Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

07 February, 2010

Tangkapan Hujung Minggu II




Salam dan hai

Semalam sudah selesai satu frasa tentang baju nikah.

Hari ni, pagi-pagi lagi sudah ke studio bakal jurumekap saya. Saya selalu tengok hasil kerja dia dalam majalah jadi saya rasa, saya boleh terima mekap dia. Saya nye polisi, tak mahu muka saya berubah terlalu drastik. Cukup tutup lebam bawah mata dan bawa sedikit warna pada muka. Kemudian, mekap kena tahan lama.

Dalam 7.45, D menjadi peneman yang setia bawa saya ke studio Puan ni. Senang sangat nak cari berdasarkan peta yang dia letak kat fotopages dia.

Maka, dengan jalan takde jam, sampai dalam 8.15 pagi. Terus call dia. Dia terperanjat pasal dia ingatkan tak jadi. Biasanya, client akan call dia malam sebelumnya. Tapi pasal saya ni fikir, kalau tak jadi baru saya akan maklumkan, jadi pasal jadi, saya takde la hubungi dia hehehe :P Ada misscommunication pulak :P Nasib dia dah bangun.

Terus naik ke studio dia.

First time jumpa, alahai keciknya orangnya. Dalam gambar nampak cam besar dan tinggi. Tapi rupanya, kecik molek. Comel sangat. Saya rasa cam saya ni giant aje sebelah dia :( Orangnya ramah sangat. Rasa cam dah lama kenal dia :D

Lepas ice breaking, terus saya duduk di kerusi untuk menerima make over dengan rela!! Saya pilih untuk mekap masa nikah pasal saya nak tengok kelembutan yang dia boleh hasilkan. (Sebenarnya ada wedding tengah hari ni, jadi takmo la tayang muka mekap tebal!) Lagipun saya nak tengok berapa lama mekap nikah dia boleh bertahan memandangkan biasanya mekap nikah tak setebal mekap masa sanding.

Nota: sorry ye, post ni saya tak letak gambar saya pasal saya tak mo letak gambar saya terlalu banyak sebelum majlis (gambar pre wedding tu aje la gambar saya :P)

Ini saya, merenung masa hadapan saya tanpa mekap.. Haiishhh.. Kemudian kena tukar kerusi pasal saya tinggi sangat. Kesian puan mekap kena dongak :P


Puan mekap mengeluarkan berus-berus dan span ajaib beliau! Sila jadikan saya bermaya! Dapat maya cam Maya Karin adalah bonus!


Gambar ni diambil masa D bosan tahap gila. Tapi kena kerah amik gambar dan video juga. Pengalaman pertama kena mekap, kena la rakam.


Saya nye aim hari ni, takmo dia mekap sama cam saya mekap diri sendiri. TU aje saya nye objektif.

Sebenarnya, saya risau gak, pasal bila dah selalu mekap, takut tak nampak beza pada hari besar tu nanti. Takut juga mekap dia tiada beza dengan saya :P

Tapi saya diam aje. Saya mahu dia mekap tanpa sebarang tekanan. Tanpa saya minta lebih kan atau kurangkan apa-apa. Pasal saya tau, saya pun ada kecenderungan untuk minta itu ini. Tapi apa yang saya minta tu nanti, adalah berdasarkan apa yang saya tengok kat majalah dan mungkin tak sesuai dengan diri saya. Maka tindakan saya: Diam dan diam. Percayakan vendor (sesuatu yang amat payah dilakukan tapi kena belajar) dan biarkan mereka buat kerja mereka.

Lebih kurang sejam, baru semuanya siap. Hasilnya= saya puas ati :D

Muka saya tak berubah sangat, cuma dah nampak tulang pipi bila senyum dan gelak. Kulit memang nampak licin la dan muka saya tak bulat sangat. Paling best, bulu mata palsu yeay!! Saya tak sangka dapat lak bulu mata palsu. Ingatkan apa yang sejuk diletak kat mata tu, eyeliner. Tapi bila D kata "cam ROzita Che Wan", saya jadi over excited nak buka mata tapi takleh pasal gam belum kering.

Lepas tunggu lama sikit, baru dibenarkan buka mata -- saya sangat happy!!

Puan mekap kena ke Nilai pasal ada majlis lain. Jadi saya terus bayar untuk trial tadi dan letak deposit. Pasal saya tiada budget untuk 2 juru mekap berlainan, saya satukan aje untuk seorang. Kena ikut budget saya. Maka nikah dan sanding, dua-dua saya amik dia.

Walau nak sangat tunjuk hasil mekap trial, tapi saya sebolehnya takmo orang tau sangat rupa saya. Lebih mudah begitu.

Sepanjang perjalanan balik tu, saya asyik tanya D, cantik tak cantik tak cantik tak!! D penat layan kerenah saya. Tetiba, saya jadi camera saiko giler. Dah lama tak buat perangai cam tu. Setiap sudut saya nak amik gambar. Bila bateri camera habis, saya pakai pulak handset D amik gambar saya.

Bila saya sampai rumah, ibu saya jadi excited sangat (jadi, korang tau la dari mana sifat excited saya perolehi) dan dia suka sangat. Adik saya pun suka. Asyik pandang aje muka saya. Tapi ayah saya kata "Lagi cam muka orang sebelum mekap". Ayah memang takde emosi sangat dalam hal camni, jadi dia bias. Kita keluarkan vote dia!

Pada pendapat saya, ada bagus kita buat trial untuk mekap. Sangat bagus, untuk tengok komunikasi juru mekap camne dan hasil mekap camne. Memang la kena keluarkan duit sikit (banyak la gak, tengok pada bayaran mereka), tapi biarlah berbaloi dan kamu selesa dengan mekap tu. Sedangkan baju pun kita fitting berkali-kali, apa salahnya mekap, buat trial sekali pun dah cukup bagus.

Kalau kamu ada rezeki, mungkin boleh guna waktu masa pameran pengantin ke atau masa ekspo atau pameran ke. Biasanya, bayaran masa tu lebih murah daripada kamu datang ke studio mereka. Kena pandai-pandai cari peluang tau.

Anggap aje ni pelaburan sikit. Boleh kamu tengok berapa lama mekap dia dapat bertahan, kan?


Selamat menconteng muka!

UPDATE: Laling kata saya tak patut tulis byk2 tapi tak letak gambar. kesian kawan2 B2B yang lain. Jadi demi Laling dan B2B lain, saya letak gambar lepas makeover, tapi separuh aje la muka saya :P Ni tanpa editing adobe dan hanya makeover semata. Mungkin pada hari majlis nanti nak request Puan mekap merahkan sikit lipstik saya. Sangat suka tang kening pasal tak perlu cukur dan tak banyak sangat shading pasal tak suka shading sangat.



p.s email saya kalau nak tau siapa juru mekap saya. Nanti saya bagitau :D



7 Februari 2010

8 comments:

harzharun on February 7, 2010 at 1:15 PM said...

sebenarnya ka, bila kita dah tau cantik, main la kita nak tny kan..hahaha....

:: Lya Zara :: on February 7, 2010 at 2:15 PM said...

kalau tak silap gaye bertudung nye tuh...MUA awak neh N...N kan?hehehe...takalu tak silap la....
sy penah nak amek die...service makeup bley diterime...tp byaran pejalanan tak mampu...sy dok kat perak..perjalanan lg mahal dr service..untung awk dpt chup die!

laling on February 7, 2010 at 3:29 PM said...

laling...mana gmbr lepas make overnye...nk tgk nk tgk...hihihi

Xora said...

Harz: Kamu memang amat bijak!! :D

Liya:Pangkalnye sudah betul dan rasanya awak betul :P Awak hebat!!.. Saya harap pilihan saya betul. Ngeri gak pasal kita first time deal dengan dia. Tapi redha aje la :P

Laling: Esok, first thing aku akan buat adalah email ko gambar tu nanti ye? muahks!

Anonymous said...

xora..sblh pon da nampk cantik!! sukenye!!!

:: Princess Violet :: on February 10, 2010 at 1:29 PM said...

canteknyerrrrrrrrrrrr

Anonymous said...

Salam kak..(akak ke adik ni..hehe)..leh tak naktau spe yg makeupkan tu..saya pun tgh cari2 jurusolek yg sesuai..tu yang jalan2 masuk blog..tp blog sndri mmg xda..hehe..ape pun blog ni byk mmbantu..:)

Xora said...

Anony, emel saya ye? nnt sya bagitau :D

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates