Salam
Hari ni saya tidak masuk ke pejabat sebab flue. Ya Allah jauhkan la dari selsema babi tersebut. Batuk sedikit OK berbanding 2 hari lepas. Saya cuti hari ni, jadi sila jangan forwardkan apa-apa email kepada saya ok boss? Terima kasih
Tadi berbual dengan seorang kawan di gmail. Seperti sedia maklum, tahun ni dah tahun depan, kawan-kawan saya memang ramai akan mengucapkan selamat tinggal kepada alam bujang. Petah sungguh jari beliau menaip tentang barang hantaran. Mungkin saya tidak berapa rapat dengan dia untuk saya bagi pendapat secara ikhlas, maka saya baca aje chat box tu dan sekali sekali tulis emoticon smiley dalam percubaan menipu beliau yang saya bersetuju dengan cadangan beliau.
Dia: Baju nikah I warna pink, pelamin mesti la in pink, khemah tak lain dari pink so barang hantaran I tak lain dari-- cuba you teka?
Dia: Baju nikah I warna pink, pelamin mesti la in pink, khemah tak lain dari pink so barang hantaran I tak lain dari-- cuba you teka?
Me: Pink kot?
Dia: Exactly! OMG, I'm so gonna look sweet in pink!Me: :)<--- emoticon palsu
Well, the fact is: beauty depends on the beholder! Jadi mungkin apa yang tak OK bagi saya, adalah sangat OK gila babeng pada beliau. Maka apa yang saya akan tulis seterusnya adalah berdasarkan penilaian saya tentang isu berkenaan barang hantaran dari kaca mata saya (Take note yang hari ni saya flue, jadi mungkin tak berapa betul sangat berfikir)
cam gambar di atas mungkin cantik bagi sesetengah orang, tapi bagi saya, terlalu banyak riben dan kain renda, tak suka~~
jam camni saya suka gubahannya. simple tapi cantik dan paling penting, masih dapat lihat apa barang yang diberi
1. Sindrom warna sedondon
a. Sedara mara, sahabat dan juru runding perkahwinan mungkin ada pendapat berbeza tentang konsep yang kamu nak buat. Kena ingat, sesuatu yang bagi kita simple, mungkin bagi orang lain "over doing". Oleh itu, semuanya berbalik semula kepada pilihan pengantin.
Kalau diberi pilihan dan baget, gambar di atas adalah pilihan saya. Diulangi: saya tak suka banyak riben dan kain organza atau lace. Simple camni kena dengan selera saya (saya tidak dipinang dalam tahun ni excuse me~) tapi rasanya akan mendapat tentangan dari makcik-makcik saya yang memang sukakan kain dan riben banyak-banyak~~ huaaa mahu kang jadi cam tempat ular bertelur kang barang hantaran ni!
b. Bagi saya, kita sentiasa ada dua pilihan dalam gubahan barang hantaran; konsep atau warna. Logiknya, konsep lagi susah untuk dipadankan berbanding warna atas sebab kos yang lebih mahal dan agak susah mencari konsep yang boleh diselarikan dalam barang gubahan. Sebab tu banyak majlis perkahwinan akan menitikberatkan warna sedondon untuk meanaikkan seri majlis. Tapi sesungguhnya, kalau pun kamu nak stick dengan warna tema, tolong la pilih kombinasi warna yang betul; contoh pink+pastels, something in blue family, coklat gelap+krim atau sekurang-kurangnya dalam famili warna yang sama.
majlis perkahwinan Faisal Zakaria dan Dr. Suriani Sulaiman yang bertemakan Inggeris. I like!!!!
c. Seperkara lagi, sila kasihani diri sendiri dalam pemilihan warna. Ada pengantin yang nak sedondon semuanya, daripada barang hantaran, baju persalinan sampai la ke bunga telur (contoh seperti di atas). Sanggup ke jadikan pelamin warna pink semua siap dengan persalinan pun pink, sampai tetamu susah nak cari mana satu pengantin? Ni adalah majlis perkahwinan, bukan pertandingan "Mari Cari Benda Tersembunyi". Kalau nak warna yang serupa, applykan perkara (b). Kadang-kadang, kurang lebih elok. Love simplicity.
2. Bila nak beli barang hantaran?
a. Nak beli masa sale ke? masa Warehouse sale ke? atau beli ikut selera mata ke? Bila waktu yang tepat untuk beli barang hantaran, sekali lagi untuk saya--sangat subjektif dan berbalik kepada pengantin. Ada pengantin yang sangat pentingkan barang up-to-date dan tak pernah ada perkataan "Budget" dalam kamus hidup mereka, maka jawapan kepada persoalan di atas adalah: Bila-bila masa. Tapi untuk orang, di mana perkataan Budget bagaikan degupan jantung mereka, maka bagi saya waktu yang paling sesuai untuk shooping adalah pada akhir tahun masa kebanyakkan kedai akan buat jualan sempena sambutan Christmas dan jualan penghabisan stok dan ada barang seperti minyak wangi dan set mandian sudah siap berbungkus lawa. Dah jimat duit untuk belanja decorate kan?
b. Ada pengantin beli 1 barang setiap 2 bulan (ni lebih sesuai dipraktikkan tempoh sekurangnya setahun sebelum majlis). Sekurangnya takde la terasa beban nak beli barang sekali gus. Nak nya kalau dapat lebih murah, lagi bagus sebab banyak kedai yang kadang-kadang buat sale sendiri dan bukan hanya pada masa Jualan Mega.
c. Jangan lupa untuk jenguk website ni untuk nak tau sale-sale yang akan berlangsung. Pilihan lain, boleh juga beli barang secara online, macam set mandian Victoria Secret ke, cupcakes online ke, atau kain ela. Google aje, banyak website yang tawarkan perkhidmatan ni.
3. Tempoh masa untuk godek barang hantaran
3. Tempoh masa untuk godek barang hantaran
a. Untuk keadaan tak jadi hura-hara, seeloknya siapkan barang hantaran sebulan sebelum majlis sebab dalam bulan terakhir, biasanya dah start busy nak pikir tentang katering, dewan, fitting untuk persalinan dan bagai-bagai lagi. Kalau tak siap, jangan jadikan alasan darah manis untuk meracau kat semua orang. Jangan lupa juga, ni juga bergantung kepada tenaga pekerja yang ada. Kalau boleh bawa sedara mara menolong, memang seminggu before kawin pun diorang boleh siapkan. Tapi kalau cuma ada pengantin dan mak aje, pandai-pandai la susun masa mengikut jumlah dulang yang diberikan. Kalau tenaga cuma dua tiga kerat, jangan la berangan nak gubah pakai bunga hidup dengan harapan bunga tu mampu bertahan 2-3 hari lagi.
b. Pilih gubahan yang korang mampu buat dengan tenaga yang ada. Apa yang penting, barang hantaran dipersembahkan dengan cukup molek. Bagi saya tu pun dah cukup. Jangan buat barang hantaran bawang putih dan barang merah macam cerita Tangkai Jering tu, sudah la! :P
4. Berapa dulang sepatutnya ni?
a. Adatnya, pihak perempuan akan berikan dulang hantaran lebih daripada pihak lelaki. Kebiasaannya juga, jumlah bilangan dulang adalah nombor ganjil. Tiada jumlah spesifik yang menentukan jumlah dulang yang tepat sebab semuanya bergantung kepada perbincangan dan persetujuan dari kedua-dua pihak masa merisik atau bertunang. Tapi dalam zaman sekarang, mak ayah cuma menyampaikan keputusan anak-anak mereka sebab biasanya boyfriend dan girlfriend dah bincang nak berapa dulang. Daripada 5 berbalas 7 sampailah ke 15 berbalas 17, semua saya dah penah tengok. Yang merepek-repek sampai 23 berbalas 25 pun ada! Yang dulang hantaran sampai merepek cam tu saya kurang setuju kerana pada pendapat saya wahai bakal-bakal pengantin semua, dalam era moden dan globalisasi ni, kualiti adalah lebih penting dari kuantiti. Lagipun, nak bagi kepada bakal 'sah-untukmu', apa salahnya lebih sikit (note: ikut kemampuan masing-masing) -saya ada ilusi yang lepas kawin, biasanya dah susah nak demand bukan-bukan, jadi mungkin sebab tu baik awal-awal minta hehe.
b.Dulang banyak mana pun, kena fikirkan berapa sedara-mara atau sahabat yang boleh tolong bawakan dulang-dulang ni. Sebab tu kadang-kadang, lebih elok mix kan barang-barang macam wallet+belt, kain ela baju kurung+tudung, set mandian+set minyak wangi; untuk jimatkan jumlah dulang dan jimatkan tukang angkat dulang. Dibuatnya pasangan kamu nun jauh di Perlis, tak semua saudara dan sahabat yang dapat menghantar masa akad nikah, jadi cari idea yang bersesuaian.
c. Kena ingat, lagi banyak dulang yang diberi, lagi banyak persiapan masa yang diperlukan dan akan bertambahnya kos-kos tidak kelihatan (dulang, lapik dulang, manik-manik, hiasan gubahan, riben) dan juga stress meracau.
6. Nak bagi apa?
Ini terpenting, maka saya akan tulis dengan panjang lebarnya
a. Rasanya, ramai antara kita memang dah tau yang barang hantaran bukanlah diminta dalam islam, tapi kita hidup dengan adat melayu yang penuh adabnya, maka barang hantaran adalah perlu dan untuk mengelakkan mak kita tarik muka masam sebab orang mengata anak dia "Nak beli barang hantaran pun tak mampu, ni nak jaga anak dara orang"-- Ni saya pernah saksikan. Tepak Sireh atau Sireh Junjung adalah mesti! Bak kata orang dulu-dulu,dua barang tersebut merupakan penghulu barang hantaran, dan biasanya di bawa paling depan sekali oleh orang yang dihormati dalam keluarga tu (Pak long ke, Mak Long ke).
Muda mudi zaman sekarang otak pikir "ala buat apa nak bagi sireh, bukan ada family kita yang makan pun sireh tu". Pale otak ko! Sireh ni lambang daun budi masyarakat Melayu (abaikan perkataan Pale otak di atas). Cantiknye adat Melayu kita, walaupun dalam bentuk material, tapi material tu mewakili maksud tertentu. Bagi saya, apabila sampai masa saya (bukan tahun ni!!!) 4 kategori yang perlu diikut (ni saya kategorikan ikut pemerhatian saya, tak tau la betul ke tak hahah)
i. Kategori Keagamaan
Muda mudi zaman sekarang otak pikir "ala buat apa nak bagi sireh, bukan ada family kita yang makan pun sireh tu". Pale otak ko! Sireh ni lambang daun budi masyarakat Melayu (abaikan perkataan Pale otak di atas). Cantiknye adat Melayu kita, walaupun dalam bentuk material, tapi material tu mewakili maksud tertentu. Bagi saya, apabila sampai masa saya (bukan tahun ni!!!) 4 kategori yang perlu diikut (ni saya kategorikan ikut pemerhatian saya, tak tau la betul ke tak hahah)
i. Kategori Keagamaan
Mas kahwin, al-Quran, Telekung, sejadah, kain pelikat, buku agama, CD ceramah agama.
ii. Kategori adat
Tepak sirih, sirih junjung, wang hantaran, cincin (saya letak kat adat sebab dalam Islam yang wajib mas kahwin), gelang
iii. Kategori Berkunjung
Manis-manisan, coklat, kek, biskut, kuih muih, cupcakes, gula-gula, wajik, buah-buahan
iv. Kategori Pengantin
Persalinan seperti kemeja, baju melayu, kasut, handbag, set mandian, set makeup, jam, kain ela, cermin mata, set bercukur, seluar, tali pinggang, wallet, handphone atau apa-apa yang pengantin tu suka.
Ikut kategori ni, kamu takkan salah. Molek adat melayu ni, diberi barang hantaran untuk semua merasa, dan bukan hanya untuk mempelai sahaja. Apa, korang ingat tugas membawa dulang tu tak susah ke? So bagi upah diorang makan kek atau buah-buahan.
b. Asasnya, berikan barang yang boleh digunakan pasangan masing-masing selepas berkahwin. Kalau pengantin lelaki request nak PS3, layan kan aje. Kadang-kadang barang yang tak pernah dibuat orang, yang akan buat orang ingat sampai bila-bila. Ada kawan saya, bakal tunangnya sudah request untuk dapat barang hantaran topeng mask (sila gelak) untuk main paintball. hahahahha.. tak sabar nak tengok camne dia gubah mask tersebut! Yang penting, semua gembira tapi jangan la kau bagi dia baju tidur yang jarang pulak!! tu namanya gelojoh, bang! Nak bagi sangat pun, boleh bagi lepas nikah ok.
c. Peringatan sukahati, beli la buah-buah seperti anggur, dragon fruit atau strawberi untuk barang hantaran sebab buah ni lebih senang dibentuk dan tak memerlukan banyak decoration sebab warna buah-buah tu sendiri akan naik serinya. Kalau nak bagi barang hantaran epal, sila sapukan sedikit minyak zaitun/ minyak masak supaya kelihatan lebih berkilat dan segar.
d. Kek pulak jangan lah amik buttercream. Sedap memang sedap, tapi dalam keadaan cuaca cam kat Malaysia, kek buttercream memang mudah cair. Majlis pernikahan bukan makan masa 10 minit. Paling kurang 1 jam lebih. Kalau pembawa dulang tak hati-hati, mahunya tercalit krim kat jari, kat kotak, dan macam-macam lagi. Tambahnya kita naik kereta kan? Lalu jalan berbonggol-bonggol, tak termasuk samseng jalan raya yang mengganas memotong jalan dan mak ayah kita duduk ternganga dalam kereta. Lepas pernikahan, rombongan takkan terus balik. mesti ada makan-makan. Kang cair kek tu. kalau nak pun, order kek marzipan atau yang dibaluti fondant.
Memang buttercream lagi sedap dari yang dua ni, tapi kalau dah sampai comot barang hantaran, takde yang moleknya. Lagipun marzipan dan fondant ni boleh ditanggalkan kalau tak suka rasanya.
Memang buttercream lagi sedap dari yang dua ni, tapi kalau dah sampai comot barang hantaran, takde yang moleknya. Lagipun marzipan dan fondant ni boleh ditanggalkan kalau tak suka rasanya.
e. Bagi saya, jangan la sekali-kali, beli kek kat Secret Recipe ke, King's ke, then letakkan kek dalam kotak kedai tu. Tu saya paling pantang!! Sebab utama, seperti tak menghargai kesenian gubahan hantaran dan kedua, tak ke susah fotographer nak amik gambar? nak disingkap, takut merasmikan kek sebelum family pengantin. Tak singkap, nanti pengantin kata tak buat kerja. Akhirnya, dapat amik gambar pisau kek aje la. At least letak aje kek tu dalam bekas yang bertutup (kalau takmo anak buah colek atau takut lalat) yang dari luar masih boleh nampak rupanya. dan bekas bertutup tu boleh dihias terlebih dahulu dengan riben dan bunga kecil. Kek sampai, terus masukkan dalam tu.
f. Jangan gunakan alasan tak dapat cari yang cantik atau tak sempat nak buat. Bayangkan perasaan pihak sebelah sana tengok barang hantaran yang kiranya cukup syarat sahaja. Sekarang kat Jalan TAR dah banyak yang lawa-lawa. Kalau rajin, pergi la ke Nilai. Kalau tak de masa, boleh cari online.
g. Jangan cari barang yang terlalu besar, berat atau pusat grafiti yang tak seimbang untuk mengelakkan barang hantaran terjatuh. Kasihani la tukang pembawa dulang tersebut. Nak gubahnya dah la satu hal, nak membawanya adalah hal seterusnya.
h. Untuk sentimental value, apa kata untuk barang hantaran ni, belikan pasangan barang daripada jenama yang dia jarang guna. Contohnya, kalau tunang anda penggemar handbag Guess dan dah pakai brand ni dari zaman Universiti lagi, apa salahnya belikan LV for a change. Ok contoh yang agak tak realistik untuk kita semua. Tapi korang faham maksud saya kan. Tapi, dapatkan dulu persetujuan pasangan. Mana la tau, dia nak juga handbag Guess tapi limited edition punye, cuba la cari kalau mampu. Macam saya juga, even makeup M.A.C ni adalah pemakaian harian saya, tapi nak juga barang hantaran M.A.C sebab kang main beli brand lain, elergik ke, kan dah rugi?
nak camni boley?????
Saya tau ramai pembaca blog saya yang sudah berkahwin. Jadi jika ada di antara mereka yang terasa dengan post kali ni, saya minta maaf. Coretan ni adalah 100% daripada penilaian saya dan bukanlah kata mutlak peraturan barang hantaran. Semuanya sentiasa berbalik kepada selera masing-masing. Yang penting dalam perkahwinan, bila jatuh berdua, bangkitlah berdua, bukan seorang (gaya cakap cam dah kawin berpuluh tahun aje! uwek!-- ye saya sedar diri hehehe)
Ingat, agama dijunjung, adat dikendong
2 comments:
Very informative..I will be getting married soon...This post helps me alot la Cik Xora..At first, dlm list hantaran saye, I did not put Sirih Junjung and manisan.Tapi, bile ibu saye tau, di suruhnye saye letak.Ibu saye ckp jugak nnt sedara mara nak rase kek,coklat sume segala.And I was thinking kenape derang pulak nak makan.From Ur post lojik gak la sbb sedara mara yg akan angkat dulang2 ni kan..So payback la kot kite kasik makan kek tu hhahaha
Betul la Cik Xora. Ni kena amik point nih. untuk tunang pun saya lebihkan pada barang2 makanan. Leh la agih sorg sikit kat kawan2..~
Post a Comment