Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

18 March, 2010

Akhirnya..


Salam dan hai

Pembaca tegar yang baru, Nadiah dan Nora. Terima kasih sudi jadi pembaca tegar blog ni dan harap kita semua dapat berkongsi idea ya?

Akhrinya, dengan ini diumumkan---memang saya sedang mengalami kekangan idea untuk menulis. Kurang pasti adakah bersangkut paut dengan tekanan di tempat kerja? atau saya memang semakin kelesa dan suka bertagak-tagak untuk menulis? Atau sudah kering idea?

Mungkin semua sebab di atas.

Atau mungkin seperti dalam jadual persiapan saya, memang bulan tiga ni tiada apa yang perlu diuruskan buat masa ini.

Saya tengah berfikir dengan penuh paksaan supaya otak ni dapat berfikir, apa yang saya perlu tulis kali ni. Imbas kembali apa-apa kenangan atau perkembangan yang berlaku baru-baru ini.

Tapi rasanya takde. Ada yang masih dalam peringkat awal kemajuan, jadi belum sesuai untuk dikongsi.

Oh, baru saya sedar ada dua perkara yang akhirnya berlaku.

1. D dengan sukarela, tawar diri untuk mereka kad kahwin Dibuat Individu dengan Yakin kami (Konsep DIY dalam bahasa melayu. Dasyat bukan? :p). Saya memang berharap sangat dia tawar diri. Tapi tak pernah la bagitau dia, pasal saya nak dia buat dengan hati yang rela, bukan terpaksa rela :p

2. Akhirnya.. saya mengalami hentian dramatik dalam penulisan saya :P Saya hanya manusia biasa, ada masa idea mencurah-curah untuk dikongsi. Ada masanya, papan kekunci tidak seirama dengan otak saya :P Maka, terbitlah pos yang sekadar cecehan ini

Tunggu ye, sehingga ilham datang semula, saya akan menulis dengan tekun dan bersemangat.

Nota I: Pasti nuffnang aku jatuh merundum ni :P

Nota II: Maksud perkataan (sumber:
Dewan Bahasa Pustaka)

Kelesa: Malas, tidak rajin
Bertagak-tagak: berlengah-lengah

Saya menulis maksud perkataan pasal saya ada terima emel, ada yang kurang faham perkataan yang saya gunakan. Jadi saya harap, lepas ni takde yang tersilap lagi. Perkataan sebelum ni yang saya selalu guna:

Babat: Dalam konteks ayat saya, saya maksudkan perut saya gemok cam lembu :P
Tak semenggah: Tak senonoh


Sekian,

Ditulis dengan penuh kasih sayang, walau takde isiannya :P



18 Mac 2010

8 comments:

Unknown on March 18, 2010 at 8:41 AM said...

mia baru tahu perkataan tue..selaku cikgu pun..mia terkejut..pepun, ilmu baru gak utk mia...

P/s: i link ur blog utk rujukan wedding preparation

Mrs Kecik on March 18, 2010 at 8:51 AM said...

haha..mari belajar bahasa.

Riena on March 18, 2010 at 8:58 AM said...

hai..hehe..
memang kemalasan saya sampai tahap gaban.. nk melulis blog tak de idea, nk mencipta idea memang sangat malas. busy dengan persiapan cmni la..

hana yoriee on March 18, 2010 at 9:30 AM said...

idea..idea..sila dtg ke cik xora..hehe..

salfaizura on March 18, 2010 at 11:21 AM said...

mmg kadang2 kite jadi tak tau ape nak tulis...jadi rajin2 la ke blog n blog tuk dapatkan idea..jom tgk blog saya hehe....(promote!)

farahfatihah on March 18, 2010 at 11:21 AM said...

idea oh idea kembali pd minda cik xora kita...lalalala

Anonymous said...

cik xora mungkin boleh tulis tentang persiapan honeymoon. i.e, travel agent yang reliable..

Fiza Zainal Abidin on March 19, 2010 at 5:50 PM said...

Takpe dear...pape pun, all the best with your wedding yer :)

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates