Salam dan hai..
Selamat membaca buat Fara, Lisa dan Ayu yang serentak menjadi pembaca tegar blog saya yang ke 50, 51 dan 52!. Terima kasih banyak-banyak. Tapi harap Fara dan Ayu dapat bagi saya url blog korang ye untuk proper introduction :) Kawan-kawan... Jom Ombakkan mereka!!!!~~~
Ok, kali ni saya nak tulis tentang Coklat.
Hari ni, hari mengumpul maklumat tentang coklat. Habis semua orang saya tanya, coklat apa sesuai untuk buat hantaran, tak kisah la tunang atau nikah. Sambil-sambil tu, saya berjumpa kawan baik saya, Google sebagai ejen perisik.
Jadi kesimpulan dari maklumat yang saya dapat, boleh dikatakan coklat terbahagi kepada dua kumpulan. (Giler la, coklat pun ada diskriminasi!! Kalau coklat ni boleh cakap, mesti dah ada pertubuhan NGO sendiri!).
Nota: Apa yang saya tulis hanya lah pendapat peribadi dan kalau ada pihak yang tersinggung, hanyalah kebetulan semata-mata dan saya betul-betul minta maaf.
1. Coklat-Yakin-Boleh
Coklat Yakin Boleh adalah lagenda coklat dalam kehidupan kita. Kita sudah mula berkenalan dengan dia dari bangku tadika. Walaupun boleh didapati di mana-mana sahaja, dari kedai 24 jam ke kedai RM2, namun rasa coklat ini tidak pernah menghampakan kita kerana kita Yakin Boleh dengan rasanya. Lemak berkrim disukai ramai. Coklat ini setia menemani kita pada waktu kita stress gaduh dengan boyfriend, masa kita stay up study malam-malam dan masa kita tengah PMS. Namun, disebabkan terlalu kerap bersama, coklat Yakin Boleh menjadi coklat yang biasa-biasa aje pada mata kita. Maka, disebabkan faktor ini juga, ramai memilih untuk tidak bersama dengan coklat Yakin Boleh pada hari-hari istimewa.
Contoh Yakin Boleh: Cadbury, Rocher, Hersheys's, Beryl’s
2. Coklat Mak Datin in Training
Semua coklat kategori ini memulakan evolusi kedatinan dari luar negara. Coklat mak datin ini tidak dapat dijumpai di kedai-kedai biasa mahupun Chowkit. Hanya bercampur gaul dalam kelompok mereka sendiri. Kalau coklat lain dijual dalam harga peket, coklat mak datin dijual dalam timbangan. Kalau coklat lain,orang boleh pegang-pegang dan campak-campak, tapi coklat mak datin, kedatinannya sampai kita takut nak pegang dan hanya tengok dari kaca. Balutan coklat memang sentiasa nampak menyerlah dan rasanya akan kekal dalam memori deria rasa dan kesannya mungkin selamanya (buat mereka yang betul-betul suka kan rasa coklat mak datin). High class chocolate. Coklat mak datin amat bijak dan manupulatif. Sampai kita sanggup keluarkan beratus untuk mereka. Biasanya persahabatan kita dengan coklat mak datin in training ni adalah tempoh yang singkat dan hanya bermusim, seperti musim bertunang, musim kena sponsor barang hantaran, atau musim bernikah.
Contoh coklat mak datin in training : Patchi, Lindt, Fidani, Chocz, Godiva, Bateel
Yang mana satu jadi pilihan kita?
Kalau orang dulu-dulu, jenama apa pun coklat tu, tak penting. Yang penting dekorasi coklat. Sedangkan Choki-choki dan jeli pun boleh digubah berbagai sampai menjadi rumah, katil dan masjid. Tapi sekarang, kebanyakkan dari kita lebih sukakan simple, elegant dan mudah di---rembat! :p. Pada amatan mata saya, coklat Mak datin in training la yang paling mudah untuk stand out tanpa perlu dekorasi yang rumit.
Tapi soalnya, adakah kita lebih pentingkan rasa atau rupa?
Tak dinafikan coklat biasa-biasa pun memang sedap, tapi coklat yang high-standard, pun memang sedap dan berbaloi dengan harganya. Jadi semuanya berbalik pada budget. Samada kita nak akui atau tak, kebanyakkan kita, mesti la mahukan jenama barang yang berlainan untuk majlis istimewa--kiranya macam kasi UP sikit. Ye la, nak bagi orang tersayang, mesti la nak bagi yang molek-molek. "takpe la, kawin sekali aje. Lepas ni takde nye aku nk beli coklat tu!" statement berani mati untuk sedapkan hati kan?
Kalau soalan sama diaju pada saya, sejujurnya saya akan simpan coklat mak datin untuk nikah dan coklat yakin boleh untuk tunang. Tiada sebab yang konkrit, cuma mahu simpan yang istimewa di saat-saat akhir. Tapi kalau saya nak bagi dia merasa sesuatu yang istimewa, mungkin kedua-kedua majlis pun, saya bagi coklat mak datin--tapi apa-apa pun, kalau rezeki mengizinkan.
Tapi saya rasa, yang mana pun pilihan kita, soalan yang paling penting kita perlu dapatkan jawapan : Coklat tu Halal ke tak?.
Tak kata coklat Mak Datin semua tak halal dan ada juga coklat Yakin Boleh, tiada tanda halal. Saya pun masih mencari jawapan.
Saya cuma berharap, bila kita nak mulakan ikatan yang halal, pastikan yang masuk dalam badan tu pun, halal juga ya InsyaAllah.
Selamat memburu coklat!
4 Disember 2009

7 comments:
xora, i was thinking of the same question? halal tak coklat tu..sape2 yg pernah beli maybe bleh bg skit info
wahhh..coklat mak datin tue very the yummy ok.hehhee
i akan pilih yakin boleh choc!
sbb my fav is van houten
gosh!
hi dear, love reading ur post so siap jd follower lg..gudluck on preparing ur big day..
bout the coklat, selama i hidup xpenah rase coklat mak datin..asyik makan yg yakin boleh je..janji sedap dan mampu milik and ofkos halal..
terpulang masing2..:)
tergelak gelak saya baca entry ni..
tp betul laa..coklat mak dating in training ni mmg manipulative tauu
its gud!nmpk mewah n exlusive tp meragukan pon xgune kan?
Niss: tu la, saya mencari juga info. Takde jumpa kata tak halal dan tak de jumpa kata halal. Kadang-kadang coklat Yakin boleh pun ada yang takde chop halal, seperate halal dan non-halal cam kat Langkawi. Camne ye..
Shalin:Betul!!!Baru first time rasa coklat mak datin tadi.. memang sedap gilos
Easy: Van houten pun ada packaging yang cantik2 kan, sesuai untuk hantaran :)
Za: Thanks! Sudi baca blog saya yg biasa-biasa ni :) tapi jauh lagi perjalanan ke majlis saya kan?
Cik Yaya: Ye saya setuju, saya telah dipukau lalu terbeli.. baru tadi benda tu berlaku :P ..adoi !
Faratul: Saya nak mencari status halal mereka tapi belum terjumpa.
Post a Comment