Salam dan hai
Ini adalah post yang ke 155! Walawei... Pembaca tegar pun 55 orang. Cam berjanji pulak! :)
Saya nak bercerita tentang majlis saya. Kalau orang lain, mungkin selepas majlis tunang, mereka boleh kongsi maklumat tentang vendors mereka; siapa tailor, siapa katerer, siapa juru makeup, etc. Tapi majlis saya tiada semua itu.
Tapi tetap nak kongsi sedikit maklumat (takmo ketinggalan juge :P)
Cupcakes saya dapat sponsor dari the one and only myLaling; Wan Yazlini Marlina. (Wan is so gonna kill me for uploading this image :P)
Cantik sangat-sangat. Gambar cupcakes tu pun dah banyak saya letak dalam blog ni. Kalau ada siapa-siapa yang berkenan, sila hubungi emel Vanila Cakes & Such atau buzz sahaja mereka di Facebook di www.facebook.com/VanillaCakesNSuch
Yang ni gambar official dari page Facebook mereka :)
Untuk coklat Patchi dan Hershey's, saya sudah tulis di post yang ini.
Coklat Chips tu pulak, pakai resepi yang saya dapat dari MyResipi.net. Cuma saya olah ikut rasa dan pengalaman sikit-sikit. Resepi ni khas untuk Kak Ana, kakak ipar saya yang hantu cookies :P
Apa ada pada rupa? :P
Bahan-bahan
1 buku buttercup
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 cawan gula halus (kurangkan jika tak mahu manis sangat)
1 cawan gula perang
1/2 sudu teh garam
2 biji telur
1 sudu kecil vanila
2 cawan oat yang dimesin
12 oz choc. chips
1 cawan walnut (cari yang sudah dipanggang)
1/2 cawan kismis

6 oz. coklat masakan dicincang
1 bar coklat Cadburry Dairy Milk (size paling kecil tu) dicincang
10-15 biji coklat Hershey's dipotong kecil dicincang
* Ayakkan bersama tepung gandum, tepung jagung, soda bikarbonat dan baking powder.
1 bar coklat Cadburry Dairy Milk (size paling kecil tu) dicincang
10-15 biji coklat Hershey's dipotong kecil dicincang
* Ayakkan bersama tepung gandum, tepung jagung, soda bikarbonat dan baking powder.
* Kalau nak tambah almond, pistachio, atau kekacang lain pun boleh :)
Cara-cara
1. Pukul butter sampai kembang (dari warna kuning jadi warna putih sikit)
2. Masukkan gula perang dan gula halus, teruskan pukul sampai sebati
3. Masukkan telur, garan dan esen vanila.
4. Campur ayakan tepung, pukul sampai sebati.
5. Kemudian masukkan oat dan teruskan pukul adunan.
6. Berhenti memukul adunan. Masukkan walnut, coklat masakan, Cadburry coklat dan Hershey's. Kacau adunan dengan.. erm.. tak tau saya namanya, tapi amik sudu besar sikit, untuk godek-godek adunan kasi sebati :p Warna adunan kena tukar kepada warna coklat, dari warna putih.
7. Masukkan Coklat chips dan kacau sebentar. Ketepikan (tutup takut lalat masuk) dalam masa 15-20 minit. Tak perlu masuk dalam peti ais. Suhu bilik pun cukup.
8. Panaskan oven selama 10 minit, pada suhu 170darjah.
9. Sementara waktu, sediakan loyang. Sapukan lapisan nipis Planta supaya biskut tak melekat.
10. Sudukan 1 inci adunan ke atas loyang (saya sudukan pasal tak mahu pegang dengan tangan--lagipun susah nak pegang dengan tangan pasal adunan akan cair kat tangan saya pasal tangan saya panas).
* Nota: Size adunan bergantung. Macam saya, mula-mula saya buat terlebih besar. Jadi saya kurangkan kepada lebih kecil.
11. Masak selama 10 minit-15 minit, pada suhu 170 darjah.
12. Bila sudah masak, keluarkan dan letak dilantai supaya haba loyang terus ke lantai (cepat sikit sejuk). 2-3 minit, pakai peralatan bersesuaian untuk umpil biskut dari loyang.
13. Anginkan biskut supaya biskut rangup. Caranya, susun coklat atas tray yang ada besi-besi, bagi berangin. Bila dah sejuk, masukkan dalam bekas bersesuaian.
14. Sambung sudukan acuan sampai habis.

* Setiap kali lepas masak, bersihkan loyang dengan cara umpil kerak biskut pakai sudip plastik ke apa ke. Supaya biskut masak sekata.
* Size biskut pun kalau boleh jangan terlalu beza, nanti masak tak sekata juga.
Mee Goreng Blackpepper
Bahan-bahan
Bihun sebungkus (rendam dalam air spaya lembut)
5 ulas bawang putih
1 1/2 sudu sos tiram
1 1/2 sudu teh blackpepper yang ditumbuk halus (jangan pakai serbuk ajinomoto blackpepper. Rasa tak sama)
Ayam dipotong kecil/ dadu
Fishball dan meatball (jika nak)
10-15 tangkai aspragus, dipotong panjang
1 biji lobak merah, dipotong panjang
1 atau 2 kiub ayam (kalau ada air pati ayam/renehan ayam, tak perlu pakai kiub)
1 1/2 cawan air masak (kalau ada air pati ayam, ni pun tak perlu)
Garam secukupnya.
Cara-cara
1. Tumis bawang putih sampai wangi.
2. Masukkan sos tiram, kacau-kacau. Masukkan serbuk blackpepper. Kalau pakai kiub ayam, masukkan masa ni.
3. Masukkan ayam, fishball dan meatball. Kacau sampai separuh masak.
4. Masukkan lobak dan asparagus. Kacau lagi.
5. Masukkan air masak. Kalau pakai pati ayam, masukkan masa ni.
6. Biar mendidih sikit, sebelum masukkan bihun.
7. Masukkan garam ikut rasa.
8. Masak dan boleh diangkat. Hias dengan hirisan cili merah
9. Sedia di makan! :)
Sekian, kelas memasak saya hari ni :)
6 Disember 2009

7 comments:
Hai..sy pun biasa wat choc chip..tp mcm nk cuba resipi awk la skali skala..mcm sedap..yummy yummy!
ha, sila upload resepi kamu.. saya nak :)
pengsan jap tgk muke cam kenal...erkkk...
xora, tahniah! ^^ ingatkn ur pic yg cantik molek tu.hehe...
i dlu pun x de wat hantaran bagai,tp last minute fmil kt nk bg barang iringan,kelam kabut la me n ibu p carik.kelakar betul,bg muffin kenny rogers jek letak dlm box aeiou yg jual kt gift shop tu...
so i think yours mmg cantik sgt2 lah! cupcakes pn comel lg sweet!
xora..
tahniah..akhirnye selamat dah menjadi tunangan orang..so bile majlisnye..
dapat gak tatap wajah xora yg comel tu..sweet la..pink + putih..
upload lg gambar lain2 tu erk..please..
Laling: haha.. tu gambar profile ko dari Facebook. ko yakin utk letak, so aku yakin utk upload :P
PAT: ye, amat menggelupor cari barnag :P nasib cupcakes tu cantik, so dapat cover kepelikan hiasan utk coklat dan cookies tu :P hihihi.. thanks!!
Roy: lama tak dengar cerita kamu :)yg sweet warna pink -putih tu saya nye BFF kat opis. saya nye gambar takde. pasal muka minyak, masak kat dapur. sangat tak hot tau :P takpe nnt pre wedding insyaAllah saya uploadkan sbg ganti gambar tunang :)
im craving for beehoon rite now
lapar gile
Post a Comment