukaran wang yang besar sangat.

cam Eyes on Malaysia ni


Aquaria KLCC


Sampai ke Zoo Negara pun kami pernah pergi semata-mata nak dating.


Memerang pun tabur minat kat akak.. Kelas gitu!! D jumpa saya pun tak riang macam ni.


Kadang-kadang aktiviti ilmiah, diselang seli dengan sukan, macam main bowling. Biar masuk longkang, asal kalah bergaya~


Cuma kalau nasib ada rezeki lebih, jauh la sikit berjalan. GI piknik tepi pantai ke kan.

tangan aku pun dah cam jantan dah ha :(

Kadang-kadang, bila perasan diri kaya, mula la gi minum kat kedai-kedai kopi ni (Sekali hirup, tak mahu sudah aku ke Starbuck. Mungkin memang tersurat, tiada jodoh antara aku dan kopi . Apa juga jenis dan jenama kopi!)


Tapi bila memang takde duit lebih, aktiviti paling mudah dan murah pun dapat mengeratkan kami.

Seperti memberi ikan makan karipap, di tasik Bukit Jalil.


Memetik bunga di taman..


Sampai la pakat belajar berkumpulan :p walau kursus dan universiti lain-lain :P Motif?? Dating la, pastinya!


Kadang-kadang, saya suka tengok transformasi gaya hidup kami dari mula couple masa zaman student, sampai la zaman dah kerja ni. Perubahan dari segi aktiviti, penglibatan, persefahaman kami, semuanya berubah sedikit demi sedikit.

Jadi saya kira, dalam hidup ni pun, semua perkara akan ada frasa tertentu. Walau pun debaran dan keterujaan saya masa dapat SMS dolu-dolu, sudah tak terasa seperti sekarang, tapi saya percaya cinta itu masih sama.

Cinta kami masih sama :D

Walau ada pasang dan surutnya, tapi getar itu masih sama :D

Korang ingat lagi tak, petanda-petanda masa korang mula-mula jatuh cinta?

3 March 2010

10 comments:

mama affan on March 3, 2010 at 9:12 AM said...

cinta ryna n en.fika diselubungi kabus genting highlands..sejuk dan nyaman..walau jarak memisahkan..alhamdulillah x jadi penghalang utk kami bersatu..kami bercinta dan lebih saling mengenali slps kawen..mgkin dah jodoh kami macam 2..tp cinta kami ttp indah..wah..jgn muntah xora..haha..

zielalala... on March 3, 2010 at 9:22 AM said...

sy dan tunang bermula dgn kawan baik.pastu musuh setahun lebih tak bercakap..tp ntahla mungkin dh jodoh sy ditukarkan balik kt sni..1 opis..mula2 sy xnk bercakap ngn dia tp lama2 lemah gak kn..hehe

xi da ya on March 3, 2010 at 10:10 AM said...

alalalala..suwitnye kisah cinta..
mase zaman dl2 tu lebih kurang la ngan saya bercinta ngan bf sy skrg..
hope jadi cm akak la,smpi ke jinjang pelamin..
:)

Anonymous said...

nape tah..rasa mcm terharu sorg2 baca kisah ni.. =)) i pray hard u n d will be together happily smpai syurga.

cik fiza on March 3, 2010 at 2:45 PM said...

ci Xora, sy dedicate kn lagu Sampai Syurga by Faizal Tahir untuk Cik Xora dan D... smoga bahagia dan ceria slalu... :D

Sabby on March 3, 2010 at 2:52 PM said...

comel nya xora!! :) sangat betul segala part sms2 tuh... siap simpan sms dr tahun lepas tuuu sampi la inbox full...

penah dulu..sanggup tau salin sms dalam buku note..pastu biler gadoh2, baca smula..then gelak2..hihih

but then..tu cerita lama..kisah lama..

so suweeettt biler baca kisah xora yg melalui segala frasa tu bersama2 D...will pray for ur happiness dear!!

Unknown on March 3, 2010 at 4:27 PM said...

cinta kami bermula di internet.. alhamdulillah kami dh bertunang dan akan berkahwin tak lame lagi

Mrs.Qarlista on March 3, 2010 at 7:38 PM said...

xora..memang style amik gambar sipi-sipi ehhh..ngade tau..hehe..

i love the part yang xora tulis pasal sengaje tersalah hantar msg tu. so typicallah. bukan nad sorang je yg buat rupenye. wahhh. malu!

hehe.

Xora said...

Ryna: wah, giler best cinta genting highlands! takpe, tak muntah. post ni mmg utk luahan cinta bersama :)

Ziela: wah, ni dalam hati ada cinta ni!! main tarik tali dah ha :P

Xi da ya: InsyaAllah, kalau ada jodoh, tak ke mana. Doakan akak ye :)

Anony: post ni sebenarnya sekadar mengisi aje pasal takde topik baru :p x sangka lak kamu terharu .. mekacih!

Cik Fiza: dedicate dan sila nyanyikan bersama saya :p..!! Thanks

Sabby: erk!!! alamak! saya pun buat cam tu dulu! serius, tulis sms dia dalam buku nota!! ahaha.. wah bukan saya sorang aje buat cam tu rupanya :P

M.D S: wah cinta internet yang sejati :) bagus2.

Nad: nyampah tak nyampah tak?? ekeke.. Oooo, kamu pun suka2 ye TERsalah htr msg :P

Unknown on March 6, 2010 at 1:38 PM said...

waaa..join the group tulis sms dlm buku..kahkah..sbb inbox full nye pasal..nk delete..syg giler sbb xkan dpt sms yg same lg..huhu..tp tu cite zmn sklh..
erm..now..we start as chat frens..ntah camne slalu sgt chat..tetibe die pggl i syg..(btol ke ni)..then lame2..trs tuka name pgglan dr sy-awk to b-ayg..plan to engage and married this yr..insyaAllah minta semuanye berjln lancar..huhu..so ur blog give me inspiration..

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates