Salam dan hai
Pembaca tegar dah 55, tapi saya tak tau siapa yang baru. Susunan kat Follower dah tak macam dulu, tak dapat keep track. Tapi apa-apa pun, selamat datang dan terima kasih ye kepada pembaca tegar ke 55!
Semalam, baru saya bagi teka-teki, akan ada majlis berlangsung dalam hidup saya.
Ok, saya dah janji yang saya akan ceritakan. Cuma saya tak tau nak mula dari mana. Tapi saya cuba ya, coretan seringkas yang saya boleh.. Walaupun saya sendiri kurang pasti, apa nama yang sesuai untuk diberi pada majlis yang baru berlangsung ini.
Rancangan amat last minit. Dalam minggu ni, baru tetapkan tarikh untuk pertemuan ibubapa kami, pada 5 Disember 2009. Maka saya kira, ni upacara merisik untuk sampaikan cincin tanda-- sebagai tanda confirm :P Merisik untuk bincang keperluan majlis, hantaran, tarikh dan perkara-perkara lain.
Memang saya dari awal buat keputusan tidak mahukan sebarang majlis. Tiada pelamin, tiada kenduri, tiada khemah, tanpa kehadiran sahabat rapat, tiada baju tunang, tiada upacara sarung cincin. Saya mahukan majlis yang teramat simple dan mudah. Hanya ibu bapa saya dan adik beradik saya. Kawan-kawan terdekat pun, mana yang sempat dan ingat, saya bagitau secara lisan sahaja. Mereka faham, tiada jemputan dari kalangan kawan-kawan. Tapi mereka amat murah hati SMS wish saya selamat maju jaya :)
Saya memang nak majlis yang mudah. Permudahkan aje. Tak perlu semak-semak. Kalau saya nak semak, saya akan buat pada masa majlis nikah dan sanding-- itu pasti!! :P
Mula-mula memang tiada rancangan sebarang barang hantaran/ iringan. Tapi tetiba, D bagitau yang mak dia nak bagi buah tangan; buah-buahan dan kek, jadi saya terus menggelabah menggagau cari apa untuk dibalas dalam minggu ni juga!
Alhamdulillah Wan nak sponsor cupcakes-- yang gilernye cantik, lebih dari yang saya harapkan :) Disebabkan borak dengan dia tempoh hari, dia bertanya warna tema apa, baru saya teringat yang saya pernah tulis tentang nak gunakan warna peach-apricot. Maka, gunakan aje la warna ini dalam barang buah tangan.
Biskut Choc. chips pun buat baru sempat buat malam sebelum. Ni atas permintaan D, dia nak saya masak. Ikutkan ati, saya rembat aje dari Famos Amos-- senang makcik :P Sebab tu bekas pun tak semenggah hihihi.
Coklat Hershey's dan Patchi. Pun baru beli Jumaat hari tu.
Selesai.
Kemudian, malam sebelumnya D bagitau, mak dia dah gubah buah tangan. Terus saya menggagau cari hiasan. Pasal last minit, maka saya cuma hias dengan riben dan bunjut cam bunjut Adabi. haha. Pakai baki kain net masa abang saya kahwin dulu. Maaf lah makcik, saya memang tak sempat buat apa.
Bunjutkan aje. Buruk, iye yang itu saya sudah sedia maklum.
Sebelum (kiri) dan sesudah (kanan)
erm.. Masih buruk. haha. Takpe la.
Saya cuma hias pakai riben
..dan manik (baki manik baju --lekatkan kat kain net :p hohoh)
Jadi kurang sikit buruk (sedapkan ati)
Cupcakes pun saya selitkan riben peach tu. Nak kasi habis riben.
Siap sudah tiga barang buah tangan, 2 jam sebelum pukul 5petang. (Gila benci tengok bekas biskut tu!!)
Lepas mandi, saya pun masak mee goreng Blackpepper pulak.
Kalau orang lain gelabah dan menggeletar kena sarung tangan dengan bakal mak mentua, saya pulak menggelabah kena masak untuk keluarga bakal mentua. Kena amik hati oo. Lagi payah. Tak sedap kang, habis kena reject!
Air pun abang saya kata manis. Am kata, orang nak kahwin buat air memang manis.
Pandai aje la ko gemok.
Dalam 5.30 lepas keluarga D datang, (D ada kat rumah dia tengok tv. langsung takde perasaan :P) Orang tua bincang hal-hal penting dan saya cuma duduk disebalik langsir, curi-curi dengar perbualan mereka :P K.Rina pun buat-buat tengok TV, tapi dia pun curi dengar dan jadi informer saya :P K.Rina memang terbaik!! Terima kasih pada K.Rina dan Am yang belikan egg tart :) sedap sangat!!
Dalam 6:30, lepas selesai makan-makan dengan meriahnya--sampai mak D kata, "Banyaknya makanan. Dah sampai, air teh dengan egg tart. Lepas tu makan bihun goreng. Sekarang makan buah pulak"-- Ye Kami Jawa memang suka makanan sepenuh-penuh meja makcik :); maka kedua orang tua D pun gerak balik.
Meninggalkan saya dengan 3 buah tangan. Mak dia sendiri yang gubah. Pasal tu saya rasa, nanti nikah, buruk ke cantik ke, saya kena gubah sendiri. Malu la, anak dara hantar gubahan kat orang lain :( Nity--sila take note.
Yang ni kek lapis berempah, ada buah prun
Buah-buahan
dan..
Seperti yang dinanti-nanti-- cincin!!
Ini cincinnya.
Seperti mana yang saya nak!! Cincin belah rotan, corak-corak mengelilingi bulatan. Jadi tiada titik tengah, pusing macam mana pun, tetap nampak sama :) Tidak mahu cincin terbonjol batunya, nak jenis tertanam. Cukup yang ini. Saya amat suka. Sebenarnya, amat cuak pasal mak D dah kata, cincin risik dia nak pilih sendiri. Jadi redha aje, tapi untuk elakkan konflik dikemudian hari, saya bincang dengan D cincin macam mana yang kami suka dan dari kriteria tu, D sampaikan pada mak dia.
Komunikasi itu penting ye kawan-kawan.
Oh ya, mak dia bagi cincin, inclusive sekali dengan cluth ni. Yeah!!
Sekarang, tunggu satu cincin untuk diletak di huruf N-- Nikah :)
Nota: Erm.. sebenarnya saya lupa nak amik gambar cincin. Gambar ni diambil di depan monitor computer, sedang hendak tulis post ni :P
Oh ya, sukahati untuk saya kongsi; Hasil perbincangan kami, kami sepakat untuk
1. Majlis serentak bagi kedua-dua pihak
2. Nikah di masjid
3. Wang hantaran dalam nombor ganjil
4. Wang hantaran tak perlu letak dalam dulang
5. Tarikh nikah dan sanding sudah dipersetujui
Tarikh majlis nikah dan sanding, telah diserah bulat-bulat oleh orang tua kami kepada kami berdua untuk tentukan.. Alhamdulillah! Sudah pasti kami memilih tarikh special kami. Tapi sekarang cuma berharap, berjumpa dengan dewan yang sesuai. Jika dewan sudah dapat, majlis insyaAllah akan berlangsung seperti pada tarikh yang dirancang.
Ada juga beberapa perkara yang tidak berjaya mencapai kata sepakat. Tapi bagi saya, itu hal kecil dan tak perlu untuk saya tulis secara terperinci kot :)Sebab apa-apa masalah pun, boleh dibawa berbincang kan? Ada kurang di sini, dapat lebihnya disana. Tiada masalah, asal otak dan emosi dan tenang :P
Ooops!! Sambutan majlis ni tak habis disini. Esok pagi (pagi ni la), saya naik beskal dengan homiez saya di Taman Botani-- cara saya menyambut majlis tu cara saya-- bakar lemak berlebihan bersama Shima dan Nity hihi
Ngomelan Xora: Jangan terlintas rasa kesian pada saya, sememangnya tiada satu pun ingin saya ubah tentang majlis tu. Semuanya sempurna kerana jauh dilubuk hati saya, bahagia sudah lama datang. Cintai orang yang mencintai kita :) Kerana saya disini bukan untuk mencari cinta yang agung, tapi cinta yang halal untuk saya.
Doakan ya InsyaAllah..!
6 Disember 2009
9 comments:
kamu sangat comel..sangat sederhana..luv it. neway tahniah xora!
Terima kasih Fadz! :) sudah selangkah kehadapan :P
sungguh terharu dengan ayat pun yang terakhir...cewahhhhhh..
tak sabar nak tunggu majlis ko...yeay!!!
ko better jgn membuyung sarat masa tu ok shima. smada ko baru beranak atau bakal beranak 4-5 bulan lagi aje.. jgn pantang. aku cekik ko
xora.. tahniah.. arini baru sempat jengah blog2 org.. huu..dah tunang rupanya.. tahniah :-)
xora dearie....sgt hepi untuk u bl bc dis post....tp jd tharu dgn nota kaki tu...apa2 pun...semoga cinta kalian ke jinjang pelamin yg u nak..n semoga ke hujung nyawa okay...
btw, my en tunang sgt degil...i nak cincin belah rotan dia bg cincin batu2....i xkisah..asalkan cun..hahaha
hahaha betul. saya pun buat air manis :D. terkejut mak
salam..
sy baru baca tips2 di blog xora ni. Mmg sangat berguna.. Arini baca post pasal merisik ni, baru tau majlis buat serentak..
Boleh tak share.. majlis serentak ni atas cadangan xora dan husband atau ibu bapa.
Mungkin boleh buat panduan utk saya nnt kalo nk usul cadangan buat majlis serentak.. :)
Kalau ikutkan, saya, suami dan ibu bapa masing-masing mmg tak mahu majlis bertunang. tapi takde komunikasi antara kami semua. Tapi lepas saya dah bincang dengan suami, dan saya usulkan pendapat ni pada parents saya, diorang lega la pasal diorang pun memang tak mahu majlis tunang, cuma kalau saya nak, diorang akan buatkan. tapi memikirkan konteks adat, jadi kami buat juga majlis serah cincin tanda. cuma bezanya memang takde majlis besar-besaran, sekadar nak jumpakan ibu ayah kedua2 belah pihak dan makan-makan petang sahaja. saudara mara pun memang tak ada dan tak tahu pun. Cuma ada adik beradik kami sahaja.
Post a Comment