Salam dan hai.
Terima kasih buat Yanie vs Manja, Ally Yana, Nina Mazda serta 3 lagi pengikut baru yang membaca secara invi dan tidak dapat dikesan :P Menggenapkan semuanya 120 orang.. terima kasih! :)
Mahu update ringkas saja hari ni. Terlalu penat ke KL naik komuter (naik LRT sebenarnya tapi saya tetap akan panggil semuanya komuter :P) pasal rasa beban sangat la kalau selalu turun ke KL naik kete. Dan-dan la duit parking aje dah tentu boleh buat belanja makan laksa 4 orang!
Destinasi pertama: Dah alang-alang ke Jalan TAR, terus ke kedai emas di Semua House. Tak berapa menerujakan saraf-saraf saya. Tapi boleh la bagi pengalaman kali pertama masuk ke kedai emas :P Tapi rasanya, nanti beli, nak minta ayah D ikut untuk dealkan harga.
Destinasi kedua: Ke vendor baju sanding. Bincang semula tentang warna baju dan rekaan. Ada perubahan sikit pada warna. Minta pendapat tentang pelamin. Amik ukuran dan bayar duit deposit. Fitting nun di bulan 9. Tapi boleh datang kedai tengok progress baju.
Destinasi ketiga: Beli telekung, tudung, brooch dan sejadah untuk hantaran dari pihak D pada saya. Maka dengan ini, sudah selesai tiga dulang. Cuma tinggal clutch aje. Sireh junjung, mas kawin+barang kemas, dan manisan boleh selesai di akhir-akhir nanti.
Destinasi keempat: Makan laksa kat pasar siang kat jalan TAR tu.
Destinasi lima: Salah station komuter, jadi kena lintas seberang jalan lagi sekali.
Destinasi enam: Kena pau (rasa cam bukan la kena pukau pun tapi masa tu malas nak fikir pasal tengah penat sangat, jadi bagi aje la pasal kesian) RM10 dengan seorang pakcik yang kononnya nak balik johor tapi perlukan RM8.80 (ni nombor ekor ke apa?). Konon takde tambang. Lantak ko lak pakcik, aku bagi aje. Bukan pasal aku takut, tapi aku malas nak layan ko pasal aku penat. Ko tipu, ko la yang kena jawab nanti.
Destinasi tujuh: Di depan komputer rumah, tengah update belanjawan kawin kami. Takut tersangkut kat mana-mana.
Sekian, terima kasih kawan-kawan yang masih sudi singgah baca update laju-laju dari saya :) Alhamdulillah, berjaya selesaikan beberapa perkara penting. Tunggu hari Isnin malam untuk jumpa dengan Farid untuk bincang pasal pelamin.
Rasanya semua urusan dah diselesaikan.
Erm.. tapi rasanya patutnya bulan ni, kena reka kad kawin kami, tapi rasanya mahu lanjutkan ke bulan depan. Pasal masih belum finalize tema keseluruhan majlis ni macam mana.
Oh ya, sudah amik keputusan, nak minta adik beradik dan kak ipar's' memakai baju warna pink untuk majlis saya nanti. Takmo sedondon dengan saya, nanti saya tak nampak :P Sebenarnya tak kisah pun, tapi abang saya Am yang berfikir cam, pada waktu yang sama saya berfikir :P K.Ana dan K.Rina rasanya memang sangat happy dengan pemilihan warna tu :P
Update: baru tadi beli Clutch! Alhamdulillah, dapat gak yang saya berkenan! Selesai sudah dulang barang persalinan dari D. Huuu.. Mesti akan rindu saat mencari barang-barang hantaran :)
20 Februari 2010
3 comments:
hehehe
sy SR kat sini gak neh
wah! pantas sungguh update. ni nak update gak laaa
kitorang nak kena pakai baju colour apa???
-izzah-
Lyza: eheheh.. SR yg tinggalkan jejak :P
Izzah: Erm, nity pakai peach pasal pengapit. so korang pakai selain peach la kot, tapi fieza takmo sedondon hahah.. bengongnye fieza
Post a Comment