Salam dan hai
Saya dah lama nak tulis post ini, tapi belum berkesempatan. Post ini berbangkit dari post Acaii yang ini.
Post tersebut simple, padat dan mudah difahami.
Mudah nak fahamkan orang yang tak faham ngapa pengantin perempuan rela bayar beribu untuk O.P.
Seorang kawan pernah cakap kat saya; dia amat obses pada dua perkara iaitu; baju sanding yang cantik dan OP yang mahir.
Baru-baru ni, saya dan seorang teman di gmail, sempat bertukar pendapat tentang potential OP di pasaran. Macam-macam yang kami bincangkan, kalahkan persidangan UMNO! Kami sependapat yang; kami sebagai pelanggan, memang harapkan OP memahami kehendak kami.
Saya takkan mempertikaikan harga pakej sebab saya faham, harga yang diletak, berdasarkan portfolio, pengalaman, kemahiran, seni kreatif dan kos-kos sampingan lain yang ditanggung oleh OP.
"You get what you pay for"
Tiada bahasan di situ. Bagi saya, kalau hati sudah berkenan, berapa ribu pun sanggup dibayar.
Saya seorang yang suka simpan pengalaman dan kenangan. Kalau tak, buat apa saya nk bina blog ni dari O hingga la dah beratus entry. Semuanya atas satu sebab : Kenangan di masa hadapan.
Cuma , kat sini saya nak berkongsikan perasaan seorang bakal pengantin, yang saya harap kalau ada dibaca oleh OP2 di luar sana, begini la hati seorang bakal isteri.
Kami amat excited, teruja, debar-debar, emosional, darah manis, etc etc..
Ye, mana-mana bakal pengantin perempuan memang kategori itu! Cuba surf blog-blog lain, amat jarang (mungkin tahap langsung takde) ada blogger lelaki yang berkongsi perincian majlis kahwin mereka kan? Kebanyakkannya kaum Hawa yang bercerita.
Cuba perhatikan, biasanya masa briefing dengan OP, si bakal suami rilek aje dan setuju aje dengan apa saje bebelan si bakal isteri, cuma sekali dua menyelit jika dia rasa tak setuju (atau mungkin ada yang tak datang pun). Kebanyakkan OP adalah terdiri dari lelaki. Lelaki kurang 'fasih' berbicara ke'excited'an perempuan untuk berkahwin, tak kisah la samaada OP tu sudah berkahwin atau tidak.
Kerana, realiti bagi lelaki, sesempurna mana pun perancangan, kita hendaklah redha aja pada hari majlis berlangsung dan jangan letak harapan terlalu tinggi. Tapi bagi orang perempuan, kalau sudah dirancang dan dicanang, haruslah ia sempurna. Perbezaan ini lah yang buat terciptanya konflik. Maka OP, jika digasak secara email atau sms atau panggilan telefon dari si bakal pengantin yang over excited nak tengok gambar, bersabar la. Sesungguhnya, sebelum kami telefon kamu, kami dah terlebih dulu menggasak tunang masing-masing secara psikologi.
Kami memang cerewet dan susah nak percayakan hasil kerja orang!
Ye, kami tak percayakan semua vendors yang kami pilih. Walaupun mulut kami mengiyakan dan hati cuba meyakinkan, tapi sesungguhnya, kami amat ngeri jika apa yang mereka janjikan, tidak ditunaikan atau senang kata: bukan seperti yang kami rancang.
Jadi, jika kami skeptikal tentang mutu kerja kamu, pasangkan aje perisai ditelinga kamu. Abaikan bebelan kami. Kami pun tak ingat dan tak sedar apa yang kami cakap kadang-kadang. Cara termudah untuk yakinkan kami-- yakinkan tunang/ boyfriend/ bakal suami kami, untuk yakinkan kami. Percayalah, kalau yang bagi kata-kata nasihat tu adalah lelaki yang kami sayangi, mudah aje kata nasihat tu masuk ke hati dan kepala kami.
Gambar dan album biar la semenggah
Ada kawan yang berkongsi cerita. Gambar yang diambil OP, cantik! Tapi album pulak tak semenggah. Kadang-kadang, ada kerawang, ada tulisan cinta-cinta yang geli dibaca. Mungkin itu standard OP, tapi jauh disudut hati, kami tau yang kebanyakkan OP fleksibel kepada permintaan pelanggan.
Cuba diberi sehelai tudung dan brooch kepada seorang perempuan, percayalah satu tudung yang sama, boleh ada hampir 15 cara pakai tudung yang berbeza, menggunakan material yang sama.
Kerana perempuan amat rumit dan ada pilihan sendiri. Pendek kata, kalau boleh tak sama denga orang lain, yang itu la kami nak. Jadi sila layankan aja kalau kami minta takmo tulisan, kami minta banyak gambar kami dari si suami, etc etc. Percaya atau tak, kadang-kadang, walaupun OP dah ikut arahan yang diberi, tetiba pula kami ngamok, kata OP tak ikut permintaan kami. Pada saat tu, mungkin kami telah terhasut dengan cakap-cakap orang sekeliling, yang kononnya yang-ini tak cantik, yang-itu tak molek.
Percayalah OP, kalau kamu yakin kamu telah jalankan amanah dengan sehabis baik, tiada apa perlu kamu takuti.
Mulut orang mana mungkin ditutup. Rezeki bukan di tangan manusia. Kita hanya berusaha dan Allah yang memberikannya.
Jangan patah semangat ye OP! .. dan Selamat bertugas! :)
28 November 2009

5 comments:
this is soo true, i ingat kan when it comes to my wedding i nak bg checklist apa benda yang op kene ambil, and the rest will be on him solely to capture..
i saw here and there, ada yang kata 'i tunjuk doorgift tapi op tak capture' kalau i sangat sedih, cos apart from myself and husband and families i would love to have all the details being capture, even a small details like bunga manggar, makanan ke minuman ke i still want it..
ms waktu tunang i dah plan nak bg checklist then i thought perlu ke, pandai la dia ambil, then result ada details yang dia tak ambil so i rasa sedikit wasted..
and u know bila kita lah org yang diraikan kita dah tak nampak benda2 mini micro, and i think that should be one of the ground of every op, capture things that are not seen by pengantin, but ofcos first thing first loads of pic of pengantin themselves la kan, maybe for a 2nd photographer they can entertain such request..
n i ada kawan2 who are not my op but still covering my tunang day, dari situ i nampak lain photographer lain cara, lain skill, lain approach.. and the funny thing dalam 4 4 tu capture something tu berlainan, give me a different feeling eventhough i was looking at the same moment..
dont tell me that i need to have 4 ops, haha..
yup!betul xora, i pun rs o.p sangat penting. my fren pernah tanya kenapa byr photog mhl2?(walaupun i punya tak la semahal org lain)
i cuma jawab, pelamin mahal, kita duduk tak sampai pun 3 jam. baju cantik, lepas pakai kena pulang balik(lainlah kalau bj sendiri). makanan sedap, nikmatnya pun sementara lepas tu kena buang :p... tapi gambar yg cantik boleh bawak sampai ke anak cucu kita. kenangannya sampai bila2..
i pun hrp my wed photo cantek walaupun i hanya hired freelance photog for my wed...
Huda: Huaaa.. kalau ada smp 4ops, dah cam celebriti. hihih.. dasyat ooo :) mesti kejang muka asyik senyum kan? tapi mmg la, perempuan kita mmg nak details kan?benda2 kecik even bakul flower girls pun kalau boleh kita nak kan? rasa sgt sentimental value!
Azian: takpe, insyaAllah OP kamu nnt dapat capture apa yang kamu inginkan. Tapi kalau takut juga, minta la kawan2 rapat, amik juga gambar hal2 details, even lapik meja ke, arch ke.. Saya pun fikir nak sedetailsnya kalau diizinkan :)
HAMBA SETUJU! OP sgt sgt penting dalam majlis perkahwinan kita. Sementara masih ada masa..hunting for the OP secara bijak. Yang bagus itu tak semestinya mahal, yang mahal itu juga tak semestinya bagus..=)
Waaaaa, baru baca entry ni..thanks wak baca post sy tu..:) Sbnrnya memang sy sangat aware dengan detail2 pasal customer ni..:) sebab tu biasanya sy jenis yang shoot gambar gila gambar..tak kisahlah masuk album ke tak..:) pernah majlis 2 hari dah sampai 10GB gambar..lagi ada mood lagi byklah amik gmbar,hehe..
Kalau nak tahu adalah photographer yang berkira dengan jumlah shutter yang di tekan tu..sebab makin byk di tekan makin kuranglah susut nilai kamera tu kalau nak jual lagi..sebab setiap dslr camera ni ada mileage cam kereta tu..kita boleh tahu berapa byk gambar pernah di ambil oleh kamera tu..kalau nak jual makin sikit amik gambar makin tinggilah harganya..macam mileage kereta tu..:)
Sebab tu juga sy suka deal ngan pengantin perempuan. Bukan apa, maklumat yang diterima biasanya akan lebih detail dan kalau ada special request mmg akan jot down dalam note supaya tak lupa..kalau pengantin lelaki biasa diaorang mmg tak kisah sangat,hehe..
Memang kena bagitau photographer kalau ada apa2 permintaan..sebab kalau photographer tu ramai customer, dia akan assume semua customer tu sama je..kekadang jumaat, sabtu dan ahad ada customer berbeza..:) namapun kekadang salah panggil,hahaha..senang cerita photographerpun ada sifat dan perangai dia masing2..cari yang paling selesa utk bekerja dan dapat dengar cakap kita..:) sebab tu lah kita bayar diapun, untuk kerja ngan kita,hehe
Post a Comment