Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

09 November, 2009

Shima Untuk Am


Salam dan hai..!


Terima kasih pada Eazy yang telah menjadi follower ke 39 blog ni.. Tepuk*

6 November 2009, maka selesai sudah transformasi dari Cik kepada Puan. Esok harinya, 7 November, kenduri Shima dan Ilham. Tetiba saya menjadi videographer tak bertauliah untuk majlis dia. Jalankan aje tanggungjawab demi kebahagiaan Shima

Saya dan Nity, bersama Izzah dan adik nye tiba di rumah Shima kira-kira 11 lebih. Shima masih dimakeup oleh mak andam.


Oh ya, hadiah perkahwinan Shima agak special berbanding majlis-majlis yang pernah kami beri. Kami semua tau yang Shima memang hantu Ikea, jadi kami hadiah dia ini..! Voucher Ikea berjumlah RM200 ringgit. Pandai-pandai la dia cari barang kat Ikea untuk rumah baru dia dan Ilham.



Ingat tak abang OP cool yang saya bagitau semalam? Hari ni saya sempat temu bual dia.



Masa kami tiba, khemah dan kerusi meja telah siap. Malah tetamu pun sudah ramai yang datang. Dengarnya, tetamu aja hampir 3ribu orang! Nasib la ayah Shima orang kuat kawasan dia, jadi komuniti di tamannya, sepakat untuk buat gotong royong. Pelamin Shima dengan kerusi gedabak dia tetap menjadi pujaan tetamu :P


Kami makan awal juga.. nyums sangat lauknya. saya suka dalca sayur pasal terungnya amat la besar. Saya suka! then acar pun sedap, tak terasa cam ubat. Yang paling sedap sekali adalah cendol!! Saya memang hantu cendol, jadi bila aje saya dengar pengumuman oleh DJ yang mengatakan cendol ada dihidangkan, melilau saya cari cendol tu. Sedap, cukup manisnya untuk saya.Mula-mula saya amik semangkuk, then uisssh! Sedar-sedar, sudah 6 mangkuk!!



Sedap gila!! Maka saya pun asyik berulang aje, sampai abang cendol tu pun tegur. Lepas tu dah tak amik pasal malu even abang tu bukan perli pun :P hahahahha

Dalam sibuk-sibuk promosi cendol tu, tetiba pengumuman ketibaan pengantin. Nasib kedudukan saya makan cendol dan perarakan tak jauh. Shima anak tunggal perempuan dan yang pertama berkahwin, jadi majlisnya amatlah meriah.

Dengan kompangnya. Sampai 5 lagu la mereka main. Pasukan kompang yang sama masa abang saya kahwin seminggu sebelum Shima. Tapi untuk majlis abang saya, saya cuma request 2 lagu aje, pasal nak kejar masa :P


Apa tah lagi, ayah Shima orang kuat komuniti di situ dan adik Shima juga adalah ketua kompang di situ. Memang mereka ada motif untuk palu kompang dengan semangat, macam kat bawah ni!



Yang ditengah-tengah tu salah seorang adik Shima. Semangat kan dia?!!! Di akhir video nanti, camera ada fokuskan pada adik Shima yang satu lagi. Dia tu la contact person untuk kompang ni. Saya pernah
review perkhidmatan mereka di sini.



Dengan silatnya




Mahunye Shima tak senyum lebar! :P



Macam-macam yang berlaku sepanjang majlis ni. Tapi pasal kami banyak lepak dalam rumah, maka tak sempat berjumpa dengan kawan-kawan lain yang berada di luar. Tapi saya yakin, ramai yang datang cuma kami tak berkesempatan untuk berjumpa. Yang saya jumpa, bukan kemain nasihat rumahtangga dan tips malam pertama diberi!!



Alhamdulillah, hujan turun hanya pada selepas 4.30 masa tu pun, tetamu dan beransur balik. Yang tinggal cuma komuniti dan sanak saudara. Tapi kami di dalam rumah, sebab jadi props untuk fotoshoot memandangkan di luar hujan.

Pendek kata, sampai ke petang majlis, pengantin dah terdampar penat atas pelamin :P


Shima, selamat pengantin baru!!

5 budak comey, 2 sudah dibawa lari, tinggal la 3 :P

9 November 2009

5 comments:

mingming said...

xora,

memandangkan majlis abg awak di dewan dan majlis besfren awak di rumah, boleh tak bg pendapat berkenaan lokasi majlis.

sbb saya cdg nk buat majlis kat dewan sbb saya rasa ia lebih mudah dan tak perlu susah2 nk kemas2 rumah tp emak saya nk buat majlis kat rumah. boleh tolong saya bg pendapat?

thanks

laling said...

i loikes idea kusi pelamin tinggi2 cam tuh :)

L said...

hi..nak tanye..
pelamin ur fren tu die ambik dari butik mane ye?menarikla..

thanks..

lavender_angel53@yahoo.com

xora said...

mingming: ok, saya akan buka topik khas tentang ni. nanti readers yang lain boleh contribute cerita dan pendapat mereka

laling: tapi ko kecik molek.. kang aku tak nampak ko!

L:saya dah sms dia, tapi belum reply. almaklumlah, pengantin baru :P nnt dia reply, saya akan maklumkan ye?

ShimaRasedi on November 11, 2009 at 2:17 AM said...

hello everybody....

hi L, pelamin saya tu dari nurul arbee, kelana jaya..jumpa nya dlam majalah ratu sehari...no fon dia 0162861966.

OP saya shaiful dari CMDigital art..number phone dia 019-3266227.
Harap harap dpat membantu ye..

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates