Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

28 July, 2009

Siku Tak Buruk



Salam dan Hai

Nak tanya pendapat berdasarkan dialog dibawah

Abang saya: Ni nanti dah bagi barang hantaran tu, jangan la rak-rak tak dipulangkan
K.Rina: Mana boleh. Dah bagi, mana boleh amik balik
Abang saya: Yang aku bagi barang aje, tak termasuk hiasan.. Rak kayu semua tu pulangkan. Dengan bunga palsu pun aku minta. Kang aku jaga depan pintu, make sure sedara mara ko takde rembat
K.Rina: Buruk siku la tu abang..
Abang saya: Buruk tak buruk. Kang aku beli tray mahal-mahal, korang amik gi buat isi bawang lak!

p/s: Walaupun perbualan abang saya nampak cam kasar, tapi sebenarnya memang cam gitu dia gurau dengan K.Rina


Persoalan saya, apa pendapat korang tentang isu pulangkan rak ke, tray ke, dulang ke.. semula kepada penghantar?

Bagi saya, isu pulangkan semula ni bukan la isu baru. Saya takde masalah dengan hal itu. Sebab biasanya, bahagian yang diminta dipulangkan adalah sesuatu yang berharga. Jadi perlu tolak ansur. Mungkin adalah melampau kot kalau yang diminta pulangkan adalah bekas plastik empat segi. Tapi kalau la bekas tu adalah tembaga, mahupun bentuk fizikal cam mini congkak, hati sapa tak sayang kan?

Masa salah seorang kawan saya berkawin hari tu pun, dia ada bertanya, boleh ke kalau dia minta balik beskal ni dari keluarga lelaki?


Jawapan saya mesti la boleh! Sayang tu, kenangan buat hantaran sendiri buat suami.. mesti la nak simpan jadi kenang-kenangan..

Tapi tak pasti, adakah dia berjaya mendapatkan semual beskal ini?

Sudah la zaman sekarang ni, ramai pengantin gunakan khidmat buat gubahan hantaran yang rata-rata, perkakasannya boleh disewa daripada penggubah tu. Sudah pasti bekas-bekas tu perlu dipulangkan.

Apa pendapat korang?


28 Julai 2009


8 comments:

nizam_5282 on July 29, 2009 at 12:23 AM said...

Gubahan-gubahan rasanya tak ambik balik kot rasanya. Tapi kalau perkakasan tu mestilah dipulankan balik...

Memang adat buruk di siku ni dipandang pelik sikit, tapi takkanla nak bagi balik benda yang remeh temeh? Nak beskal, beli kat kedai lagi satu suda...

xora on July 29, 2009 at 7:58 AM said...

tapi ada gak yg amik balik gubahan-gubahan.. if bunga hidup memang la kira burn tapi kalau bunga beli kat SSF, ooh syg tuuuuu.. nak beskal tu gak nizam.. beskal tu tak sama dengan beskal kat kedai.. tak sama tak sama.. serupa tapi tak sama :P

Puan T on July 29, 2009 at 8:02 AM said...

oh tingat kmbali dialog ms aku tunang ritu (ko da balik za).dialog mengmbil tmpt dlm telepon ms aku belek2 brg iringan.

aku: neh bekas2 kayu neh cemaner?
en. tunang: haa pulangkaan SUUUMMMEEEE skali tau. bekas cincin tu pon pulangkan gk (pewter bebeh, sape nk bg free?)

NisS^ImmEr on July 29, 2009 at 8:09 AM said...

sy pun pernah terpikir gak pasal bekas2 hantaran ni dulu..nak mintak balik ke bagi terus. mcm yg abg awk ckp tu..silap2 buat letak bawang. rasanya bleh discuss dgn si suami pas kawin nnt, mana2 yg kita berkenan suh dia tolong simpankan.

tp kalau ade sedara mara, makcik pakcik dia pun minat gak ngan bekas tu mcm mana ek? tumpang konpius la

khairulhaya on July 29, 2009 at 8:12 AM said...

kisah buruk siku ni ingatkan kisah pertunangan aku dulu plak.
tp pd roy..klu tray yg kite bg tu mahal n susah nk dpt..mntk je la balik..xora bilang je kt pihak pompuan tu yg bekas tu sewa shj..habis cerita.
dulu pasal bekas cincin la roy gaduh ngan bakal akak ipar.baru seminggu tunang ngan adik dia.
tp skrg da ok..mgkn sbb mase tu die mengandung kot..

xora on July 29, 2009 at 8:38 AM said...

erm.. betul gak Roy! katakan aje yg barang tu disewa, hak milik sedara :P if jujur sgt, mungkin tu la kali terakhir nampak tray2 tu :P kadang2 dah kawtim baek punye dgn pasangan tapi bila sedara masuk campur tu yg haru biru

-yani- on July 29, 2009 at 9:40 AM said...

kalau sy pun sy mintak balik
tapi kalau mcm kotak pastik tu sy tak mintak lah
kalau bekas / tray yg mahal2 mmg sy mintak balik
sy pun dh pesan dh kat tunang yg sy akan nak balik mende2 tu
:)
sbb leh gak sy recycle balik mende tu
bg kat adik2 yg lain utk gune
mahal weih satu tray tu..hehehe

snm | snm on August 3, 2009 at 12:22 PM said...

well..i've got it! :P

simpan dlm bilik, tmpt letak minyak kapak dgn bam angin :p dgn bunga. senang crte, kbykan brg dpt balik :)

mak mertua cuma amik brg2 je. yg alas2 dulang, bakul tu semua dia return balik :p

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates