Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

28 February, 2010

Majlis Siti Salwani Samat


Salam dan hai

Wani ni kawan kecik-kecik Nailah. Nailah ni kawan opis saya. Kiranya, mutual friends sudah bila Nailah kenalkan Wani dengan saya :p Walau memang jarang jumpa, tapi sempat gak la kami gi Piknik sama-sama kat Tanjung Bidara dengan Chika dan Nailah dolu-dolu. Best sangat masa tu! Menari bak Para-para Sakura sambil diketuai oleh Chika



Semalam, majlis kenduri belah dia. Jadi saya memang nak datang pasal memang ada kelapangan.

Kad dia cantik! Warna soft pink :)


Tapi kad saya dah tak tau letak kat mana jadi saya pinjam kad Chika yang tak dapat datang :P


Ni main entrance khemah majlis. Masa kami tiba ni, tetamu dah ramai sangat. Parents Wani duduk betul-betul di main entrance, jadi senang la nak kenal.


Tema majlis coklat dan soft pink! Suka, kombinasi warna ni:)


Makanan, masyaAllah, sangat sedap. Daging masak kicap memang amat lembut daging nye.Tak liat langsung.


Sebenarnya, masa kami sampai, pengantin lelaki pun baru betul-betul sampai, kereta Honda park di depan kami. Tapi sampai kami selesai makan, pengantin lelaki belum berarak. Dalam 2 lebih gak la, baru dengar bunyi kompang.




Saya suka alunan kumpulan kompang ni! Sedap lagu-lagu yang diorang bawa. Baju pun, smart habis. Berbaju melayu, siap bersampin! Budak kat bawah ni sampai terangkat kaki berkompang! Ni kalau Datuk M.Daud Kilau nampak, makan hati!


Pakai snikers pun tak apa pasal lagu diorang sedap.


Pengantin masuk dalam rumah untuk tepung tawar. Masa nak gi ke rumah dia, sempat saya amik gambar tempat potong kek ni! Nyums!



Masa masuk, memang ramai sangat orang kat ruang tamu tu.



Jenuh gak nak tunggu pasal ramai nak tepung tawar mempelai.


Sorry, semua gambar saya jadi malap pasal camera cap ayam aje.




Cuma satu gambar ni aje yang jelas pasal dapat tempias flash dari camera man :P



Oh, sangat heart pelamin Wani!! Masa saya masuk rumah dia, memang dah bau wangi sangat. Mesti pasal pelamin ni! Tapi rupanya, pelamin ni bunga artificial, tapi serius nampak kembang dah segar macam bunga betul.



Oh ya, saya suka sangat baju Wani. Rasanya jubah moden, kainnya dan corak baju pun memang cantik betul kat mata saya :) Sangat suka! Sekurangnya lari dari standard tipikal baju pengantin yang mesti ada tempias kebaya indonesia.


Wani nampak cantik sangat. Dan ye., pengapit Wani bernama Nailah tu pun cantik (kita tau kamu mesti baca blog ni Nailah :P)

Tak sempat nak jumpa Wani pasal masa tu dah lewat gak. Kami ada jemputan lagi 1 malam hari yang sama, jadi kami pun balik untuk bersiap.

Oh, perkara mesti tunjuk--buah tangan!


Suka juga pasal banyak sangat dalam satu kotak! Sedap sedap!


Yang ni fav! sedap sangat, white coklat! Nak amik D nye, tapi dia tak kasi :P


Next post saya tulis pulak pasal wedding kawan sekolah kami, Irwan . Irwan ni ada darah-darah mamak jadi majlis dia pun, ada sikit-sikit tempias adat dan budaya mereka. Dan tak, takde orang ramai-ramai berpakat menari kareographer sama kat tengah-tengah pentas tu. Takpe, nanti saya cerita ye majlis beliau yang dibuat di menara PGRM.

Memang hujung minggu tak berasap dapur pasal asyik makan kenduri :P

UPDATE: Gambar pasangan, pun curik dari FB :p


Suka baju ni!! Semuanya cantik!


sangat suka pandangan mata Wani



27 Februari 2010

8 comments:

SyuhadaIsmail on March 1, 2010 at 12:40 AM said...

wah..ekselen!!..menarik sangat...warna dan tema memang kene dgn diorang...

mama affan on March 1, 2010 at 12:27 PM said...

suka sgn temanya ( pink la katakan..huhu.pastu combine ngan coklat mmg masyuk..)..cantik.pastu tgk kek n cup kek pun cantik..majlis yg sesuai sgt..

Cik Belle on March 2, 2010 at 11:05 AM said...

awak.. kite pon attend wedding wanie.. mesti time renjis merenjis tuh kite ade selisih kan.. sebab kite pon masuk dalam and tgk orang merenjis. huhu.

kecik betul dunia. =)

pelamin die cantek. doorgift pon best. cupcake die sungguh comel. =)

Anonymous said...

Cik Xora, nape kamu x tulis pon psl mata kita sama dgn mata kamu?..heheh.. :P

Cik Belle pon attend wedding wani? hrrm..kecik betul ye dunia ni.

me on March 8, 2010 at 9:03 PM said...

hi wak...

awk pun attend wedding wanie gak ke?
die tuh skool mate sek rendah saye..

nak tanye la..yg dlm video atas tuh chika eh? name btul ramziyah kan?
yg tuh mmbe skola teknik saye dulu...
punyela lame gle lost contact ngan die...ade contact no die x?
lame gle kitorg sume xjumpe die windu gle =)

Xora said...

Syu, Ryna: warna ni in juga kan kalau kena dgn cara :D Cantik, mmg cantik!

Cik Belle: mmg kecik ebtul dunia. saya pun nyelit2 dalam rumah dia :p

Anony: Adik, tak perlu sangat nak poyos!!!

Satria: saya dah bagitau Chika. dia sgt excited!

Alwanez on April 7, 2010 at 2:25 PM said...

segannye ade entry kite cik xora ;-) thank u attend wedding saye... semuanye serbe sederhane je, simple-simple blake.. jejak kasih pule kamu dan cik belle, chika dgn harizah.. :-D

ShiE J. on January 6, 2011 at 12:46 PM said...

hai xora! saya ni silent reader blog ni dah berbulan2.. mmg kecik sgt dunia nih, kan? sy baca SEMUA post yang ada.. & terkejut sgt tgk kwn2 skola awk ada yg satu sekolah dgn sy jugak. *sama mcm harizah - satria kelabu*

aritu baca post wedding intan syafinaz, xtergerak hati nak komen. tapi bila tgk chika ni, terus komen. tgk2 ada jugak ex-TIKL yg baca blog ni. :p

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates