Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

04 July, 2009

Centerpiece DIY


Salam

Bicara tentang Centerpiece. Apa benda tu Centerpiece?

Untuk memberi gambaran mudah: Yang letak bunga dalam pasu, diletak kat tengah-tengah meja makan. Tu la namanya centerpiece. Biasanya kat majlis kawin, jarang dibuat centerpiece untuk meja tetamu. Meja VIPs dan Pengantin yang biasanya ada centerpiece, daripada gubahan bunga besar kat tengah-tengah meja.

Sebenarnya, takde salah pun kalau takde centerpiece. Saya sendiri pun tak kisah kalau majlis saya pergi takde centerpiece sebab sekurangnya saya boleh letak goodie bag kat tengah-tengah meja. Tapi dalam kes Fieza, dia bagitau yang cadar meja untuk tetamu membosankan sebab cuma one piece, jadi saya cadangkan letak centerpiece, boleh tambah seri meja dia. Fieza dah memang bercadang nak guna kelopak bunga tabur kat atas meja makan tetamu masa majlis dia tapi sedikit bimbang mak dia akan kata buat sampah jek!.

Saya cadangkan dia letak sekali lilin, tapi jangan la yang mahal yang jenis siap beli dengan tempat letak lilin kat Ikea. Mahal tu! Lilin pendek kontot tu pun dah cantik kalau kena gaya. Sebenarnya terlupa nak bagitau dia, dia boleh celupkan kelopak bunga dalam lilin cair. Hasilnya, kelopak lebih tahan lama dan tak mudah lebam (dah dililinkan. Kalau orang dililinkan pun tahan kedut!) Saya cadangkan dia hias ikut camne yang saya pernah ceritakan dalam dekorasi bilik pengantin. Rasanya cam tak best kalau sekadar bagi satu cadangan, jadi saya pun emailkan pada dia, gambar-gambar dekorasi yang saya rasakan cukup economical, tapi menarik. Seperti biasa, dia cop yang ini dahulu.. Damn yuuuh Fieza~





Saya pun hantar la beberapa keping gambar yang memang dah dalam simpanan saya. Sharing is caring. Siapa-siapa yang google pun, akan jumpa benda yang sama. Cuma nak buat atau taknak buat aje disebabkan faktor minat atau masa.

Kadang-kadang tetamu ni takde adab sangat, diorang bawa lari centerpiece yang siap beli mahal-mahal, tak ke melopong! Jadi baik korang buat sendiri centerpiece. Jangan terkejut kalau centerpiece DIY ni pun ada tetamu yang bawa lari. Jangan marah. Anggap aje la centerpiece korang teramat la lawa sampai orang curi (sedapkan ati. Pengantin tak elok marah-marah)

Jom layan gambar



Ni memang naik seri meja kalau lapik meja tu putih. Kalau tak nak gunakan cecair, boleh gunakan pasir pantai, kacang hijau/ merah atau beras yang diwarnakan.



bunga pakai aje yang palsu pun ok. Tapi bekas kena fikirkan sesuatu yang lebih murah. Batu, sila ke sungai berhampiran.



pakai biji saga lagi! (tapi nak lilin warna putih!)



Yang ni pun ok. Cuma kalau mangkuk tu plain putih atau jernih, lagi cantik kot. Lilin putih sebab warna warni potpurri boleh naikkan warna hiasan. Potpurri tu boleh recycle dari potpuri yang kawan-kawan kawin bagi dulu pun -- layan



Kena pilih bekas yang jernih. Batu cilok aje dari sungai. Bunga sekuntum aje- terpulang yang betul atau plastik. Takde kaca, plastik pun boleh dilayan



Yang ni comey, dan amat bahaya sebab tetamu boleh sumbat dalam handbag mereka terus. Mungkin lilin kena sedikit besar.



Menggunakan makanan sebagai centerpiece pun idea yang bagus. Boleh gunakan epal, biskut, keropok dan manisan sebagai centerpiece.



Perlu kerja yang sedikit teliti dan sedikit remeh sebab nak pastikan daun tu berbentuk bakul. Bunga? Plastik kalau budget. Kalau ada duit, boleh aje gunakan ros betul.

Origami pun adalah idea unik untuk buat centerpiece dengan kos yang sederhana. Boleh google aje cara nak buat origami. Tapi jangan la gunakan bentuk macam kat bawah ni. Agak-agak la. Mungkin boleh belajar cara buat bentuk hati, bentuk burung merpati, bintang atau bunga, macam gambar kedua di bawah, atau sumbatkan origami bintang atau hati ke dalam bekas tinggi cam dalam gambar ketiga.








Ok, sekarang saya nak kongsi top 5 centerpiece yang saya amat suka. Takde apa yang istimewanya, takde mahal, tak gunakan kristal atau mutiara pun, cuma saya suka kreativitinya. Mungkin ada yang anggap centerpiece kat bawah ni takde guna dan nampak murah, tapi bagi saya, saya cukup suka. Mungkin orang lain dah penah nampak, tapi saya belum penah lagi gi majlis kawin yang buat cam ni, jadi saya sedikit teruja. Harap maklum :)



Alasnya piring putih biasa, tapi dihias dengan kayu buluh, hijauan macam pandan dan daun, dan bunga. Lilin adalah wajib!



Kalau nak gunakan tumbuhan hijau hidup, takut layu kalau buat awal-awal. Kalau buat lambat, takut tak sempat. Naknya kalau meja tetamu ada dekat 50. tak ke pengsan teman! Jadi alternatif daripada tumbuhan hijau atau asparagus, bagi saya, boleh juga gunakan kayu manis mengelilingi lilin, bunga cengkih yang digam pada lilin atau pakai lidi sate, dipotong untuk memberi ilusi serong pada bekas dan diwarnakan dengan warna-warna yang sesuai, pun cantik gak. Ikat dengan riben, siap!

Ni pun ada potensi untuk dicuri. Tapi serius bagi saya, comey. Cawan tu pun tak perlukan kaca. Plastik jernih pun cantik. Yang ni kena main dengan warna. Boleh pilih nak letak lilin kat atas atau kat bawah. Kalau bunga diletak di atas, ikat tangkai bunga dengan riben, dan biarkan riben terjuntai ke bawah.


Batu tersebut sila amik dari sungai. boleh juga tukar dengan cengkerang dan kulit siput. Nak tambah sentimental value batu-batu ni, boleh la tulis tarikh majlis, nama pengantin, atau cukup tulisan 'terima kasih' pada batu menggunakan pen marker warna emas atau perak pun dah cukup menarik. Rasanya, mahunye ada tetamu yang bawa lari batu-batu ni :) Lilin sila jangan lupa.

Yang ni paling saya suka. Berharap ada cukup masa dan minat untuk buat satu persatu ni bila tiba waktunya. Bouquet bunga di bawah ni, dibuat daripada kertas tisu berwarna! Saya amat suka. Cantik kalau letak dalam jar untuk centerpiece (simpan jar mayonis atau honey, balut dengan kertas tisu bewarna atau kain warna putih atau tema majlis, ikat dengan reben, kemudian bunga origami ni disumbat ke dalam jar. Kalau takde jar kaca, boleh pakai botol plastik, tapi make sure isi dengan pemberat macam batu ke, supaya bekas plastik lebih seimbang dan tak mudah tergolek). Cantiknye..

Kalau nak sesuatu yang hidup, selain daripada bunga hidup, apa kata letakkan ikan emas di tengah meja :) ikan warna warni yang kecik-kecik pun boleh diguna. Beli bowl bulat kecik, lepaskan ikan-ikan berenang riang di dalam bowl tu. Mesti tetamu akan leka tengok ikan-ikan tu tu. Tapi ikan-ikan tu kena la beli. Tak tau la kot ada orang kedai yang bagi sewa!? Ada ke?

Saya rasa, kebanyakkan centerpiece kat atas ni sesuai untuk meja VIP dan pengantin sebab biasanya, untuk meja tetamu biasanya mesti akan ada tempat basuh tangan dan tisu. tu pun dah kira macam centerpiece. Tapi kalau nak cuba lain dari lain, boleh buat macam gambar kat bawah ni. Sekarang saya tengok banyak wedding yang atas meja memang akan sediakan air kosong untuk tetamu. Kalau nak personalize botol mineral tu, boleh buat macam gambar kat bawah ni. Tapi ingat, selain masa dan tenaga, pastikan kos terlibat tak makan banyak bahagian dalam budget majlis tu.





Tapi apa-apa pun rancangan, pastikan diri tidak tension dengan perkara yang tak penting. Kalau cukup masa dan bantuan untuk sediakan, sediakan la. Kalau tak, pun tak mengapa. Tiada istilah wajib ada pun. Lagipun, dah nama raja sehari. Jangan risaukan perkara yang tak releven

Kadang-kadang, idea memang ada. Tapi masa untuk merealisasikan idea tu pulak yang takde. Tak kira lagi kes sedara mara menentang.

Payah..

Hal sekecik centerpiece ni memang la tak kronik pun. Memang takkan ada siapa yang akan ingat centerpiece ni. Tapi bagi saya, cam satu perkara yang best bila diri terlibat dengan perkara sekecil dan teliti macam ni :) Mungkin pun tak dapat realisasikan pun, mendapat idea pun dah rasa cam satu perkara yang best.

Tapi dalam seronok pilih-pilih centerpiece, baru saya sedar, dalam mana-mana majlis saya pergi, kebanyakannya kat tengah meja dah letak tempat air basuh tangan dan tisu. jadi centerpiece idea memang takde tempat..

well.... girl can dreams, can't she??!!!




0 comments:

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates