Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

10 November, 2009

Tips: Pemilihan Dewan atau Rumah?


Salam dan hai

Baru-baru ni, cik Mingming telah hantar komen di
post ini.

Bertanya dia "memandangkan majlis abg awak di dewan dan majlis besfren awak di rumah, boleh tak bg pendapat berkenaan lokasi majlis. sbb saya cdg nk buat majlis kat dewan sbb saya rasa ia lebih mudah dan tak perlu susah2 nk kemas2 rumah tp emak saya nk buat majlis kat rumah. boleh tolong saya bg pendapat?"

Kalau nak bagi pendapat, pendapat saya akan jadi bias :P pasal pilihan saya semestinya kat dewan, tak kisah la orang kata tak mesra alam ke, tak dapat pupuk semangat komuniti ke, sebab apa2 pun berbalik kepada saya semula dan keutamaan saya, saya rimas tempat yang kecik. Saya ada masalah dengan ruang kecik. Ruang kecik buat saya rasa semak.

Sama juga untuk menjawab soalan cik MM.

Saya pun dah bertanya soalan yang sama kepada beberapa orang kawan-kawan saya. Sama, ramai juga yang bias. Bagai bertanya pasukan Negeri Sembilan lawan dengan Kelantan.

Tapi Falin telah berjaya pendapat dengan amat ringkas dan padat, tanpa berat sebelah.
"Ikut pd situasi, kemampuan dan keselesaan"

Betul. Kalau situasi rumah yang kecik tapi kamu ada kemampuan untuk buat di dewan bagi keselesaan, buat sahaja di dewan.

Kalau situasi rumah kamu selesa dan kamu sekeluarga ada kemampuan dari segi tenaga kerja, maka buat sahaja di rumah.

Jadi, buat MM, saya rasa soalan paling asas kamu kena fikir;

Kediaman kamu

Maksud saya, adakah ruang rumah cukup selesa untuk dijadikan tempat majlis? Fikirkan sekali hal ruang rumah, di mana akan diletak pelamin, di mana ruang untuk penanggah bekerja, di mana orang katerer (jika ada) letak barang-barang mereka, di mana hendak diletakkan speaker, bilik mana diletak barang-barang buah tangan, bagaimana tempat parking untuk tetamu.


Paling penting, adakah ruang depan rumah cukup untuk diletakkan khemah? Kalau diletak khemah 2-3, akan menggangu jiran tetangga untuk keluar nanti kah? Bagaiman pulak kalau tetamu main parking cam haram depan rumah jiran? tak ke mendera emosi jiran-jiran? Tak kira lagi volume muzik yang kuat, menggangu anak-anak kecik yang tidur, menggangu anak-anak jiran belajar.

Ingat, dari Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda : " Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah berkata yang baik atau berdiam diri. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah berbuat baik kepada jiran tetangganya. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah menghormati tetamunya."

Tapi ingat, memandangkan mak kamu nak buat di rumah, tanya dia kenapa dia nak buat di rumah? Mesti dia ada sebab musababnya. Mungkin sebab dia nak kumpul sedara mara di rumah. Mungkin dia nak amik berkat di rumah. Mungkin pasal budget. Jadi bagi saya, kamu bincang dulu dengan ibu kamu. Cuba faham kehendak dia.

Memandangkan tujuan kamu nak buat di dewan lebih mudah dan tak perlu pening kepala nak fikir mengemas. Kalau mak kamu ada tenaga kerja manusia yang ramai dan tak kisah untuk tolong mengemas rumah kamu, maka mungkin tiada isu mengemas. Tapi hati-hati, kadang-kadang, mereka pada mula sahaja nak kemas, tapi bila tengok tunggang langgang, terus tak jadi :P

Kalau ini wedding pertama keluarga kamu, kadang-kadang (saya kata kadang-kadang pasal tak semua anak pertama tak kisah lelaki atau perempuan, keluarga akan buat di rumah. Itu bukan tradisi wajib) ibu ayah takde pengalaman handle majlis jadi dengan kehadiran jiran dan saudara mara, mereka rasa lebih yakin dan tak panik. Mereka perlukan sokongan emosi dari orang sekeliling.

Dan orang tua ni lain sikit. Mereka susah nak percayakan orang muda buat kerja (percaya la, saya pernah alami situasi ini dan saya telah membuktikan saya mampu) Mereka nak lihat hasil depan mata mereka, baru mereka akan percaya.

Maka, MM jika kamu tekad nak buat di dewan, cuba yakinkan mak kamu kenapa kamu nak buat di dewan. Bincang jangan sampai bertekak. Faham kehendak masing-masing, baru la boleh jumpa persefahaman. Ingat, darah manis kadang-kadang mudah bergelogak.

Tapi bagi saya, tak betul dah kalau nak samakan tradisi dulu dan sekarang. Jangan kata buat di dewan tak ikut tradisi, sedangkan yang dibuat di rumah pun, makan tetap buffet. Kalau benar mahu tradisi, buatkan aje lauk yang siap terhidang di atas meja macam zaman dulu-dulu. Baru betul :) Yang jenis satu meja ada sepinggan lauk, sepinggan acar, kuih 2-3 jenis dan satu jag air sirap; dan tetamu diharap habiskan semua makanan di atas meja diorang. Zaman sekarang, susah nak jumpa lagi tradisi ini.

MM, masa saya hadiri majlis kawan saya yang buat di rumah, dia untung pasal ayah dia orang kuat komuniti disitu dan mereka memang berazam nak tolong ayah dia. Maka majlis memang meriah dan smooth. Jiran-jiran disitu pun memang sporting, sampai tak kisah ruang tempat letak kereta mereka dipasangkan khemah untuk tetamu. Telinga pun tebal, dengar nyanyian pakcik karoeke yang mungkin pernah masuk pertandingan Bintang RTM kot. Rumah dia pulak bukan di jalan besar jadi takde la berlawan dengan habuk lori dan kereta. Cuma masalahnya bila parking pada waktu peak hour. Isu lagi satu, berkenaan hujan atau bila terlalu panas.

Yang buat di dewan, memang la selesa pasal tempat air cond. Surau pun ada, tandas pun ada, parking pun senang. Bilik VIP untuk kaum keluarga berehat pun ada. Pintu masuk 1 jadi tuan rumah dapat bersalam dengan semua orang. Cuma orang selalu kata, kurang mesra dan komunitinya

Jadi, untuk buat keputusan, kena set kan kepentingan majlis di mana.

Kalau mahukan keselesaan tanpa perlu pening kepala fikir nak kemas rumah selepas majlis (dan terus boleh golek-golek dalam bilik pengantin) mungkin buat di dewan pilihan terbaik.

Tapi kalau mahukan semangat komuniti tanpa kisah penat atau nak pitam mengemas demi semangat persaudaraan, mungkin boleh buat di rumah.

Sebab yang mana pun pilihan, berbalik pada diri sendiri dan keluarga.

Oh saya sudah discover hal paling penting ngapa saya nak buat di dewan -- tak perlu kehadiran orang yang nyibuk nak tengok bilik pengantin macam mana rupa :)

hihihi.

Apahal tempat suami isteri, tetamu nak tengok?!!!

p/s readers, sila bagi pendapat korang kat box comments ye. MM mesti akan menghargainya

10 November 2009

14 comments:

mingming said...

xora....

terima kasih sgt2 atas pendapat awak di post ini....ya, saya sgt hargainya. byk point2 yg awak nyatakan sama dgn apa yg ada dlm fikiran saya. faktor2 itu lah yg buat saya nk buat majlis saya di dewan.


iya, shima mmg beruntung sbb ayah dia ada team wonderpet. emak saya juga ada team wonderpet tetapi saya tidak mahu ambil risiko dan saya rs saya selesa buat di dewan. saya kasi chance la utk team wonderpet emak saya tu berehat ms majlis saya :)

xora said...

MM: Rasa cam takde tolong apa pun. sekadar menulis aje. tapi terima kasih juge :P Kalau MM nak buat di dewan, jgn lupa pemilihan dewan, titik beratkan surau, tandas, dan bilik VIP/ rehat (utk sedara mara lepak2 dan storage buah tgn). ada ap2 soalan lagi, kita leh kongsi kat sini. Jgn lupa, lantik sorang project manager yg diktator :P

pineappletart76 on November 11, 2009 at 12:53 AM said...

saya pn ade konflik mcm ni mula2 dulu...mmg perbincangan terbuka jalan penyelesaian terbaek =)lgpun kt seremban ni tak bnyk dewan nak dipilih...depends lah kt family tuan rumah sendiri...

xora said...

Miss P: Sangat betul! Lokasi dewan pun amat penting. dewan tu kalau boleh jgn jauh sangat dari rumah. Pasal biasanya, butik akan setup meja kerusi pelamin pada malam sebelum majlis, jadi mesti la kita nak tengok progress. Kalau dekat senang sikit nak ulang alik dan mudah kalau kita tertinggal barang. Pilih dewan yang ada guard dan pintunye boleh dikunci.

lynanigina on November 11, 2009 at 8:43 AM said...

xora.pas baca n3 ni saye pon cam suka nak wat kat dewna(b4 ni mmg xsuke la.tp majlis sy nnt dah kompom wat kat umah)

entry2 xora smua nye byk membantu n bernas..xperlu gambo,ngn tulisan pon dah seronok...

cayalah

xora said...

Lyna: thanks Lyna! ikutkan saya nak upload gambar majlis shima dan majlis abg saya dlm post ni. tapi semalam nk kejar masa pasal nak tulis cepat2 utk MM, jadi postpone tampal gambar malam ni hihihihi.. takpe, rumah dan dewan sama aje best. Yang penting, pengantin jangan lupa senyum! :)

Nurulhuda|Adlie on November 11, 2009 at 9:49 AM said...

hmm, sangat best nak komen.. :)

this is my personal experience, first of all, masa i belum bertunang mak ayah i insist sgt2 buat kat rumah tak nak dewan, katanya nanti saudara mara dtg sume, jiran2, better kat rumah, i pulak jenis tak kisah, mana2 la asal kawin, hehe.. then sampailah masa untuk bertunang, pre engagement okay sume, approx org datang i rasa ada almost 400, suppose dalam 250-300 tapi biasa la ada yang dtg bidan terjun semua, raya pulak kan, so bayangkan 400 dtg, and this is only engagement, bukan ada prepare enough stuff untuk tetamu, bukan ada manpower, dengan caterer tetiba pass makanan mcm tu je tanak handle, caterer tanak basuh pingan (jiran ni tau) so mmg kelam kabut gila, we managed to keep the house clean cos pakai rumah jiran for all the makanan, basuh pinggan sume, setelah selesai semua, ambil masa 3 4 hari jugak nak clearkan rumah and so on, sooo.. sampai ayah i demam2 la, then pada hari isnin tu tetiba mak dengan ayah i kata, jom kita buat kat dewan, i tergelak kecil je dgr, cos diorang dah merasa mcm mana seksa post engagement tu.. so hope u'll get some lesson from my experience, just my 2 cents, each choice ada pro and cons, so choose the one that bring the most positive effects for ur big day... :) deep down i lebih suka rumah, tapi memikirkan experience itu i better proceed with dewan, insya Allah semua dpt dtg, semua happy and semua tak demam2..

Qistin Fadzin on November 11, 2009 at 9:50 AM said...

xora! sgt stuju dgn ayat terakhir tu... - Apahal tempat suami isteri, tetamu nak tengok?!!!

Hahhaha, mcm kelakar pon ada. Tetiba terfikir apa relevan tradisi itu... Dah la kena hias beria-ia (mcm display kedai perabot), dan akan ada ramai juri awam plak tu... Padahal its a private area...

Xora said...

Huda: sama la.. first time ayahibu buat kat dewan masa abg yg sulung, so bila balik, takde penat2, siap boleh gi rumah jiran2 htr makanan, then lepak tengok TV. Lepas tu, abg yg kedua, mmg terus mencari dewan aje. Pun sama. Bila balik, siap boleh bahagi lagi makanan then tengok TV :p (dan saya siap update blog :P). Kawan saya pun ada bgitau, mak dia nak buat majlis dia di dewan. Alasan mak dia "dah penat buat kat rumah utk 4orang anak sebelum ni. Yang ni nak buat kat dewan. nak rilek"

Qis: Ye, ada juri tak bertauliah yg meletakkan benchmark mereka pada berapa banyak kain ada ropol dalam bilik tu :P Masa abg yg pertama kahwin, bagai nak gila hias pasal igt kot org datang tgk(siap ropol2 pasal ada org yg insist nak buatkan), tapi tup2 bukan sapa pun ada kat rumah. So abg yg kedua ni, buat ala kadar aje, simple tapi praktikal; dan barang2 dalam bilik tu pun, abg kedua bawa balik ke rumah dia. So kesimpulannya, jimat duit tak perlu hias bagai :P

snm | snm on November 11, 2009 at 11:41 AM said...

one more thing..
jgn dgr pendapat/kata2 org..
ms majlis saya dulu, ada seorang yg bergelar ustaz tlh mengeluarkan statement yg sgt mengguris hati kami sekeluarga..katanya..

"Tak berkat buat majlis di dewan..lebih baik buat di rumah.."

kami x balas sikit pun kata2nya..sbb kami tahu, klu kami balas, blh jd gaduh..adik saya cuma ckp, tggu lagi 20 thn, ms anak dia kawen nnt dia buat kt mana..klu dia buat kt dewan (kmgkinan ms tu thn 2029), zaman sdh berubah masa tu kan?

harzharun on November 11, 2009 at 1:56 PM said...

xora...u r very gud in delivering the opinion....blog awak jd blog-mesti-bc-sy tau...
buat kat dewan ke, kat rumah ke, dua2 ada pro n kontra..
but i want to say here, wat kat rumah ada its own sentimental value...tmpt kita mbesar, dididik oleh ibu ayah, akhirnya jd tmpt hr plng bahagia kita...
apa2 pun, semua bgantung pd faktor yg xora sebut td jgk..

xora said...

har: yup, ada kawan yg pun bagi point yang sama. sentimental value.. Yg tu mmg betul :)

HidayaH on November 21, 2009 at 8:52 PM said...

rasanya x patut ustaz tu ckp cmtu kt snm...berkat atau x berkat satu2 majlis tu x bergantung pd tempat tp cara pelaksanaan majlis tu sendiri...dan tu sume Allah yg tentukan, kte cume leh doa je...

psl dewan or rumah, sy & ibu sy mmg pilih dewan atas sbb yg sama dgn xora...x nk bg org luar masuk bilik tdo plus cheaper cost. khemah skrg around RM200 sebiji..yg cikai aje...at least kene pakai smpai 8, tambah kalau ujan lg, kesian tetamu2 nnt. tmpt duduk basah psl tempias, setengah tu, mknn pn masuk air. so, utk wedding sy nnt, mmg pilih dewan.

nuptiles on March 15, 2010 at 4:29 PM said...

salam xora..

i pun suka ur last point tu...hehehe
btw for me buat dewan lebih menyenangkan sekarang..parking banyak, kawasan luas, rumah tak bersepah, bilik pengantin pun boleh discard hiasan lebih2an kalau nak budget..

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates