Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

22 December, 2009

Tips Shopping Hantaran




Salam dan hai.

Selamat datang buat pembaca tegar ke-63 blog ni, Sh.athie! Harap Athie boleh bagi saya url blog Athie kalau ada, boleh kita kongsi dengan kawan-kawan lain di sini ya!

OK. Post kali ni berkenaan topik yang mesti berlaku kalau nak kahwin--shopping!

Kawan-kawan, saya nak tanya, korang mesti pernah rasa, betapa kecilnya diri nak melangkah masuk ke kedai yang gah-gah kan? Mesti pernah terasa dengan salesperson yang selalu pandang atas ke bawah dengan sinisnya kan?

Kawan-kawan, ini la masanya untuk kita lenyapkan perasaan tu semua.. Tiada masa lebih sesuai untuk terjah ke kedai-kedai baru selain daripada masa mencari barang hantaran.

Tips masuk ke kedai (yang berkesan pada saya) yang kamu belum pernah masuk samada atas faktor harga atau percubaan pertama.

1. Pemakaian
a. Tolong jaga pemakaian. Tak perlu la berkot dan pakai bag LV cop Petaling Street untuk naikkan gah, tapi cukup la pemakaian yang bersesuaian. Ini untuk naikkan keyakinan kamu sendiri untuk melangkah masuk. Walaupun tiada pun etika berpakaian yang dinyatakan, tapi kadang-kadang, bila diri sendiri tak yakin, secara langsung akan bagi kesan pada semuanya. Biarlah diri nampak molek dan tak nampak macam nak rompak kedai tu. Kalau kamu berpakaian macam budak sekolah dan masuk ke kedai emas, mesti la pekerja tu pun tak amik kamu seriuskan?

Tips: saya tak tau ngapa, tapi saya suka shopping dengan memakai warna merah. Entah, rasa cam aura yang bagus mungkin? :P

2. Misi
a. Tau apa yang kamu nak. Jangan sekadar kata, "nak tengok-tengok dulu ya". Baik terus ke tujuan kenapa kamu di kedai tu. Kamu pun tak buang masa kamu. Kalau kamu masih survey harga, jangan terlalu luaskan skop shopping kamu. Sentiasa keluar shopping dengan tujuan yang jelas.
b. Jangan berhenti di tengah-tengah kedai lepas kamu masuk. Kamu akan kelihatan macam anak kecil tersesat kat pasar malam. Mulakan pusingan survey dari kanan kedai kalau kamu tak pasti nak mula dari mana.

3. Saleperson
a. Buat eye contact dengan sale person. Jangan buat-buat tak perasan saleperson yang tercongok depan pintu dan baru menyapa kamu "Welcome", kamu terus menonong pandang barang-barang. Jangan begitu kawan. Bila kamu disapa, kata kan sahaja terima kasih dan senyum. Kalau kamu pemalu, cukup senyum dan angguk.

b. Untuk orang yang suka jalan mudah macam saya , saya suka terus ke sale person dan bagitau dia apa yang saya nak (mereka dibayar untuk layanan pelanggan kan?). Macam masa saya di MAC, saya terus menuju pada saleperson pertama yang menegur saya dan bagitau dia saya nak itu ini itu ini dan apa yang dia boleh cadangkan. Teruskan perbualan dari cadangan saleperson tu, bertukar-tukar pendapat. Saya suka berbual dengan saleperson sebab dari situ, kita dapat tengok samada dia betul-betul faham tentang produk atau sekadar menjualnya.

c. Jangan segan bertanya tentang diskaun. Pekerja kedai tu manusia biasa seperti kita. Kalau dia shopping di luar pun, dia pun harapkan diskaun juga kan? Kadang-kadang, bila kita bertanya, kita dapat double confirm tentang diskaun. Seperti masa saya masuk ke kedai G2000, yang tertulis kat board tu "belian pertama dan kedua, diskaun 30%, belian ketiga, diskaun 50%". Yang dibesarkan pada board 50% sedangkan kita cuma beli sehelai kemeja aje.
d. Sentiasa ucap 'terima kasih' pada sale person sebelum kamu keluar kedai, tak kisah samada kamu beli atau tidak. Budi bahasa budaya kita :)

3. Fulus
a. Sila bawa duit yang cukup. Kalau kamu rasa-rasa tak yakin dengan jumlah duit dalam wallet tu, jangan la selak depan-depan tu. Kamu boleh kata, kamu nak round-round dulu ke kedai lain dan akan kembali semula ke kedai kalau kamu berminat. Lepas keluar dari kedai, baru check duit cukup ke tak. Percaya la, orang kedai tu dah masak sangat dengan peel muka customer yang sama masuk keluar kedai.

4. Bahasa
a. Jangan ingat kamu perlu bertutur dalam bahasa Inggeris untuk dapatkan customer service yang bagus. Ingat tak
kes saya dan Patchi hari tu? Cakap aje dalam bahasa yang kamu selesa. Kalau kamu selesa berbahasa Melayu, jadi cakap aje. Biasanya, saleperson akan bercakap dalam bahasa Melayu juga, walaupun dia akan campur Inggeris sikit-sikit. Tapi tak apa, asal kamu lebih mudah berkomunikasi.

Rasanya, ini aje serba sedikit yang saya dapat fikirkan buat masa sekarang.

Saya bukanlah kaki shopping. Sebab tu, saya tak anggap shopping tu satu terapi mahupun satu jenis senaman. Shopping bagi saya keperluan, bila betul-betul perlu beli barang. Jadi, masa mencari hantaran ni la, baru la merasa jejakkan kaki buat kali pertama kali, di beberapa kedai yang amat baru buat saya.

Jadi saya nak kongsi pengalaman yang sejemput ni, sekadar coretan untuk kawan-kawan lain; pengalaman saya di top 5 kedai yang saya suka untuk dikongsi. Tapi ini sekadar pendapat peribadi saya dan tak mewakili keseluruhan cerita.

Senarai kedai di bawah ini, bukanlah dalam legasi kedai-kedai mewah seperti Coach, LV dan sebagainya. Saya bukan dari kategori kelas atasan. Saya hanya gadis biasa, yang berbelanja dengan hanya wang cash ditangan, tanpa kad credit, tanpa harapkan ehsan si dia. Saya percaya, kebanyakkan bakal pengantin di sini pun, kita hanya la gadis biasa yang menjalani hidup realiti biasa. kan?

1. Raoul
Saya ingatkan ada kedai Raoul di MV tapi tak terjumpa pula. Jadi kami menapak ke butik Raoul di The Garden. Saleperson baik dan ramah. Harga kemeja bermula dari RM300+, begitu juga dengan wallet dan belt. Cufflink di Raoul cantik. Ada design yang trendy dan ada yang lebih kasual. Harga cufflink bermula dari RM180++. Tapi selepas diskaun, semuanya akan murah sikit. Saya yang kononnya nak bagi kemeja Raoul untuk hantaran tapi malangnya D tak suka fabrik kemeja Raoul jadi dia tolak mentah-mentah. Tapi saya percaya, masih ramai yang sukakan Raoul.

2. Tissot
Kalau ada yang nak bagi jam Tissot pada pasangan, jangan segan-segan nak masuk butik Tissot di MV. Saleperson Tissot amat membantu. Siap buka kan buku koleksi depan kami dan tolong kami cari design yang kami nak, memandangkan yang kami nak tiada di butik tu. Dia bagitau, yang dia boleh call center dan minta delivery untuk model jam yang kita nak kalau stok masih ada, tanpa sebarang cost tambahan. Jangan takut-takut nak tengok barang di Tissot sebab tak semua jam ni disini harga RM2K ke atas. Harga bermula pada RM500. Untuk jam yang special edition, harga tidak akan berkurang. Tapi jam-jam lain, harga memang akan turun selepas diskaun (jika ada).

3. MAC
Kadang-kadang, saya segan masuk MAC kadang-kadang pasal salesperson yang lelaki, kadang-kadang kulit mereka lagi licin dari kita orang perempuan. Jadi kadang2 rasa low self estee sangat. Haha. Ok, masa saya masuk, MAC saleperson seperti biasa memang akan alukan kedatangan kita (kecuali kalau tengah peak hour gilas). Jadi saya terus aje bagitau barang-barang yang saya nak, spesifikasinya bagaimana. Biasanya, kita boleh dapat perhatian sepenuhnya kalau orang tak ramai dalam kedai tu. If ramai, kena la gak berkongsi :P Kalau ada siapa-siapa yang belum pernah masuk MAC, nasihat saya, minta pendapat saleperson di situ. Mereka amat mudah untuk berkongsi pendapat tentang warna, produk dan tips2 makeup. Kalau kamu tak tau macam mana nak apply warna eye shadow, minta saleperson tu ajarkan. Macam kes saya, abang lembut tu kata, 'You pakai tudung, mesti you tak gi club. Warna ni untuk orang gi clubbing. You amik warna lembut ni, sesuai untuk you pakai hari-hari pergi keja. You pakai macam ni tau.. yada yada yada--Ok, noted!! :P Walaupun kebanyakkan mereka berbangsa Cina, kamu tak perlu paksa diri cakap dalam bahasa Inggeris. Kamu cakap sahaja bahasa Melayu dan mereka sedaya upaya akan membantu kamu walaupun bahasa melayu mereka pelat. Bahasa bukanlah kekangan.

4. MPH
Biasa, di MPH kita semua akan buat hal sendiri kan? Takde sapa yang akan perhatikan dan biasanya saleperson akan membantu bila kita nak koyakkan plastik atau mencari di mana section kita. Saya nak kongsi sesuatu yang buat saya rasa sedar di MPH. Masa saya beli Terjemahan al-Quran, saya perasan yang bahagian situ, teramat la berhabuk. Tetiba rasa macam sedih aje. Nampak sangat bahagian tu paling kurang dibersih dan diusik.. :?( Oh ya, kalau ada yang nak jadikan buku bacaan sebagai hantaran, akan ada satu section dalam kedai (biasanya di pintu masuk kedai) yang akan letak buku-buku yang kiranya hot dan bagus untuk kebanyakkan koleksi buku. Jadi kamu boleh pilih senarai buku agama di koleksi itu. Tapi pastikan, pasangan kamu memang jenis suka membaca. Karang, berhabuk pulak buku tu di rumah.

5. G2000
Kedai favourite D. Baju tahun ni warna agak striking. Tapi D kata, nak baju biasa-biasa sahaja. Warna peach. Saya suka pasal ada butang cufflink. Nampak smart bergaya. Tapi entah kenapa kami tak jadi beli ye? Saya rasa, lepas D cuba seluar slack G2000, dia terus takmo apa-apa. D kata seluar G2000 potongannya fit. Mungkin dia terima kejutan budaya kot. Saya tengok model kat dindang tu pakai elok aje? Takpe la, pasal akhirnya kami tak jadi amik pun kemeja :P

Kesimpulan shopping kali ni, membelilah ikut budget yang telah dirancang. Buat apa nak kalah membeli menang memakai; kalau kita boleh menang membeli dan menang memakai, kan? Jangan pasal tak mahu kalah 'nama' di atas dulang, kita membeli di luar kemampuan kita. Yang penting juga, beli sesuatu yang pasangan kita suka kerana yang hendak memakai dan menggunakannya adalah dia. Kita hanya sekadar menumpang nama sebagai pemberi. Buat apa nak siksa orang yang kita sayang, sekadar kita nak menang bergaya di mulut dan ingatan orang.

Tapi, bukan maksud kita tak boleh belikan si dia barang yang mahal. Semua tu adalah hak individu. Saya sendiri pun, ada barang D yang saya belikan sedikit mahal dari yang lain. Sekali lagi, semuanya berbalik pada budget masing-masing.

Iye, kita selalu dengar orang kata, kahwin sekali, beli la sesuatu yang istimewa. Tapi istimewa sesuatu hantaran tu bukan terletak pada mahalnya atau pada tag 'limited edition'. Takde yang lebih mahal dari keikhlasan seorang isteri kepada suaminya, kan? Begitu juga sebaliknya.

Kerana erti hantaran tu terletak pada yang memberi.

p/s: Kalau ada sesiapa nak kongsi pengalaman shopping, tak kisah di mana pun kedainya, boleh kongsi di kotak komen ya?


22 Disember 2009

12 comments:

Anonymous said...

hmm...kalo tingin nk beli cam Dunhill nye brg, tp sogan gile nk masok butik die,g je bhgn dunhill kt dlm parkson/isetan klcc...etlis x de laa mundar mandir kt depan butik die tu...

same goes gak laa utk brand2 lain, kalo segan sgt nk tolak pintu derang yg mcm ckp "HANYA UTK YG MAMPU AJE", maka pegi laa yg kt dlm parkson ke, isetan ke..dpnds laa, kdg2 x sume sales person die eksyen, tp kebanyakkan nye camtu laahh....tp sokong ngn xora, kne pakai pakaian yg kite rase kondipen...

xora said...

haah Anony, nak masuk kedai cam tu, takleh teragak2. terus tolak pintu dan masuk. Jangan pulak gaduh dgn bf kat depan kedai tu pasal tgh berkira2 nak masuk ke tak.. Kadang2 muka, sorry to say ye, muka kena yakin bagus sikit :P baru akan berjaya :P

Anonymous said...

xora kita serupaaa.. duit kuar sendri. no sponsor2 kecuali bab mkn. hantaran items tu bape kali tukar nak bagi fit n my budget.hehe..

Miss A on December 22, 2009 at 11:17 AM said...

betul2...sokong xora..penampilan diri tu penting... tp apepun berbelanjalaa ikut kemampuan dan yg penting brg2 yg kita perlu dan akan pakai. Rugilaa kalau beli barang yg mahal or branded sbb nk nmpk grand kt dulang tp last2 x guna pun sbb x suka..kan dah membazir tu...

harzharun on December 22, 2009 at 11:56 AM said...

"b. Jangan berhenti di tengah-tengah kedai lepas kamu masuk. Kamu akan kelihatan macam anak kecil tersesat kat pasar malam"- xora dearie...mcm i je tu..alahai..i slalu g2 lbh2 lg kalo jln sorng2 kat kedai2 selera besar...tp mebe sjk keje ni dah reti sket kot...wat2 la control kan...
btw...nak tambah sal perfume...kalo nak bli jgn tgoda dgn design botol smata2....kalo suke sgt botol..bli yg kecik jer..at least x la mbazir bl x suka dgn bau dia.(pengalaman sendiri)...

fakhariah said...

salam..baru jumpa blog ni..menarik dan byk info..perasaan skrg amatlah seramnya..byk persiapan belum beres..1/2 beres..huhuhu..tinggal 67 hari until my big day..

Potlandlord on December 22, 2009 at 6:28 PM said...

sana sini bakal pegantin dah busy.saya pula masih garu kepala.tak tahu nk start dari mana.hehs.

Anonymous said...

samela kite..sume guna duit poket sndirik..so,nk beli yg mhl2 mmg la tak mmpu..terpaksa ikot budget poket sndri..

xora said...

Faratul dan Ayu: Bila kita takde sponsor, kita rasa lebih berdikari kan?
Ida: haah, beli ikut barang apa yang dia suka kan? kalau dia dah bagi hint tak suka tu, jgn la beli. mmg dia takkan pakai :P
Harz: Thanks for the tips ya! tapi nk beli botol kecik tu, jenis yg 30ml atau yg sample ye?
Fakh: 2 bulan aje lagi ye sebelum ke majlis? takpe, kadang2 kita rasa byk benda tak siap lagi, tapi kadang2 kita aje panik. semoga berjaya Fakh
Pot: takpe, byk website B2B yg boleh tlg kamu :)

sh.athie on December 23, 2009 at 10:47 AM said...

OMG, xora.. I'm surprised la, u addressed pasal I at the beginnign at your entry.. Baru je terjumpa your blog ni.Btw, I love reading ur blog, coz I find it's very informative. Especially, tips bila first time nak masuk kedai2 yang biasanya kita tak pernah nak jejak, pemakaian mmg main peranan yang penting. =)

fakhariah said...

thanks xora..
betullah saya sendiri yg panik,padahal ikut perancangan majlis saya tu agak teratur jugak lah (ni utk sedapkan hati sendiri)..oh ya,blh sape2 bantu saya utk cari butik yg sewakan veil yg cantik..butik yg saya sewa baju pengantin tu tak lwa veilnya.Saya ada tgk satu butik kat ampang park,letak deposit RM200,harga sewaan RM100..klu lah ada yg murah lagi..

xora said...

Sh: hihih.. nasib tak lemas diombakkan saya kan? :P saya dah masukkan link kami dalam post ni. Mudah untuk kawan2 lain jenguk2

Fakhariah:gudluck ya mencari veil kamu!

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates