"You would think that this would be Your Day, but in actual fact, it's your parents"
Bila kejadian ibubapa versus anak-- memang pening pusing kepala. Betul takde sapa berani nak sangkal, yang kita perlu membahagiakan ibu bapa kita yang dah bertahun-tahun membela dan membesarkan kita, tapi kita juga perlu buat mereka faham yang perkahwinan sederhana ini juga adalah demi kebaikan masa depan kita, sebab kalau dah lepas kahwin, tak cukup duit nk tanggung kehidupan selepas kahwin, macam mana nak terus menanggung dan membalas budi kedua ibu bapa kite? Insya Allah, kalau kita ikhlas, dan kena caranya, ibu bapa kita akan faham.
Tanggungjawab untuk buat mereka faham tu terletak pada kita, sbb mereka mungkin kurang faham dan nampak sebab zaman kite berbeza. Jurang generasi memang wujud. Macam jugak contohnye, kalau zaman org tua kite dulu, keje gomen je satu kampung akan hormat dan anak dara kampung dok menunggu di pinang oleh encek gomen ni. Tapi zaman sekarang, kalau semata2 harap keje makan gaji je, memang kena cari side income la jawapannya.
Desakan keluarga akan tetap wujud.
Beranikan diri buat keputusan terbaik.
Ingat, bila mereka kecik hati, tak cium bau syurga.
Selebih itu, saya ucapkan Semoga berjaya!! InsyaAllah~~
Satu lagi isu, bila kesederhanaan jadi umpatan. Mulut orang memang payah nak tutup. Kalau majlis besar, dikatanya "pa&ma yang sponsor la tu" (pa& ma merujuk kepada papa dan mama).
Kalau berjaya kahwin ala kadar, masyarakat Melayu yang sangat prihatin mula membuat andaian, fikirkan yang perempuan termengandung.
Kalau kes nikah dahulu kemudian kendurinya sangat lambat, pelbagai lagi cerita sensasi.
Bila perkahwinan tu takde kenduri, takde fotography 3 persalinan, tanpa pondan dua-tiga orang, cuma sah dengan 5 Rukun Nikah, waaah semakin hangat la cerita dijaja.
Sedangkan simboliknya hadiah lesung batu yang dianggap sebagai tanda bertahannya rumahtangga pengantin, tak lapok dek hujan, tak lekang dek panas, disalah ertikan sebagai tanda takde budget lalu gi amik lesung batu recyle dari rumah nenek untuk diberi kepada pasangan.
Bila insiden makcik2 saudara mara yang mencebik bila tengok kenduri yang sederhana "ada master universiti pun hantaran ciput camni, bilik pengantin apa ni, pelamin cam ruang tamu aku aje.. Ish kalau anak aku takdelah aku buat camni, buat malu keturunan aje"
Berlaku lah kes sakit hati mata memandang, sakit telinga mendengar dan sakit hati lagi bahu memikul.
Bodoh takleh ajar, pandai takleh tumpang.
Maaf, tapi bagi saya tiada rasionalnya menggadaikan keselesaan masa depan hanya untuk memuaskan hati pihak-pihak yang belum tentu akan sudi membantu kita di masa depan di saat hutang keliling pinggang dek kerana melangsaikan hutang kawin yang sampai beranak 5 pun tak habis-habis?
Baca balik kenapa kita berkahwin, bila masa diwajibkan berkahwin, diharuskan berkahwin, diharamkan berkahwin. Kategori manakah kamu?

Jangan mengeluh bila anak-anak berperangai tak macam manusia lain atau banyak masalah hidup. Lihat apa yang kamu telan selama ini dan apa yang kamu beri yang mengalir dalam darah anak kamu. hak kamu kah? Halal kah?
We spend alot to prepare the wedding, not the marriage
Adakah kamu faham apa erti nya?Di masa hadapan, sila jangan lancang sangat mulut. Allah balas cash je skrg.
Oleh itu, duduk diam-diam di suatu sudut dan jangan sampai dikesan oleh musuh.
Yang penting, permudahkan mana yang perlu
0 comments:
Post a Comment