Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

02 November, 2009

Ulasan 1: Perkara yang Saya Bengang


Salam dan hai

Saya nak buat ulasan tentang majlis. Berikut adalah perkara yang buat saya bengang dan tak puas ati, namun benda dah jadi. sesuatu yang saya banyak sungguh belajar dari hal ni.

1. Apa yang dirancang, tinggal rancangan.
Susah juga nak kawal penanggah yang hendak dibagitau setiap masa. Nasib baik saya ada kawan-kawan yang prihatin dan bagitau saya apa yang tak kena. Lesson learned: kalau kita dapat rasa orang tu akan sabotajkan majlis kita, keluarkan aje dia dari senarai. Usah jaga perasaan mereka kalau mereka takleh jaga majlis kita. Melayu dan unsur sabotaj memang tak dapat dipisahkan.

Ngapa pembawa bunga manggar saya pakai kasual?? (walau ramai orang tak kisah pun pasal hal kecik--tapi saya kisah!) Perkara yang sama yang saya persoalkan sedangkan sudah saya bagitau, pakai baju melayu. Tapi mereka tak dapat saya keluarkan dari perarakan sebab saya perlukan mereka untuk block camera tetamu dari ganggu OP bertugas. Sebab tu saya fikir, takpe la. biar mereka kasual, yang penting moment yang OP amik tu tak masuk gambar mereka pasal sudah saya arahkan mereka jalan jauuuuhhh dihadapan. Tapi, tup2.. (bersambung di point kedua)

2. Mak Andam tambahan
Abang Yus, OP kami dah pesan, mak andam tambahan ni terdiri dari sedara mara dan makcik-makcik yang fikir dia lebih tau apa yang kita nak lalu masuk campur tanpa tau perjalanan majlis. Ini pun berlaku pada majlis abang saya. Sedang elok saya susun bunga manggar jalan jauh gila dari pengantin pasal saya tak mau mereka masuk dalam frame OP dan beri ruang yang selesa untuk abang Yus amik shot kat red carpet pasal sudah saya briefing pada OP, berdiri di red carpet pasal kawan-kawan flower ladies saya pada kedudukan zig zag mereka sudah block tetamu lain dari kacau kerja abang Yus.

Tapi ntah camne, sorang mak andam tambahan ni tetiba meluru ke depan dan tarik pembawa bunggar untuk berjalan saing dengan abang saya. Lalu segalanya terus kacau. Abang Yus sudah takde ruang untuk bekerja dan pembawa bunga manggar yang memang saya takmau langsung ada dalam frame, sudah termasuk.Bila bunga manggar tak block dah, terus la semua orang ke depan ambil gambar pengantin lalu OP kami terpaksa bersaing dapatkan angle yang cantik. Entah ngapa, mungkin otak saya dah pening dan malangnya saya tak bertegas pulak dalam hal ni.. geram!! patut saya paksa juga pembawa bunga manggar ke depan dan abaikan mak andam tambahan yang menyibuk tu!! tapi bila fikir, syukur juga pasal abang Yus dapat amik banyak snap juga masa mula-mula abang saya sampai, sebelum mak andam tambahan menyibuk !

3. Rombongan perempuan terlewat tiba
Ini juga yang saya kecewa pasal saya rasa bersalah tak dapat tunggu rombongan perempuan tiba dengan selamat. Saya tak dapat hold majlis dan ketibaan pengantin lebih dari 1pm. Sudah saya bagitau, sampai di Petronas sebelum 12.30 tapi mungkin Allah ada rancangan lain. Sudah ramai tetamu yang tanya pengantin dan saya tak leh tunggu lama lalu minta pengantin datang ke dewan tanpa tunggu rombongan perempuan. Malah, terpaksa release tetamu VIP pasal dia kena gerak 1.30 dari majlis. Nasib saya sudah ada plan B, lalu perarakan di arak oleh konvoi GSR yang amatlah sporting dengan bantuan Abang Adi. Takde la nampak perarakan pengantin sikit sangat. Tapi rasa bersalah sangat dgn rombongan Terengganu. Namun majlis mesti diteruskan.

Rasanya, cuma ni antara perkara yang betul-betul buat saya ralat (takat yang saya ingat).. haiii.. tapi takpe, saya syukur dapat pengajaran yang amat besar.

Harap apa yang berlaku kat saya, tak berlaku pada bakal pengantin yang lain insyaAllah

2 November 2009

2 comments:

harzharun on November 2, 2009 at 2:07 PM said...

hi...kita x kenal..tp i jupe ur blog sec x sengaja(mmg sengaja kot sbb i mmg cr blog2 kawen2 nih..hehe)...i dah bc bbrp entry n hey u, i think u did a great job 4 ur bro weding!...sng la u nak atur ur own weding nnti...as 4 me..i ni kosong, zero,,sifar pengalaman...my mom pun gelabah semacam je nak uruskan majlis anak sulong dia ni...i akan jdkan ur blog as mu reference la..thanx!

xora said...

Hai Harz! selamat ke teratak saya.. hihih.. saya memang berharap dapat kongsi banyak dengan bakal2 pengantin.Elakkan buat kesalahan saya. Yang penting, majlis korang lebih sempurna. Saya banyak nk buat review untuk majlis abang saya. Rajin-rajin la datang sini ye, sebab banyak nak post hari ni :P hihih. Ha kamu anak pertama lagi banyak cabaran sebab takde pengalaman dari belah family. tapi takpe, kita kongsi pendapat kat sini ramai2. jangan risau, nanti kamu dah dapat flow, baru senang nak atur

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates