Salam dan hai
Terlebih dahulu, nak ucapkan selamat membaca kepada pembaca tegar ke 56, Jaja!!
Saya tak sihat sekarang ni, jadi tak dapat menulis seperti kebiasaan. Mungkin lepas dah sihat balik, baru dapat menulis sesuatu berbaloi untuk dibaca oleh kawan-kawan yang lain ya?
Oh ya, bulan Disember ni memang bulan orang kahwin. Merata-rata saya nampak tunjuk arah, berbagai-bagai rupa dan style, dicucuk di sana sini. Ada di rumput, ada gak yang di lampu isyarat.
Bulan ni juga, saya ada 6 jemputan kahwin.
Pitam!
Tapi yang paling saya pitam, majlis pada 19 Disember nanti. Ada 3 jemputan serentak-- satu di Shah Alam, satu ni Uniten, satu di KL.
Ikutkan hati, semua saya nak pergi.
Tapi saya cuma berharap, keadaan dan masa mengizinkan.
Salah satu jemputan pada 19hb Disember ni pun, adalah kali pertama saya menerima jemputan dari blogger lain. Cik Azian. Sebelum-sebelum ni, saya tak response kepada bloggers yang murah ati menjemput semua bloggers lain untuk datang ke majlis diatas faktor takut tak dapat memenuhi jemputan mereka, selepas tengok tarikh kenduri mereka yang sama denan kawan-kawan saya yang lain.
Kad Azian yang bewarna silver metalik, tiba dua hari selepas 2 kad jemputan lain untuk hari yang sama, telah saya dapat. Comey saya tengok, dia tulis dengan nama Xora dan Mr.D-- super cute!!!
Pitam~
Tapi apa-apa pun Azian, saya akan cuba penuhi jemputan itu nanti. Saya berharap sangat dapat tiba semasa pengantin tiba, tapi dua-dua majlis yang lain, juga berharap saya tiba masa mereka sampai.
Aduuuhh..
Takpe yang penting, kita penuhi jemputan :)
Cik Azian, seminggu aje lagi kan??!! Boleh la lepaskan rerama dari dalam perut tu :P
11 Disember 2009
1 comments:
xora,malu lah saya kamu letak gambo kad dgn tulisan yang super buroks itu. hahaha...
anyway, mmg ramai yg kawen on that date. giler hot date :p. even my friends pun ade 3 org kawen hari yg sama.
mmg dah tak sabar nak lepaskan rerama dan nak tunggu bunga pulak di hati ;p
Post a Comment