Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

05 July, 2009

Kereta Pengantin


Salam

Kereta pengantin.

Topik paling orang tak amik pusing. Saya juge begitu, tak amik kisah tentang kereta pengantin.

Sehingga la saya sedar, susah gak nak tau pengantin dalam kereta mana, tambah lagi kalau konvoi berpuluh kereta. Tak tau pengantin kereta paling hadapan ke, kereta ditengah ke.. ke belakang sekali ke..

ke turun dari helikopter macam Mawi??

Yang ada budget lebih, boleh sewa atau pinjam kereta mewah jiran ke, sahabat ke, saudara ke..

Tapi orang yang biasa-biasa macam kita ni, gunakan la apa yang ada. Pakai aje kereta sendiri, then hias la takat mampu.. kalau boleh DIY, amatlah bagus!

Yang penting, apa salahnya nak rasa lebih istimewa pada hari bersejarah dengan budget yang takkan buat kita tercekik

Maka, seperti biasa, bila sesuatu terlintas dalam fikiran saya-- perkara pertama yang saya cari adalah abang Google ku sayang..

Berjaya mendapat beberapa keping gambar kereta pengantin yang amatlah nampak meriah dan mewah :)

Yang hias dengan pasangan teddy


Kalau takde teddy pakai gaun, kita gaunkan teddy tersebut pun boley~


Yang nak hias takat di pintu aje pun boleh


Yang ni sesuai untuk yang tak mahu penglihatan diganggu dengan kain-kain renda dan riben!


Yang simple tapi tampak mewah(haaaii.. pakai kete mewah, kalau lilit dengan daun pisang pun cantik... huuuu)


Takmo kain-kain merentang? pasangkan aje kerlipan emas di bawah


Tapi untuk saya, cukup la kalau kemasan kereta pengantin macam gambar di bawah. Ini yang saya rancang untuk hias kereta pengantin kami untuk nikah dan sanding.

Hanya pada cermin


Bahagian atas


dan pintu-pintu


Ikut rancangan saya kalau dizinkan tuhan dan dimurahkan rezeki, saya nak ada konvoi kereta turbo. Semestinya saya akan minta abang saya panggil kawan-kawan kereta turbo dia, untuk konvoi kami. Jadi, saya rancang untuk buat riben kat bawah ni untuk diletak pada arial kereta konvoi.

Maaf, tak ingat dari laman web mana saya dapat gambar ni, tapi saya rasa memang sangat berguna untuk DIY tanpa kos yang banyak.

Dalam kes ini, dia buatkan bentuk riben pakai kulit majalah. Saya rasa, aplikasi yang sama boleh digunakan untuk riben juga. Tapi kalau mahu kos yang teramat minimum, pakai aje kulit majalah tak pun kulit kalendar, jenis kertas keras dan licin.

Jangan lupa gunting! Dari gambar ni, saya rasa skru juge digunakan. Mungkin pasal nak tembus kertas keras tu payah, maka skru adalah elemen yang sesuai. Mungkin pakai stepler pun menjadi juga??



Potong kulit majalah panjang, macam buat tikar mengkuang untuk pelajaran Pendidikan Seni masa sekolah rendah


Gulung jadi camni


Menggunakan cebisan yang sama, tamatkan hujung di tengah.


Cucuk dengan skru untuk kukuhkan ikatan


Ulang langkah dengan cebisan kertas seterusnya. cuuck dengan skru. Saya rasa, kena cucuk dari bawah kot?


Teruskan sehingga dapat tebal yang kita nak.

Takpe kalau riben tu penyek..


Sebab boleh kembangkan balik!! tada....


Mungkin secara tak sedar, dah boleh dapat 5-10 riben serentak dalam sehari!!


Ni cuma idea--- mungkin untuk keseragaman, kita boleh sembur dengan cat warna sekata- coklat ke, merah ke, mengikut warna tema.

Kat bawah ni pulak, cara nak buat deco untuk pintu kereta. Saya dapat dari laman web ini.





Yang diperlukan adalah seperti berikut
  • 4 meters of organza ribbon
  • 5 stalks of sunflower
  • 2 meters of silver chain
  • A pack of white wire
Mungkin hasil tangan setiap individu adalah berbeza. Tapi ini pun dah cukup bagi idea yang baik.

1 comments:

Acaii Jawe on July 7, 2009 at 8:27 AM said...

Waaaa bagus2..:) satu idea yang best..hiasan untuk kereta..tapi kena pastikan benda tu cukup..sebab dulu buat tak cukup memang ada yang kecik ati tak dapat,hehe..:) buat rombongan pengantin tu lebih bersemangat kalau ada tanda camtu..

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates