Salam dan hai
Semalam luangkan masa hampir separuh hari dengan Nity. Malangnya saya tak bawa camera! damn :( Tak dapat nak masukkan apa-apa gambar.
Rasanya rutin shopping kami penuh dengan makan sahaja. Macam pelancong betul kami berdua.
Ok, tujuan utama ke Jalan TAR pasal nak jumpa potentail vendor untuk baju sanding. Memandangkan appointment pukul 3.30, jadi kami pun kill the time dengan pusing-pusing, makan-makan, dan macam-macam lagi. Cuaca pulak sangat la terik petang tu.
Oh, saya cuma sempat beli kain untuk pengapit lelaki aje. Warna peach. Nity belum decide nak buat baju baru atau pakai baju warna peach yang dia baru hantar kat tailor hari tu.
Masa tengah shopping tu, D sms saya, bagitau dia dah set appointment dengan potential vendor untuk pelamin. Nak jumpa dalam waktu terdekat ni.
Dalam 3.30 kami ke butik vendor tu. Bila jumpa orangnya, alahai mudanye!! apakah rahsia awet muda beliau??!!! Tak susah nak mulakan perbualan. Dia ramah dan sangat terbuka tentang pemilihan saya. Saya bagitau dia yang saya nak baju cam tu (cam yang saya pernah tunjukkan dalam post yang ini) Saya fleksibel kalau dia nak ubah design ikut kesesuaian badan saya, kecuali hal berkenaan warna. Saya takmo ubah kuning raja. Dan dia pun tak kisah tentang warna pilihan saya.
Harga pun sudah ditetapkan dan alhamdulillah, menepati budget kami. Tambahan, persalinan termasuk tanjak, kasut dan veil, semua kami akan terus amik. Contoh kasut yang dia tunjuk pun saya suka, sangat simple dan saya boleh guna untuk event lain. Sebenarnya, saya tak tau apa yang patut saya buat dengan semua tu, tapi tu kemudian la fikir :P
Hasil berbincangan peringkat awal kami masih terlalu awal untuk ditulis, walaupun vendor sudah ada idea dan design untuk saya. Semestinya, saya takmo tiara dan takmo terlalu sarat dengan manik. Rabu nanti InsyaAllah saya akan jumpa semula dengan dia, kali ni bersama D pulak. InsyaAllah dalam waktu terdekat juga. Mungkin nanti vendor boleh lakarkan rekaan saya macam mana dan saya boleh masukkan dalam blog ni nanti ye?
Saya tiada gambar baju rekaan vendor pasal susah nak cari kat Internet. Yang saya ada, gambar kawan Nity yang dah tolong saya.
Sumber: Amyrah's Facebook
InsyaAllah, saya harap vendor yang ini mampu merealisasikan apa yang saya nak. Bukannya saya mahukan klon rekaan Cosry atau mahukan manik yang penuh satu badan.. tapi cukup la persalinan yang sesuai dengan bentuk badan saya dan budget saya. Saya mahukan hasil kerja dan komunikasi yang memuaskan. Itu sahaja :D Saya ni mudah untuk digembirakan :)
Siapa vendor saya, nanti saya bagitau lepas fitting yang pertama. Jauh lagi kan? :P hhih.. bukan berahsia, tapi kalau saya mahu promote pun, saya mahu promote vendor yang saya sendiri yakin dan puas hati dengan khidmat mereka. Takmo tersilap promote. Sabar ye kawan-kawan.
Selamat Pengantin baru buat WhiteLaceTale, Amy, dan Iryani !!
14 Februari 2010
5 comments:
adakah vendor itu di sekitar plaza city one? hehe
Ziela, you're good~~!
owner butik adalah lelaki..ntah2 tmpt kt sama.. ;p
Oh mungkin kah??!!! Take it offline.. nak chatting2 :D
stumbled upon ur blog ketika blog-hopping carik idea utk wedding saya nanti :p hehe
tak sabar nak tengok baju sanding awak :)klu cantik nak tempah jugak la kat situ :)
Post a Comment