Salam dan hai.
Kali ni kena ombakkan tiga orang serentak sebagai tetamu pembaca tegar kali ni..!! Ayunni, Hunny dan Sue Terima kasih kamu bertiga atas kesudian singgah masuk ke blog ini :) .
Kali ni, saya nak kongsi pengalaman pertama membeli barang hantaran hari ini (Abaikan aje tempoh yang masih jauh.)
Amaran:
Post ini bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk belian barang-barang yang dinyatakan.
Punya la semangat nak membeli, tepat 5pm saya sudah cabut dari opis, mencicit balik ke rumah dan minta ayah tolong hantar ke Komuter, untuk pergi ke MidValley pasal D kerja kat area situ. Erm.. entah berapa lama kali terakhir naik komuter ni...
Dan saya masih menyimpan imaginasi untul menari pole dancing :)
Ok, kembali pada topik--- selama ini saya jangkakan, mencari barang hantaran ni sama sahaja macam kita shopping hari-hari. Macam kita jalan-jalan tengok barang dengan kawan-kawan perempuan pada hari Jumaat. Tapi rupanya tak sama langsung.
Menjadi-jadi perangai cerewet.. menjadi-jadi perangai tamak..Semua yang dirancang beli, tak menjadi!
Panjang ceritanya, hampir 4 jam melilau di Midvalley, keluar masuk kedai, pusing jalan yang sama 4-5 kali, tapi takde perkembangan langsung!
Walaupun rancangan asal, saya nak selesaikan 5 barang hantaran untuk D terus; tapi akhirnya, cuma berjaya dapat buku agama sahaja. Saya beli di MPH, tiada diskaun diberi. D kata, ilmu tu tak ternilai dengan wang.. huhuh...Lazer ok dia. Ok, ni la buku agama yang D nak sangat saya beli, "Indahnya Hidup Bersyariah" dari Dato' Ismail Kamus
dan D nak Terjemahan Al-Quran Al-Karim. Maka belikan juga.
D pulak, takde rancangan awal nak beli barang hantaran untuk saya, tapi entah macam mana, ayat D 'kita tengok-tengok aje la kat MAC dulu' tu, terus terjadinya belian.
Maka 'terbeli' set MAC yang ini- Pallet untuk lipstik+gloss, blusher dan eye shadow. Abang lembut tu kata, keluaran ni khas untuk X-mas. (Iye ke ko ni, entah-entah tengah bulan depan, ada lagi)
Ni set eyeshadow ada 6 warna
1 lipgloss (kiri) dan 2 lipstik
1 blusher dan 2 beauty powder (beauty powder tu boleh apply sebagai powder muka untuk nampak muka pinkie sikit dan tak pucat; dan juga boleh dicampur warna--kata abang lembut tersebut)
Cantik kan warna dia?? Mesti la cantik, abang lembut tu yang pilihkan :P haha. Harapkan saya, huh entah apa warna saya pilih.
Takde free gift, cuma paper bag cantik ni aje. Best gak pasal penutup pakai benda lekat-lekat cam kasut budak sekolah rendah tu.
Buat masa sekarang, ni aje set makeup yang saya beli. Mesti ada yang tertanya, kenapa saya tak beli aje set biasa dan minta staff tu ikatkan untuk dijadikan hamper kan? Pasal saya memang tak mahu set. MAC ni memang gunaan harian saya, jadi sekadar nak rasa istimewa, ini la cara saya-- beli barang dari jenama yang sama cuma dalam produk yang berbeza. Kalau nak ada tambahan pun, saya cuma nak produk semburan untuk lock make-up sahaja atau krim untuk bagi makeup tahan. Compact powder dan eye liner saya tak mo pasal tu kegunaan harian saya. Tapi rasanya takmo tambah dah. Cukup la dengan apa yang dah ada. Lebih dari cukup dah :)
Penat berjalan. Berapa kalori ye saya bakar :) Tapi.. pada pukul 10pm, saya gi bantai makan Prosperity burger yang ayam tu.. erm!!!! Bagus. Patut la ticker berat tu laaaambat giler nak turun!
Mungkin hari ni kami akan teruskan ekpedisi ke OU pula! Kalau berjaya, saya akan upload lagi di sini.
D asyik pesan pada saya, jangan guna makeup MAC tu. Memang geram juga tengok, tapi saya masih boleh tahan diri lagi. :) Kena cuba juga tahan diri! haha
Sekarang, siapa kata shopping itu mudah??!!
P/S Dalam post akan datang, saya akan kongsi tips cara meredah masuk ke kedai yang kita tak pernah masuk dengan penuh keyakinan dan tidak dipandang sinis. Tengah kumpul maklumat dulu :)
18 Disember 2009
6 comments:
xora, sy x sabar nk bace ur coming post ^^
btw sweet sangat ur palettes!
xora, mmg btol pun kalo nk shopping brg hantaran terlebih² cerewet dia. tataw la nape.
lg satu, cara sy nk tahan dr 'terpakai' brg² hantaran, sy pass terus kat tunang sy suruh simpankan. agak berkesan jugak la sbb takde dpn mate. hehe..
babe..indahnya hidup bersyariat ni sgt BEST! cover semua cara hidup as a muslim..dari saat bayi dilahirkan hingga saat kita mati..
minx dia simpan je semua barang2 tu..mcm aku buat dlu..minx suami simpankan semua barang2..klu x, confirm aku dh guna smpi habis perfume aku :p
PAT: masih dalam proses menulis :) sabar ye PAT
Haliza: Cam saya terbalik pulak, D yang minta saya simpankan pasal dia takut dia terguna perfume :P
snm: Aku terbalik, D yang minta aku simpankan. Dia lebih percayakan aku dari diri dia.. haha. Cuma dia kadang2 cam curiga bila kuar dgn aku, mesti dia tanya lipstik ni lipstik baru beli hari tu ke?? :P
diet xora..diet!!!!
...btw, sgt bestnya kalo leh shoping slalu dgn buah ati...
sgt susah PJJ tau...
Post a Comment