Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

05 February, 2010

Biar la Seiring, Semeriah



Salam dan hai

Perbualan baru-baru ni:-

Kawan: Baju nikah kau buat kat mane?
Saya: Aku buat kat dot-dot-dot
Kawan: Ooh, kau buat baju apa?
Saya: Kebaya labuh kot.
Kawan: Kenapa kebaya? buat la baju kurung moden.
Saya: Badan aku tak sesuai kurung moden, nampak bahagian bawah besar sangat.
Kawan: Buat la nikah simple. Sanding nanti baru buat grand sikit.
Saya: Nak dua-dua grand, tak boleh ke?

*Terangkuh pasal geram. Harap Allah ampunkan saya*

Bukan apa, saya selalu pelik (atau mungkin saya tak faham kot cara orang), kenapa kena sanding tu perlu lebih daripada nikah, sedangkan yang wajibnya nikah. Selalu dengar, orang akan kata, 'Nikah buat simple aje, sanding nanti baru buat vogue-vogue sikit'

Tak salah. Saya tak kata salah sanding lagi meriah dari nikah. Sebab mungkin diri kita rasakan kelainan dan peredaran antara majlis nikah dan sanding kan? Lagipun, pernikahan ada upacara yang amat suci dan kesederhanaanya itu melengkapi kesucian tu.

Cuma untuk saya, takde silapnya kalau kedua-duanya meriah. Apa guna kalau meriah di majlis sanding tu dicari semata-mata untuk pujian dari tetamu yang ramai (iye la, nikah biasanya kita jemput sikit aje tetamu--mereka yang paling dan terapat dengan kita) dan niat nak tayang capaian material, apa ertinya? Kerana seringkali meriah tu dikaitkan dengan penampilan pengantin, aturan majlis dan sambutannya.

Kalau untuk kepuasan diri, saya memilih kalau diizinkan Allah dan ada rezeki, biarlah dua-dua majlis pun sama-sama meriah, sama-sama lancar dan selamat. Sebab kedua-duanya sama penting, sama diperlukan.

Saya tiada masalah bakal pengantin yang memilih untuk simple pada hari nikah dan sedikit meriah dari segi penampilan pada hari sanding. Cuma kalau saya memilih untuk meriah untuk kedua-dua majlis, pada paksi saya sendiri, patutnya tak de masalah juga kan? Sebab saya katakan pada paksi saya sendiri, kerana sebagaimana orang kata 'cantik' itu subjektif, begitu juga dengan 'simple'.

Jika orang lain siap berpelamin mini di rumah untuk upacara sarung cincin dan saya hanya di surau menyarung cincin, pun tak apa. Kerana itu yang saya pilih atas had kemampuan saya dan saya kukuh dengan pilihan saya.

Kita semua ada letakkan kelebihan pada perkara yang berbeza. Mungkin kita kurangkan pada pakaian, tapi lebihkan pada dekorasi pelamin. Ada yang lebihkan mekap, tapi kurangkan pada buah tangan.

Memang indah jika kita dapat mencari keseimbangan pada semuanya, tapi kita hanya la manusia biasa. Kita perlu sedar dengan sifat kemanusiaan masing-masing yang tetap ada hadnya dan batasnya.

Kesudahannya, semuanya berbalik pada pilihan masing-masing.

Jadi, biarkan aja saya dan kebaya labuh saya. Sudah pasti tak dapat tutup mulut orang dari tidak membandingkan majlis itu nanti tapi sekurangnya, saya pilih untuk membahagiakan diri saya sendiri dan tiada mulut manusia pun dapat rampas kebahagiaan tu dari saya tanpa izinNya.


* berangan ittew indah jika kena pada caranya*


Sumber: Daniel Zain Blogspot

Akak, kenapa baju ko sangat cantik???



5 Februari 2010




14 comments:

Riena on February 5, 2010 at 9:05 AM said...

baju nikah and sanding akak tu sangat cantik kan?

skrg saya mau cr butik or designer untuk baju sanding and malam berinai saya.. haihhh pening nk fikir nie..

zielalala... on February 5, 2010 at 9:15 AM said...

mmg annoying org cmni..sy pn sama..mmg sy sederhana..nikah di masjid insyaallah..xde pelamin2 mini bagai..baju nikah pn tailor biasa sy je yg jahit..hmm byk lg nk pkr cthnya OP dan door gift..

sya said...

saya juga amat2 suka dengan majlis nikah, perception saya, nikah amat amat amat personal, nikah lebih bermakna buat saya dari reception,saya lebih memikirkan tentang majlis nikah saya dari reception, reception seolah mahu meraikan tetamu, mungkin tetamu tak ramai, tapi, saya tetap mahu majlis nikah yang cantik, saya pernah terpk untuk hire photographer yang lebih mahal untuk nikah, tapi kalau baju dan makeup biarla yang simple tapi cantik.
cantik kan wedding DIL anwar ibrahim,mmg nampak sempurna, mungkin itu hadih buat beliau, sebab dari sekolah mmg parents sudah berpakat untuk satukan mereka, ah, respect pada yang setuju dengan pilihan keluarga

mama affan on February 5, 2010 at 10:38 AM said...

saya hari tu meriahkan kedua2nya..baju nikah beli kain yg ok..dan tempah walau mahal sket..tp saya puas hati..cukup lah utk saya kenang sepanjang hayat saya..insyaAllah..

xora, tidak salah berangan..sbb saya pun suka..lagi2 bila yg berangan jd kenyataan..( berangan yg tidak berapa melampau la..hehe..)

cik fiza on February 5, 2010 at 11:29 AM said...

dalam konteks ni rasanya ayat yang paling sesuai... ukur baju di badan sendiri... x kisah orang tu nk mcm mane asalkan dia berkemampuan... tu kn self satisfaction.. knape nk halang kepuasan diri orang lain kalau kita sendiri tak suka untuk dihalang kn.... untuk cik xora, biar apa orang kata, sy tau cik xora telah membuat pertimbangan yang jelas untuk majlis cik xora kn.... biar jadi kenangan paling indah dalam hidup ;) ambil yang positif, buang yang negatif jauh2 tau...

Moose on February 5, 2010 at 11:51 AM said...

i like majlis nikah more than sanding, sebab i'm not comfortable dengan ramai2 orang yang i tak kenal which tend to judge what you wear, how's your make-up yadda yadda. while during nikah, i can be myself, with ppl i know and loved.

Mummy H. on February 5, 2010 at 11:54 AM said...

true. i prefer to have a better nikah rather than reception.for me, nikah is very personal..ah pasal org tanye baju ape ke ape tuh, mmg biasa..some ppl they just know how to judge.

happy hunting!

Anonymous said...

org2 cam ni jeles sebenrnye..hehehe..

sy ade sorg kwn yg br kawen ckp

"KO TAKYAH NAK MEMBAZIR2 KWEN NI,WAT SIMPLE2 JERK.WATPE NK WAT MERIAH2..YG PENTING PAS KWEN.."

mybe betul ape yg die ckp,tp pd sy,t'pulang pd individu nk wat meriah or tak..dan sy sndiri pun,depends pd kemampuan sy..so,klu sy nk wat ala2 anak raja sekalipun,itu hak sy..

mls tau nk layan org2 camni..

Anonymous said...

org2 cam ni jeles sebenrnye..hehehe..

sy ade sorg kwn yg br kawen ckp

"KO TAKYAH NAK MEMBAZIR2 KWEN NI,WAT SIMPLE2 JERK.WATPE NK WAT MERIAH2..YG PENTING PAS KWEN.."

mybe betul ape yg die ckp,tp pd sy,t'pulang pd individu nk wat meriah or tak..dan sy sndiri pun,depends pd kemampuan sy..so,klu sy nk wat ala2 anak raja sekalipun,itu hak sy..

mls tau nk layan org2 camni..

Xora said...

Riena: Riena, kat blog B2B banyak yang dah ada senarai, siap compare price lagi. tapi kat blog saya takde. maybe Riena boleh lompat2 dan jmp blog yg dapat bantu kamu! Gud luck~

Ziela: Ikut budget masing2 kan?

Sya: Yup, nikah saya akan jemput mereka yg betul2 rapat sahaja. Wah kamu tau byk ye ttg DIL tu :D

Fik: berangan ittew amat indah :p

Moose n B&P: ting!! exactly!!

Ayu: utk org camni, seorang sahabat saya pernah kata " Jgn hiraukan ape depa cakap walaupun sesaat. Jgn buang masa ko dgn membuat analisis atau hypothesis atau mengaplikasikan teori-teori komunikasi hanya tuk memahami agenda mereka yg aku kategorikan sebagai “manusia takde hala tuju dan berhasad dengki”. Lebih baik ko pikir pasal agenda ko"

Mrs Kecik on February 5, 2010 at 6:09 PM said...

kita punya majlis..kita punya suka. tp bunyi2 tu mmg takleh nk buat apa. takpe..anggap sebagai ingatan. diorg bukannya dengki pon..cuma ingatkan. so, xde la rasa sakit hati.
nice blog. sy linkkan k..tq.

Anonymous said...

xora, leh wat sesi luahan perasaan kat sini tak?
:: motip-->sebab kat blog saya nanti org tu ada!::

sgt sedey bila org yg penh jadik besfren saya kat sekolah kata saya sgt gedik sbb buat blog pesiapan kawen!!!
dia n sominya.

biarlah saya nak buat apa yg saya suka!

*_*

harzharun on February 7, 2010 at 10:45 AM said...

dear....as for me, majlis ni hanya sekali...biarlah sekali dan kekal untuk selamanya....dan atas sbb sekali seumur hidup itu la, i sedaya upaya mahu buat yg terbaik...mengikut citarasa dan kemahuan i walaupun x semua yg kita nak boleh dpt...mebe mcm tu juga u...tp bila dah masuk bab ckp2 org, kata2 org, kadang kala bnda ni boleh buat kita stress kan....bukan nak menyombong or angkuh tp, plez support wat i do..selagi xmenyusah kan org n mbelakangkan agama..kan...apa2 pun xora, i think u dah masuk phase "stress dgn mcm2 hal" kan..gud luck!!
nak tumpang ckp dgn hanidiyu sket..dear, xpe la..kita buat apa yg kiat suke...u ramai geng tau kat sini...dun worry...

Xora said...

S.Kecil: thanks ya! tapi itu la, saya rasa, memang semorang nak yang terbaik untuk kita, cuma mungkin yang terbaik untuk kita bagi diorang tu, bkan la pilihan kita kan?

Hani: ellehh, mungkin dulu dia tak berpeluang kot? sebenarnya, tulis blog ni kita menulis ikut passion kita. kalau passion kita skrang adalah perkahwinan, maka itu la yang kita tulis. Kalau pasal music, itulah yang akan kita tulis. haiish!

Harz: tidak mahuuuuu frasa ittew :P tapi itu la, kadang2 yang tak rapat ni yang dok nyibuk. kawan2 yang rapat saya, semua bagi support dan pertolongan.. haiiisssh kali kedua

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates