Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

26 August, 2010

Senarai Semak - Berjaya!



Salam dan hai

Lagi 65 hari menjelang hari bersejarah itu InsyaAllah, dan saya telah berjaya menyiapkan senarai semak! tepuk untuk diri sendiri*

Semalam ada majlis berbuka puasa di opis, jadi memandangkan saya masuk kerja 730am-430pm, jadi memang 3 jam menunggu waktu berbuka saya sempat siapkan senarai semak saya. Macam tak percaya. Agaknya, memang kalau sudah dalam mood, apa perkara dan kerja pun, lancar sahaja kan?

Tengah leka isi senarai semak-- tiba-tiba terkantoi pula dengan seorang kawan daripada Finance. Teruk saya kena gelak. Kantoi dengan orang Finance ni memang tak best. Cepat sahaja mereka kesan belanjawan 'apa' tu. Haih...

Tak apa. Cabaran ;p

Ok, saya tahu memang saya amat bergantung dengan format excel. Mata lebih selesa dan otak cepat tangkap tengok senarai tu. Suka Excel pasal boleh masukkan nota kecil kat kotak, tanpa mengganggu susunan perkara.

Walaupun sudah siap, tapi masih ada lagi yang saya rasa kena baiki sana sini. Rasanya, banyak perkara lagi saya masih lupa. Untuk perbandingan, kena semak semula fail belanjawan saya kot, baru dapat pastikan apa yang dah diatur.

Yang ni salinan untuk diri saya, bukan untuk diletak dalam blog. Kalau la format ini boleh terus dikemas kini daripada blog, memang dah lama saya letak.



Pada mereka yang pernah minta file excel Belanjawan dan Tentatif Persiapan, korang mesti tahu macam mana saya susun hal-hal majlis. Kalau tak biasa lihat, memang boleh menimbulkan kepanikan dan kekusutan--daripada gaya, nampak macam seorang yang amat teliti tapi realitinya, sesuai untuk orang malas nak baca banyak macam saya ;p Benda ni simple sahaja tapi susunan sahaja melebih-lebih sikit. Pendek kata: Poyo!

Kalau ada B2B yang nak buat perbandingan, seperti biasa boleh emel saya atau tinggalkan komen. Akan dihantar tanpa prejudis.

Esok Selangor cuti untuk Nuzul Alquran! Sangat best!!!!


Nota 1: Terima kasih SiKecil yang sama-sama kemas kini senarai semak majlisnya. Disebabkan senarai semak dia la, saya pun terpanggil nak buat senarai semak juga. Boleh rujuk senarai semak
dia disini


Nota 2: Ayah baru bagitau, orang buat kek ovennya meletop! Jadi tak boleh amik order. Erm. Sekarang saya mencari vendor buat kek yang harga bawah RM100 pasal saya nak kek amat simple untuk hantaran. Macam kat bawah ni. Tak perlu bunga apa-apa atau hiasan apa-apa pasal saya sendiri akan letak bunga hidup. Sesiapa ada contact, hargai sangat-sangat kalau boleh majukan nombor telefon mereka kepada saya (kalau ada website lagi best)



26 Ogos 2010


16 comments:

Mysarah Rahman on August 26, 2010 at 9:10 AM said...

nampak detail. i conteng dalam diary jer sume benda. macam biasa, kalau berpandukan excel or apa2 software mesti lebih take time :D

Lala on August 26, 2010 at 9:15 AM said...

yay! untung duk KL, keje selangor.!hehe
isnin cuti tak xora? lagi lama cuti.oyay!!hehe


thanks for the info. ingat dulu masa mula-mula nk kahwin, xora bagi belanjawan n tentatif tu. still ada dan guna!hehe

puan nona on August 26, 2010 at 9:31 AM said...

owhh dh siap senarai semak ek.saya punya xsemak2 lg.hehehehe

SITI on August 26, 2010 at 9:48 AM said...

cube try lola bakes.kek nya cantik dan aafordable.
web site www.lolabakes.weebly.com

SITI on August 26, 2010 at 9:50 AM said...

xora, about the cake, cube try lola bakes.Kek cantik, harga affordable n rasa pon sedap
website: www.lolabakes.weebly.com

♥S@R@♥ on August 26, 2010 at 10:10 AM said...

penting juga senarai semak ni kan..

kena belajar buat ni..

thanks for sharing ;)

Mrs Kecik on August 26, 2010 at 10:17 AM said...

secret recipe!! sedap. n simple pun ada. rm98. hehe..betul2 bwh rm100 kan..hehe

hana yoriee on August 26, 2010 at 10:22 AM said...

hehe..bagus dah semak..hana setiap kali semak mesti pening..agagaga..

Reen Tart Nenas on August 26, 2010 at 10:25 AM said...

try yg yumie ke yomie ke yg kat bangi tu... xpun, adorablecupcakes.blogspot.com nie yg aku order cuppies dulu :)

Ibu Najla on August 26, 2010 at 10:53 AM said...

eh, pejam celik..pejam celik dah tinggal 65 hr jer lagi ek. tapi semua persiapan nampak dah mula berjalan. bolehlah tarik nafas skrg xora :)

Nur Rawaidah Rahmat on August 26, 2010 at 12:04 PM said...

yeaaa, good effort xora . kena bagi hadiah kat diri sendiri ni hehe =) nora pun still guna tentatif xora bg, siap printed lg, coz nora suka softcopy dan hardcopy. thanks a lot !!! =)

Darling Aween on August 26, 2010 at 5:30 PM said...

i pun nak semak juga lah...hehe

Cik Puan Fia on August 27, 2010 at 3:53 PM said...

nak update jugak lah

Puan Aisya on September 23, 2010 at 11:34 AM said...

wah, teratur..sy nk juga..syasha87@yahoo.com.au

Anonymous said...

sy mau senarai semak ni blh x..email to fizah_roslan@yahoo.com

Syiqa Syafiqa on May 25, 2013 at 6:44 PM said...

salam kak..emel akat saya boleh? sekali dgn ketas kerja yg prevoiusly? Terima kasih byk2 ^^
sizyaqa91@gmail.com

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates