Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

19 August, 2009

Tepak Sirih atau Sirih Junjung


19 Ogos 2009

Salam


Ada kawan bertanya di gchat

"Nak bagi tepak sirih ke sirih junjung?"
"Aku bagi buah-buahan boleh tak?"

Dah tentu jawapan saya, tanya la makayah kau..

Tapi pasal makayah dia pun kata tak kisah, jadi saya nasihatkan
"Ko bagi dia sirih junjung dan biskut/kuih muih"


Pasal dia belah perempuan.

Ok, rasanya dalam era sekrang ni, kebanyakkan keluarga tak amik kisah pun sapa yang bagi sirih junjung atau tepak sirih. Yang penting, 'penghulu' hantaran, mesti kena ada.

Tapi bagi pendapat saya, kalau belah perempuan eloknya bagi sireh junjung. Belah lelaki bagi la tepak sireh.

Alasan saya mudah. Alasan ni mungkin tak betul tapi tradisi keluarga saya begini. Bila saya fikir logik adatnya pun, memang boleh diterima.

Hantaran dari belah perempuan, logik adatnya, mesti la nak tunjukkan kehalusan, kreatif dan kesenian si gadis tu. Kemahiran menggubah pada zaman dulu, memang orang kampung respek dan pandang tinggi. Jadi sebab tu sireh junjung dibuat setinggi-tingginya, berbunga-bunga.. dapat melahirkan kriteria tersebut dengan jayanya.

Si jejaka molek menghantar tepak sireh sebagai balasan. Lebih maskulin.

Sama juga dengan isu buah-buahan sebagai hantaran. Zaman dulu, si jejaka pergi merantau berniaga... ada yang menanam pokok buah, yang menjaga pokok tu, jadi mesti la nak tunjukkan hasil tangan mereka kepada belah perempuan. Si gadis pula, masa ni la nak tunjukkan kemahiran membuat kek, wajik atau kuih-kuih tradisional yang lain kepada keluarga lelaki. Maka dengan ini, diputuskan (bagi saya) hantaran buah-buahan moleknya dari belah lelaki.

Cantik sungguh kan adat Melayu ni?

Tapi dalam zaman sekarang, berapa kerat aje kita yang sanggup ke dapur nak masakkan kek dan kuih untuk barang hantaran?

Atau soalan lebih tepat, berapa ramai antara kita yang reti masak kek dan kuih.. (dan berani nak jadikan barang hantaran?)

Perkahwinan zaman sekarang ni bukan macam zaman dahulu. Bakal pengantin memang akan sibuk teramat. Kita memang dicemburui masa. Apa tah lagi, kek zaman skrang ni berbagai jenis. Dari fondant la, royal icing la.. Macam-macam. Kemahiran yang tak semua antara kita tau.

Saya pun tak mahir dan tak cekap.

Dari memalukan diri sendiri dan diungkit 7 keturunan, baik tempah kan? :P

Mana mungkin kesemua kita mampu menyediakan semua tu pada hari bersejarah tu nanti kan? Tapi saya yakin, masih ada bakal pengantin diluar sana yang mampu. Untuk itu tepukan diberi *tepuk tepuk* bagus terus usaha. anda!!Pada yang tak mampu, cari la kesesuaian pada majlis dan diri.

Pandapat saya,takde yang lebih molek dan indah kalau juadah tu disediakan oleh si gadis sendiri. Memang amat manis. Sebab bila duit boleh dicari, kemahiran tu tak boleh dijual beli. Dikemasi dengan latihan dan bakat. Mana nak cari tu?

Berpegang pada pendapat saya, saya yakinkan kawan saya

"hantaran buah, ko mintak kat laki ko.. "
"Ha, betul. Nanti aku mintak. Kang aku bagitau dia, dah kawin aku bagi dia 'buah' lak"

Ko ni memang sah dah gatal nak kawin ni kawan!!

6 comments:

ctfza on August 20, 2009 at 4:34 PM said...

best la entry awak ni..

ikut adat family ibu ayah saya pun macam tu jugak.. kalau sebelah lelaki memang bagi tepah tapi kalau perempuan bagi sireh junjung..

sbb tu mak2 sedara yang ada anak lelaki semua ada tepak kat rumah.. macam family sy tak ada la sebab semua nya anak perempuan.. hehe

xora on August 20, 2009 at 7:54 PM said...

cantik kan jadikan hiasan :) mak saya ada 2 tepak sireh pasal dia langkah bendul. tapi saya dah pesan kat boyfriend saya, nanti saya nak tepak sireh, nak letak kat rumah kitorang :P

pnkby on August 21, 2009 at 2:15 PM said...

xora,
saya link kan blog awak di blog saya ye..

tq

xora on August 21, 2009 at 2:40 PM said...

sila sila pnkby.. nanti kita exchange link ok?

Mrs Shareeda on August 21, 2009 at 9:08 PM said...

hi xora..
ye ke.. sy baru tahu nih...
tapi sy tahu la yang sirih junjung tuh mesti ada.
yang pasal bezakan laki pompuan tuh tak tau pulak.
hehe.. thanks 4 de info..

xora on August 22, 2009 at 10:11 AM said...

tu dari belah turun temurun family saya. Tak tau family org lain camne. Yang seingat saya, arwah Opah saya cukup suka kalau anak perempuan dia yg kawin pasal dia boleh buat sireh junjung tinggi-tinggi (nak tunjuk skill :P) tapi kalau anak lelaki, nah tepak sireh sudah :P

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates