Salam dan hai
Situasi kawan saya:
1. Dia ada seorang adik lelaki. Mereka akan bersanding serentak di rumah ibubapa. Kiranya pada hari majlis, ada dua pasangan pengantin--kakak dengan adik lelaki.
2. Pelamin cuma ada dua kerusi aje. Maknanya, cuma sepasangan mempelai aje boleh naik untuk upacara tepung tawar. Pelamin dengan dua kerusi adalah muktama.
3. Bagaimana nak tolong dia buat aturcara majlis?
Serius, saya belum pernah jumpa situasi begini.
Jadi cadangan saya
1. Kedua-dua pasangan mempelai datang serentak ke majlis.
2. Terus ke meja beradap untuk makan.
3. Kawan saya dan suaminya (pada waktu itu) akan selesai makan dulu dan pergi ke pelamin untuk tepung tawar
4. Adik lelaki dia teruskan makan dulu bersama isteri dia (pada waktu itu)
5. Selepas kawan saya habis tepung tawar, dia dan suami akan turun dari pelamin dan terus buat royal walk
6. Adik lelaki dia akan naik ke pelamin pulak untuk upacara tepung tawar bersama isterinya.
Begitu la cadangan saya.
Tapi serius, saya tak pernah ditanya soalan begini, mahupun menghadapi situasi semacam ini.
Jadi nak tanya pendapat readers yang lain, ada tak apa-apa cadangan untuk menjadikan perjalanan majlis lancar tanpa ada yang lopong?

take note: kerusi pengantin memang cuma ada dua aje.
16 November 2009
8 comments:
wah.seperti ku knl siapa itu. entah la bebeh. xder idea kuar. tp bak kate ko, ikot giliran naik pelamin. pada aku, better kasik kakak dulu, sb dia kakak.
xora...sy prng pegi majlis kawen yg mcm tu. ada 1 pelamin jer n wat kat rumah. oleh kerana wat kat rumah, acara tetamu makan2 biasanya blangsung dr pg sampai ptg.xde time limit cam mjlis kat dewan. so,yg sy pegi tu, c kakak bsanding sebelum zohor n c adik selepas zohor..make up c kakak tu of kos la smpai ke ptg maintain nya...cuma tetamu yg dtg pg, xdpt la tgk istri c adik...tp wat cam2 mebe memudahkan tuan rumah tuk fokus kepada tetamu dr family pengantin yg dtg btandang. pagi boleh entertain family dr suami kakak n ptg ble tumpu pd family istri adik...1 lagi yg kne ingat, mmg kene save kan btol2 segala special doorgift, special menu tuk family istri adik. sbb ptg2 ni biasanya org dah lalai nak jg seme2 benda tu...
susah gak ni.
tapi mcm okay jew cadangan awak tu.
amek turn.
tapi nnti guess mesti agak pening
nk pandang ke meja / pelamin
hmm.
if possible, try gak2 laa carik kusi tambahan dr mana2...kalo x leh, cara cam ko ckp tu laa... gilir2...
sy setuju dgn harzharun..if the only limiting factor is the pelamin 2 kerusi la,lps tu lunch ngan doorgift keluarga isteri adik perlu ada yang incharge..
kalau la sy dlm situasi ni,sy x mau gilir2 immediately...tp itu pendapat sy je la! ^^
kawan-kawan.. terima kasih sangat pasal sudi bagi pendapat kat sini. syukur ada komuniti cam korang :) thanks!!
Sy pernah shoot camni kat pantai dalam..tapi bukan sebab tak cukup pelamin sbb keluarga pasangan abg tu lambat gila datang..jadi pasangan pertama tu yang dikompangkan sampailah pelamin..selesai tepung tawar tu diaorang pergi salam tetamu dan kawan2..masa tulah kawan2 dia amik gambar dan salam2 pengantin..
Pastu pasangan abg dia sampai..mereka bersanding dan terus tepung tawar..pastu diaorang makan sama2..sbb kalau makan asing2 nanti meja makan untuk pasangan kedua ni dah kotor dan semua lauk dah disapu keluarga belah pertama tu..sian plak nak tinggal lauk2 kat keluarga belah pengantin kedua ni..jadi makan sama2 senang..:)
Satu masalah kalau berdua camni bila nak family portait..kat situ mmg kena ada sorang yang handle sebab mesti berterabur..photographer mmg tak kenal dari belah mana satu..masing2 nak naik atas pelamin bergambar ngan pengantin..:)
apapun, tu cuma cadangan je..
Acai.. thanks ya! nanti si tuan punye diri baca jawapan ni, mesti dia hargai pendapat Acai. thanks! saya perantara aje :P
Post a Comment